Mudah
merasa ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA ada
ketika solat, tetapi ketika ingin bermaksiat, bagaimana?
Bukan
mudah untuk merasai ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA sentiasa
mengawasi kita 24/7 dalam kehidupan kita. Rasa ALLAH SUBHANAHU WA TAALA sentiasa Mengawasi. Dalam bahasa
Arabnya, disebut muraqabatullah. Tahu ALLAH SUBHANAHU WA TAALA Maha Memerhati dan Maha
Mengawasi. Tahu ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA itu
sentiasa ada, tidak pernah mati. Tetapi, kadang-kadang tindakan kita selalunya
tidak menampakkan seolah-olah kita merasai ALLAH SUBHANAHU WA TAALA Maha Mengawasi. Mudah merasai
pengawasan ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA bila
berada di tengah ramai, tetapi bila seorang diri, ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA baginya
seolah-olah tidak wujud lagi. Mudah merasai pengawasan ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA ketika
berada dalam terdesak dan kesusahan, tetapi ketika senang dan lapang, ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA pun
ditinggalkan.
Adakah ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA hanya
wujud ketika kita bersama dengan kawan-kawan yang soleh sahaja?
Atau
adakah ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA hanya
wujud ketika solat, ketika kita benar-benar terdesak?
Adakah ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA tidak
wujud pada waktu-waktu lain?
Ambillah Ibrah Daripada Kisah 3
Orang Bani Israil Yang Diuji ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA
Kisah
yang telah kita biasa dengari. 3 orang daripada Bani Israil telah diuji ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA dengan
penyakit-penyakit yang menyebabkan masyarakat telah menyisihkan mereka. Mereka
adalah yang biasa kita dengari dengan Si Sopak, Si Botak dan Si Buta. Saya
tidak akan ceritakan keseluruhan kisah itu di sini. Kisah ini boleh dirujuk
dalam kitab Riyadhus Solihin karangan Imam Nawawi. Kisah ini diceritakan oleh NABI MUHAMMAD SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM dalam hadis yang diriwayatkan
oleh Abu Hurairah ra. Mereka ini semuanya telah didatangi oleh malaikat untuk
mendoakan kesembuhan bagi diri mereka. Bahkan, mereka telah ditawarkan dengan
binatang ternakan yang mereka inginkan.
Kesemua
mereka mendapat apa yang mereka inginkan. Setelah sembuh dan binatang ternakan
masing-masing berkembang biak, ALLAH SUBHANAHU WA TAALA telah menguji mereka sekali lagi. ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA
datangkan malaikat sekali lagi dalam keadaan menyerupai manusia yang miskin dan
susah untuk menguji mereka.
Setelah
berada dalam keadaan yang senang dan sihat, ternyata mereka telah lupakan ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA. Si
Sopak dan Si Botak telah gagal dalam ujian itu. Ketika susah, mereka berharap
penuh kepada ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA. Setelah
ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA
anugerahkan kesenangan dan kesihatan kepada mereka, mereka melupakan ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA.
Si Buta,
tetap dalam keadaan celiknya itu, dalam keadaan beliau yang telah kaya raya
itu, masih tetap terus mengingati ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dengan membenarkan malaikat yang
datang mengujinya untuk mengambil sebanyak manapun daripada binatang ternakan
yang dimilikinya. Dia tahu yang menilai dirinya semasa dia buta dan semasa dia
celik adalah Tuhan yang sama, iaitu ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.
Yang
Merasa Longgar Dengan Pengawasan ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA,
Ingatlah Yang ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA Sentiasa
Cemburu
Ramai
yang tahu ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA Maha
Memerhati. Tetapi berapa ramaikah yang benar-benar merasai dan menjiwai
pengawasan ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA itu
24/7?
Kadang-kadang,
bila berada dalam suasana yang soleh, suasana yang wujudnya peringatan, jiwa
kita seolah-olah terasa begitu dekat dengan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Tetapi, bila pulang ke rumah,
tidak ada suasana-suasana yang mengingatkan, kitapun merasa longgar daripada ikatan
dengan ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA. Dalam
solat, mampu mewujudkan perasaan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA Maha Mengawasi. Tetapi, bila
keluar daripada solat, perasaan itu seolah-olah tidak pernah wujud. Di
celah-celah kelonggaran ikatan kita dengan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA itulah, syaitan sentiasa
mengambil peluang untuk menjauhkan lagi kita daripada ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA. Maka,
kita kembali bermaksiat kepada Allah swt ketika seorang diri. Kita kembali
melazimi diri dengan dosa setelah keluar daripada solat. Mampu menjaga ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA ketika
dalam solat, tetapi gagal menjaga ALLAH SUBHANAHU WA TAALA pergaulan dan percakapan.
Mampu merasa ALLAH SUBHANAHU WA TAALA ada ketika dalam suasana soleh, tetapi gagal merasa ALLAH SUBHANAHU WA TAALA ada ketika menonton movie, ketika melayari internet. Ingatlah yang ALLAH SUBHANAHU WA TAALA itu sentiasa cemburu dengan hamba-Nya. Kehidupan yang Dia anugerahkan, tetapi kita habiskan majoritinya untuk dosa dan maksiat. Kita jauhkan kehidupan kita daripada pengawasan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.
ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA pun
merasa cemburu terhadap kita. Bagaimana?
Dalam
satu hadis NABI MUHAMMAD
SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang mafhumnya
:
‘Sesungguhnya ALLAH SUBHANAHU WA TAALA itu cemburu dan kecemburuan ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA itu
ialah apabila seseorang manusia mengerjakan apa-apa yang diharamkan oleh ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA ke
atasnya.’
[Muttafaq
Alaih]
ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA Itu
Sentiasa Ada Ketika Kau Ingin Bermaksiat
Ketika
ingin bermaksiat, ingatlah balasan yang akan menimpa dirimu di akhirat nanti.
Api neraka dengan kepanasannya yang menggelegak sentiasa menunggu hidangannya.
Buah zaqqum dan cairan tembaga yang nantinya akan menghancurkan isi perutmu.
Ketika ingin bermaksiat, segeralah detikkan pada hati yang ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA sedang
Memerhati. Jika masih ada rasa untuk bermaksiat, maka kita memang telah
bersedia untuk menanggung seksa kubur, dibelit ular, disengat kala dan disebat
malaikat sehingga terbenam ke dalam bumi. Dengan segalanya yang telah ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA berikan
untuk kita layakkah kita membalas ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dengan dosa-dosa kita yang
mengenepikan ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA di
waktu-waktu senang kita?
Lalu
fikirkan pula, setelah kita sentiasa melupakan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, maka ketika saat terdesak,
ketika tidak ada siapa yang mampu menolong melainkan hanya ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA, maka
apakah layak bagi kita untuk memohon pertolongan daripadaNya ketika itu?
Ingatlah yang ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA sentiasa
ada, tidak pernah mati. ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA yang
kita sembah ketika solat, adalah ALLAH SUBHANAHU WA TAALA yang sama melihat kita ketika
ingin bermaksiat. ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA sentiasa
kekal tidak pernah fana.
Kalau
menunggu terdesak, baru hendak merasa ALLAH SUBHANAHU WA TAALA ada, baru hendak kembali kepada ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA, bimbang
kita akan jadi orang yang tidak mempunyai kesempatan untuk kembali seperti
Firaun.
Sementara
kesempatan masih ada, maka segeralah perbaiki.
Penutup :
Yang Berjuang Menjaganya, Akan Mendapat Cinta ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA. Adakah
Yang Lebih Besar Daripada Itu?
Yang
terus berjuang menjaga muraqabatullah, ALLAH SUBHANAHU WA TAALA akan anugerahkan hadiah
untuknya. Dalam segenap kehidupannya, dia sentiasa merasa diperhatikan ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA. Rasa ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA sedang
menilai amal-amalnya. Bila dia merasai ALLAH SUBHANAHU WA TAALA sentiasa menilai dirinya, maka
dirinya sentiasa tergerak untuk melakukan yang terbaik dalam kehidupannya.
Satu
ketika, NABI MUHAMMAD
SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM bersabda kepada Ibn Abbas :
“Hai anakku, sesungguhnya saya hendak mengajarkan kepadamu beberapa
kalimat iaitu : Peliharalah perintah ALLAH nescaya Dia akan memeliharamu
(sepanjang masa), peliharalah larangan ALLAH, nescaya engkau akan dapati ia
selalu di hadapanmu. Apabila kamu meminta, maka mintalah kepada ALLAH dan
apabila engkau hendak memohon maka mohonlah pertolongan dari ALLAH.”
Yang
berjuang menjaga ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA dalam
senang dan susahnya, dalam ramai dan seorangnya, ALLAH SUBHANAHU WA TAALA juga akan menjaganya setiap masa
dan di mana jua dia berada.
Lihatlah,
yang berjuang menjaga muraqabatullah pastinya akan mendapat cinta ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA. Maka,
ketika ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA ingin
menganugerahkan cintaNya kepada kita, adakah yang lebih besar daripada itu?
Pasti.
Pastinya tidak ada. Jadi, apa lagi yang ditunggu?
Segeralah
rebut nilaian ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA!
Rujukan:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan