Minyak
dan air, kalau dicampurkan dan digaulkan sekali di dalam sebuah bekas, ia tetap
tidak akan bercampur. Minyak akan berada di lapisan atas sementara air pula di
bawah.
Ia tidak
dapat bercampur kerana yang satu lebih tumpat dari satu yang lain.
Ketumpatannya berbeza-beza.
Air yang
dicampur dengan minyak, tidak mungkin ada lagi yang ingin meminumnya. Walaupun
hakikatnya, sebenarnya lapisan air dan minyak tetap terpisah tidak bercampur,
tetapi tetap tidak ada siapa yang mahu minumnya kalau sudah bercampur keduanya.
Maka,
begitu jugalah amalan kemaksiatan dan ketaatan kepada Allah.
DUA HALA
TUJU BERBEZA
Taat kita
kepada Allah, ke arah manakah ia akan bawa kita?
Maksiat
kepada Allah, ke arah mana pula?
Adakah
mungkin kedua-duanya berada di landasan yang sama dan sehala?
Sudah
tentulah tidak, bukan? Satunya bawa ke syurga, dan satu lagi bakal menghantar
kita ke neraka. Mana mungkin ada persamaan antara keduanya. Bahkan, jauh sekali
untuk bertembung.
Kalau
satunya sudah ke Timur, dan yang satu lagi ke Barat, mana mungkin berlaku
pertembungan.
Maka,
begitulah kemaksiatan dan ketaatan kita kepada Allah.
Kedua-duanya
adalah urusan yang tidak boleh dicampur adukkan.
‘ALAH,
BANG. BUKAN SEMUA TAK BAGUS. ADA YANG BAGUS JUGA’
Mengadakan
sambutan atau perayaan terhadap sesuatu seperti kejayaan, kemerdekaan atau
apa-apa jua adalah bagus. Tidak ada masalah. Namun, bila yang diisi di dalam
sambutan itu adalah kemaksiatan, maka itu yang menjadi masalah.
Hendak
sambut hari apapun, atau perayaan apa-apa jua, tidak ada masalah. Asalkan yang
terisi di dalam sambutan itu adalah yang benar-benar bertepatan dengan kehendak
Allah.
Hendak
sambut merdeka, tidak ada masalah, asalkan bukan percampuran dan pergaulan
lelaki perempuan yang menjadi ‘pengisian’ di dalamnya. Hendak sambut hari
perayaan tidak ada masalah, asalkan jangan melebih-lebih sangat sehingga mengabaikan
tuntutan wajib seperti solat fardhu ataupun pergi dedah aurat sana sini.
Apakah
yang diisi dalam sambutan atau perayaan itu? Baik atau tidak baik?
Kalau
sekalipun sambutan atau perayaan itu baik, tetapi bila pengisiannya tidak baik,
maka tidak baik jugalah jadinya.
Kalau
sambutan itu sudah memang jelas bertentangan dengan syarak, maka isilah dengan
zikir ke, doa ke, apa ke, tetap jadi tidak baik.
“Alah,
bang. Bukan semua tak bagus. Kan ada juga yang bagus tu. Ada qiam dan solat
berjemaah lagi”.
Sama
sahaja. Meskipun dalam sambutan itu ada perkara yang baik seperti kuliah
maghrib ke ataupun solat berjemaah ke, tetapi kemudian dihiasi atau dicampur
aduk pula dengan perkara tidak baik pula seperti tarian antara lelaki dan
perempuan, konsert yang tidak syar’i, persembahan-persembahan yang melampaui
batas sehingga membuatkan lelaki dan perempuan tanpa segan silu lagi bercampur
dan terkinja-kinja, maka ia tetap tidak baik.
‘HABIS
TU, TAK BOLEHLAH KALAU NAK BERHIBUR SIKIT-SIKITPUN?’
Boleh.
Siapa kata tak boleh?
Islam
tidak pernah halang umatnya untuk berhibur. Bahkan berhibur itu sendiri adalah
satu keperluan bagi manusia jika kena pada dos dan masanya.
Boleh
saja nak berlakon, mahu nyanyi atau bernasyid, mahu bersajak atau bersyair, atau
apa-apa jua jenis hiburan asalkan jangan sampai melanggar batas-batas yang
Islam telah tetapkan.
Kalau
dalam sebuah persembahan itu, sampai terkinja-kinja dan tergedik-gedik lelaki
dan perempuan sehingga tengah malam, duduk pula bercampur aduk dan tidak
dipisahkan, dedah aurat sana sini, maka itu sudah lebih dari dosnya dan sudah
melampaui batas yang Islam telah tetapkan.
Hendak
berhibur, berhiburlah. Tinggal lagi, jagalah batas-batas dan adab-adab yang
Islam ajarkan pada kita.
Hiburan
ini bukanlah keseluruhan kehidupan, tetapi ia adalah sebagai sebahagian
daripada pelengkap kehidupan. Ibarat garam dalam makanan, kalau tidak letak
langsung, makanpun tak berapa nak rasa, kalau terlebih banyak, masin pula
jadinya. Maka, letakkan pada kadarnya, makanan kita akan jadi sedap.
Pendek
kata, hendak berhibur, berhiburlah. Tidak ada masalah. Asalkan jangan melampau
sangat. Jadikan hiburan sebagai medan ibadah kita juga, bukan medan dosa.
PENUTUP :
HENDAK TAAT, TINGGALKAN MAKSIAT
Kalau air
yang putih bersih boleh digunakan untuk minum, mandi dan bersuci, tetapi bila
dicampur dengan air longkang, siapakah lagi yang mahu menggunakannya untuk
minum, mandi ataupun bersuci?
Pastilah
tidak ada.
Maka,
pisahkanlah antara maksiat dan taat. Tidak mungkin kita hendak melakukan
kebaikan, kemudian kita campur adukkannya dengan kejahatan. Hendak ke syurga,
tetapi memilih jalan ke neraka, mana mungkin sampai ke syurga.
Positif +
Negatif = Negatif
Persamaan
yang pernah kita pelajari dalam Matematik ini sangat relevan untuk kita kaitkan
dalam hal ini.
Dan
apakah pula neraca yang kita gunakan dalam menentukan nilai baik sesuatu
perkara?
Ada suatu
kaedah syarak yang berbunyi bermaksud :
“Yang baik itu adalah apa yang dikatakan baik oleh syarak, yang buruk
itu adalah apa yang dikatakan buruk oleh syarak.”
Itulah
neraca kita dalam menentukan baiknya sesuatu perkara. Kita buat sesuatu
mengikut apa yang Allah suka, bukan apa yang manusia suka. Kita buat sesuatu
mengikut apa yang Allah mahu, bukan apa yang manusia mahu.
Maka,
kalau kita hendak ikut apa yang Allah mahu, hendak suka apa yang Allah suka,
tunduklah penuh ketaatan kepada Dia dan tinggalkanlah kemaksiatan!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan