Sedarkah anda, sisa aluminium dalam kuali atau peralatan memasak di rumah anda boleh menyerap masuk ke dalam makanan anda?
Begitu juga bayi anda mungkin
mengambil aluminium secara berlebihan apabila meminum susu
tepung. Logam beracun seperti aluminium boleh menyebabkan kerosakan tulang dan
otak apabila diserap masuk ke dalam darah. Golongan tua pesakit buah pinggang
dan kanak-kanak kecil paling mudah menerima kesan buruknya.
Kini aluminium dikaitkan dengan
penyakit alzheimer, suatu keadaan nyanyuk pada usia muda serta masalah
kelemahan mental.
Diantara tahun 1990-91, kami telah
menguji 21 jenama minuman segera dan kopi tempatan untuk aluminium. hasilnya
memang menakutkan ; kesemua melebihi paras maksimum yang dikhususkan untuk
bekalan air paip antara dua hingga 28 kali ganda.
aluminium dalam makanan dan minuman
Penemuan kami mengesahkan hasil ujian
terdahulu yang dijalankan pada tahun 1989 ke atas 35 jenis susu rumusan bayi,
bijirin bayi dan tepung di mana 29 (kira kira 83%) mengandungi aluminium yang
berlebihan berbanding piawaian untuk bekalan air paip.
kesimpulan mudah : rakyat Malaysia
mungkin mengambil bahan logam beracun ini kadar yang tinggi bersama minuman
seperti susu teh dan kopi.
Di malaysia tiada piawaian bagi aluminium dalam susu atau minuman lain. Satu-satu
piawaian bagi aluminium ialah bekalan air kita iaitu 200 mikrogram/liter.
aluminium
dalam minuman segera yang popular.
Kita telah menguji 11 jenama minuman
kesukaan pengguna dan hasilnya memang memeranjatkan. Kesemuanya mengandungi
aluminium antara 67-28 kali ganda melebihi paras yang dibenarkan dalam air
paip.
Aluminium dalam makanan dan
minuman antara contoh :
Maxwell house melebihi 28.1 kali ganda
Van houten’s cocoa melebihi 23.1 kali ganda
Nestea melebihi 23.0 kali ganda
Boncafe melebihi 22.8 kali ganda
Moccona melebihi 17.7 kali ganda
Horlick melebihi 10.1 kali ganda
Ovaltine melebihi 9.2 kali ganda
Milo melebihi 8.5 kali ganda
Sustegen melebihi 7.7 kali ganda
Complan melebihi 6.3 kali ganda
Nescafe melebihi 6.1 kali ganda
Aluminium dalam
makanan dan minuman – sumber : persatuan
pengguna Pulau Pinang. -
Tiada ulasan:
Catat Ulasan