Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Isnin, 19 November 2012

J 138 LIMA Perkara sia-sia di akhir zaman yang wajib kita hindari


1. Semua sikap, ucapan dan tindakan yang diharamkan islam. Kerana melakukan sesuatu yang haram akan mengundang murka ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, melemahkan iman dan takwa, serta merosak fisik dan mental seseorang sehingga wajib ditinggalkan.

2. Semua perkara subahat yang masih tidak jelas halal dan haramnya. Kerana melakukan perkara subahat akan menjerumuskan seseorang ke dalam hal-hal yang haram. Di samping itu dengan meninggalkan hal-hal yang subahat bererti seseorang telah menjaga agama dan kehormatannya.

Rasulullah saw bersabda,

“Barangsiapa menghindari perkara-perkara subahat, maka ia telah memelihara agama dan kehormatannya. Barangsiapa jatuh ke dalam perkara-perkara subahat maka ia telah jatuh dalam perkara yang haram.”
(HR Bukhari dan Muslim)

3. Semua perkara yang makruh, iaitu perkara yang apabila seseorang meninggalkannya maka ia akan mendapatkan pahala meskipun jika melakukannya tidak berdosa. Sehingga sudah sepatutnya apabila seorang muslim meninggalkan hal-hal yang makruh agar mendapatkan pahala dan terjaga dari perkara yang diharamkan agama.

4. Perkara-perkara mubah yang berlebihan, kerana berlebih-lebihan dalam melakukan hal-hal yang mubah akan menjauhkan seseorang dari ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, menyia-nyiakan waktu, mengesatkan hati, dan melalaikannya dari tugas dan kewajipan. Oleh kerana itu, sudah sepatutnya bila ia meninggalkan perkara-perkara muba yang berlebihan dan membatasi diri pada hal-hal mubah yang mendatangkan manfaat serta merealisasikan berbagai kebaikan.

5. Hal-hal yang penting ketika harus melakukan yang lebih penting, hal-hal yang sunnah ketika harus melakukan yang wajib, dan hal-hal yang bersifat pelengkap ketika harus mewujudkan yang primer dan mendesak. Jadi, seorang muslim tidak boleh mendahulukan yang sunnah daripada yang wajib, melakukan yang penting dengan meninggalkan yang lebih penting, merealisasikan keperluan yang bersifat pelengkap dan mengabaikan yang primer dan mendesak.

 Sumber :
http://tidakbisamenangis.blogspot.com/2009_11_01_archive.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan