Kebanyakan
orang memberi perhatian besar terhadap amalan-amalan zahir. Kita dapati sebahagian
orang benar-benar berusaha untuk boleh solat sebagaimana solatnya Nabi
shallallahu ‘alaihi wa sallam, maka seluruh gerakan-gerakan solat Nabi yang
terdapat dalam hadits-hadits yang shahih berusaha untuk diterapkannya. Sungguh
ini merupakan kenikmatan dan kebahagian bagi orang yang seperti ini. Bukankah
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah bersabda
:صَلوُّا كَمَا رَأَيْتُمُوْنِي أُصَلّي
“Solatlah
kalian sebagaimana aku solat.”
Demikian juga perihalnya dengan haji,
kebanyakan orang benar-benar berusaha untuk boleh berhaji sebagaimana haji Nabi
shallallahu ‘alaihi wa sallam, sebagai bentuk pengamalan dari sabda Nabi
shallallahu ‘alaihi wa sallam:
لِتَأْخُذُوْا عَنِّي مَنَاسِكَكُمْ
“Hendaknya kalian mengambil manasik haji kalian dariku.”
Akan tetapi….. Ternyata banyak juga
orang-orang yang memberi perhatian besar terhadap amalan-amalan yang zahir
termasuk penulis sendiri yang ternyata lalai dari amalan hati… Sebagai bukti
betapa banyak orang yang boleh jadi gerakan solatnya seratus persen sama
seperti gerakan solat Nabi akan tetapi apakah mereka juga memberi perhatian
besar terhadap kekhusyukan dalam solat mereka?? Bukankah Nabi bersabda
إِنَّ الرَّجُلَ لَيَنْصَرفُ؛ وَمَا
كُتِبَ إِلا عُشُرُ صلاتِهِ، تُسُعُها، ثُمُنُها، سُبُعُها، سُدُسُها، خُمُسُها،
رُبُعُها، ثلُثُها، نِصْفها
“Sesungguhnya seseorang selesai dari
solatnya dan tidaklah dicatat baginya dari pahala solatnya kecuali
sepersepuluhnya, sepersembilannya, seperlapannya, sepertujuhnya, seperenamnya,
seperlimanya, seperempatnya, sepertiganya, setengahnya.”
(HR
bu Daud no 761 dan dishahihkan oleh Syaikh Al-Albani)Al-Munaawi rahimahullah
berkata
أَنَّ ذَلِكَ يَخْتَلِفُ بِاخْتِلاَفِ
الأَشْخَاص بِحَسَبِ الْخُشُوْعِ وَالتَّدَبُّرِ وَنَحْوِهِ مِمَّا يَقْتَضِي
الْكَمَالَ
“Perbezaan pahala solat
tersebut sesuai dengan perbezaan orang-orang yang solat berdasarkan kekhusyukan
dan tadabbur (bacaan solat) dan yang semisalnya dari perkara-perkara yang mendatangkan
kesempurnaan solat.”
(Faidhul Qodiir 2/422)
Bukankah khusyuk merupakan ruhnya
solat??. Bukankah Allah tidak memuji semua orang yang solat, akan tetapi hanya
memuji orang beriman yang khusyuk dalam solatnya??
Allah berfirman :
قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ
(١)الَّذِينَ هُمْ فِي صَلاتِهِمْ خَاشِعُونَ (٢
Sesungguhnya beruntunglah
orang-orang yang beriman (iaitu) orang-orang yang khusyuk dalam solatnya.
(QS Al-Mukminun : 1-2)
Hal ini dengan jelas menunjukan akan
pentingnya amalan hati. Oleh kerananya Ibnu Taimiyyah rahimahullah pernah
berkata;
وَفِي الأَثَرِ أَنَّ الرَّجُلَيْنِ
لَيَكُوْنُ مَقَامُهُمَا فِي الصَّفِّ وَاحِدًا وَبَيْنَ صَلاَتَيْهِمَا كَمَا
بَيْنَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ
“Dalam sebuah atsar bahawasanya
sungguh dua orang berada di satu saf solat namun perbezaan antara nilai solat
keduanya sebagaimana antara timur dan barat.”
(Minhaajus Sunnah 6/137)
Sungguh merupakan perkara yang menyedihkan… banyak di antara kita yang memiliki ilmu yang tinggi, melakukan amalan-amalan zahir yang luar biasa… akan tetapi dalam masalah amalan hati maka sangatlah lemah. Ada di antara mereka yang sangat mudah marah… sangat tidak sabar…kurang tawakal…, yang hal ini menunjukkan lemahnya iman terhadap takdir. Tatkala datang perkara yang genting maka terlihat dia seperti anak kecil yang tidak sabar dan mudah marah… menunjukan lemahnya amalan hatinya. Meskipun ilmunya tinggi…, meskipun amalannya banyak.. akan tetapi ia adalah orang awam dalam masalah hati. Bahkan boleh jadi banyak orang awam yang jauh lebih baik darinya dalam amalan hati.
Renungan…
Renungkanlah hadits berikut ini
sebagaimana dituturkan oleh Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu:
كُنَّا جُلُوسًا مَعَ رَسُولِ اللهِ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: ” يَطْلُعُ عَلَيْكُمُ الْآنَ رَجُلٌ مِنْ
أَهْلِ الْجَنَّةِ ” فَطَلَعَ رَجُلٌ مِنَ الْأَنْصَارِ، تَنْطِفُ لِحْيَتُهُ مِنْ
وُضُوئِهِ، قَدْ تَعَلَّقَ نَعْلَيْهِ فِي يَدِهِ الشِّمَالِ، فَلَمَّا كَانَ
الْغَدُ، قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، مِثْلَ ذَلِكَ،
فَطَلَعَ ذَلِكَ الرَّجُلُ مِثْلَ الْمَرَّةِ الْأُولَى . فَلَمَّا كَانَ
الْيَوْمُ الثَّالِثُ، قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، مِثْلَ
مَقَالَتِهِ أَيْضًا، فَطَلَعَ ذَلِكَ الرَّجُلُ عَلَى مِثْلِ حَالِهِ الْأُولَى،
فَلَمَّا قَامَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَبِعَهُ عَبْدُ اللهِ
بْنُ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ فَقَالَ: إِنِّي لَاحَيْتُ أَبِي فَأَقْسَمْتُ أَنْ
لَا أَدْخُلَ عَلَيْهِ ثَلَاثًا، فَإِنْ رَأَيْتَ أَنْ تُؤْوِيَنِي إِلَيْكَ
حَتَّى تَمْضِيَ فَعَلْتَ ؟ قَالَ: نَعَمْ
“Kami
sedang duduk bersama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, maka beliaupun
berkata : “Akan muncul kepada kalian sekarang seorang penduduk syurga.” Maka
muncullah seseorang dari kaum Anshoor, janggutnya masih basah terkena air wuduk,
sambil menggantungkan kedua sendalnya di tangan kirinya. Tatkala keesokan hari
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam mengucapkan perkataan yang sama, dan muncullah
orang itu lagi dengan kondisi yang sama seperti kemarin. Tatkala keesokan
harinya lagi (hari yang ketiga) Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam juga
mengucapkan perkataan yang sama dan muncul juga orang tersebut dengan kondisi
yang sama pula. Tatkala Nabi berdiri (pergi) maka Abdullah bin ‘Amr bin
Al-’Aash mengikuti orang tersebut lalu berkata kepadanya : “Aku bermasalah
dengan ayahku dan aku bersumpah untuk tidak masuk ke rumahnya selama tiga hari.
Jika menurutmu aku boleh menginap di rumahmu selama tiga hari? Maka orang
tersebut berkata, “Silakan.”
Anas bin Malik melanjutkan tuturan
kisahnya :
وَكَانَ عَبْدُ اللهِ يُحَدِّثُ أَنَّهُ
بَاتَ مَعَهُ تِلْكَ اللَّيَالِي الثَّلَاثَ، فَلَمْ يَرَهُ يَقُومُ مِنَ
اللَّيْلِ شَيْئًا، غَيْرَ أَنَّهُ إِذَا تَعَارَّ وَتَقَلَّبَ عَلَى فِرَاشِهِ
ذَكَرَ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ وَكَبَّرَ، حَتَّى يَقُومَ لِصَلَاةِ الْفَجْرِ .
قَالَ عَبْدُ اللهِ: غَيْرَ أَنِّي لَمْ أَسْمَعْهُ يَقُولُ إِلَّا خَيْرًا،
فَلَمَّا مَضَتِ الثَّلَاثُ لَيَالٍ وَكِدْتُ أَنْ أَحْقِرَ عَمَلَهُ، قُلْتُ: يَا
عَبْدَ اللهِ إِنِّي لَمْ يَكُنْ بَيْنِي وَبَيْنَ أَبِي غَضَبٌ وَلَا هَجْرٌ
ثَمَّ، وَلَكِنْ سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ
لَكَ ثَلَاثَ مِرَارٍ: ” يَطْلُعُ عَلَيْكُمُ الْآنَ رَجُلٌ مِنْ أَهْلِ
الْجَنَّةِ ” فَطَلَعْتَ أَنْتَ الثَّلَاثَ مِرَارٍ، فَأَرَدْتُ أَنْ آوِيَ
إِلَيْكَ لِأَنْظُرَ مَا عَمَلُكَ، فَأَقْتَدِيَ بِهِ، فَلَمْ أَرَكَ تَعْمَلُ
كَثِيرَ عَمَلٍ، فَمَا الَّذِي بَلَغَ بِكَ مَا قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: مَا هُوَ إِلَّا مَا رَأَيْتَ . قَالَ: فَلَمَّا
وَلَّيْتُ دَعَانِي، فَقَالَ: مَا هُوَ إِلَّا مَا رَأَيْتَ، غَيْرَ أَنِّي لَا
أَجِدُ فِي نَفْسِي لِأَحَدٍ مِنَ الْمُسْلِمِينَ غِشًّا، وَلَا أَحْسُدُ أَحَدًا
عَلَى خَيْرٍ أَعْطَاهُ اللهُ إِيَّاهُ . فَقَالَ عَبْدُ اللهِ هَذِهِ الَّتِي
بَلَغَتْ بِكَ، وَهِيَ الَّتِي لَا نُطِيقُ
“Abdullah bin ‘Amr bin al-’Aaash
bercerita bahwasanya iapun menginap bersama orang tersebut selama tiga malam.
Namun ia sama sekali tidak melihat orang tersebut mengerjakan solat malam,
hanya saja jika ia terjaga di malam hari dan berbolak-balik di tempat tidur
maka iapun berzikir kepada Allah dan bertakbir, hingga akhirnya ia bangun untuk
solat subuh. Abdullah bertutur : “Hanya saja aku tidak pernah mendengarnya
berucap kecuali kebaikan. Dan tatkala berlalu tiga hari dan hampir saja aku
meremehkan amalannya maka akupun berkata kepadanya : Wahai hamba Allah (fulan),
sesungguhnya tidak ada permasalahan antara aku dan ayahku, apalagi boikot. Akan
tetapi aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata sebanyak
tiga kali : Akan muncul sekarang kepada kalian seorang penduduk syurga”,
lantas engkaulah yang muncul, maka akupun ingin menginap bersamamu untuk melihat
apa sih amalanmu untuk aku contohi, namun aku tidak melihatmu banyak beramal.
Maka apakah yang telah menyampaikan engkau sebagaimana sabda Nabi shallallahu
‘alaihi wasallam?”. Orang itu berkata : “Tidak ada kecuali amalanku yang kau
lihat”. Abdullah bertutur : “Tatkala aku berpaling pergi maka iapun memanggilku
dan berkata : Amalanku hanyalah yang engkau lihat, hanya saja aku tidak
menemukan perasaan dengki (jengkel) dalam hatiku kepada seorang muslimpun dan
aku tidak pernah hasad kepada seorangpun atas kebaikan yang Allah berikan
kepadanya”. Abdullah berkata, “Inilah amalan yang menghantarkan engkau (menjadi
penduduk syurga-pen), dan inilah yang tidak kami mampui”
(HR Ahmad 20/124 no 12697, dengan
sanad yang shahih)
Perhatikanlah hadits yang sangat agung ini, betapa tinggi nilai amalan hati di sisi Allah. Sahabat tersebut sampai dinyatakan sebagai penduduk syurga oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam sebanyak tiga kali selama tiga hari berturut-turut. Padahal amalan hati yang ia lakukan iaitu tidak dengki dan hasad, bukanlah amalan hati yang paling mulia, kerana masih banyak amalan hati yang lebih mulia lagi seperti ikhlas, tawakkal, sabar, berhusnudzon kepada Allah, dan lain-lain. Namun demikian telah menjadikan sahabat ini menjadi penduduk syurga. Padahal amalan zahirnya sedikit, sahabat ini tidak rajin berpuasa sunnah dan tidak rajin solat malam, akan tetapi yang menjadikannya mulia… adalah amalan hatinya.
Hadits ini juga menunjukan bahawa
amalan hati jauh lebih berat daripada amalan zahir. Semua orang boleh saja
puasa, semua orang boleh saja bangun solat malam, semua orang boleh saja solat
sesuai sunnah Nabi, semua orang boleh saja berpakaian sebagaimana yang
disunnahkan oleh Nabi… akan tetapi ..: Betapa banyak di antara kita yang
tahu akan bahayanya riak namun masih saja terlena dengan kenikmatan semu riak,
bangga tatkala dipuji hingga kepala membesar hampir sebesar gunung… Betapa banyak di antara kita yang tahu akan
bahaya ujub, akan tetapi tetap saja bangga dengan amalan dan karya sendiri… Betapa
banyak di antara kita sudah menghafalkan sabda Nabi “Janganlah marah…” akan tetapi hati ini susah untuk
bersabar dan menerima takdir Allah yang memilukan… Betapa banyak di antara kita
yang sudah mengilmui bahawasanya semua takdir dan keputusan Allah adalah yang
terbaik akan tetapi tetap saja bersuudzon kepada Allah… Betapa banyak di antara
kita yang sudah mengilmui dengan ilmu yang tinggi bahawasanya Allahlah yang
mengatur dan memutuskan segala sesuatu, akan tetapi tetap saja tawakkalnya
kurang kepada Allah.. Dan seterusnya..
Besar Kecilnya Nilai Amalan Zahir Bergantung Dengan Amalan Hati
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam
pernah bersabda
لَا تَسُبُّوا أَصْحَابِي فَلَوْ أَنَّ
أَحَدَكُمْ أَنْفَقَ مِثْلَ أُحُدٍ ذَهَبًا مَا بَلَغَ مُدَّ أَحَدِهِمْ وَلَا
نَصِيفَهُ
“Janganlah kalian mencela para
sahabatku, kalau seandainya salah seorang dari kalian berinfaq emas sebesar
gunung Uhud maka tidak akan menyamai infaq mereka (kurma atau gandum
sebanyak-pen) dua genggam tangan atau segenggam tangan.”
(HR Al-Bukhari no 3673 dan Muslim no
221)
Perhatikanlah…tahukah para pembaca
yang budiman bahawasanya gunung Uhud panjangnya sekitar 7 km dan lebarnya 2
sampai 3 km, dengan ketinggian sekitar 350 meter?. Tentunya kalau ada emas
seukuran ini maka beratnya ribuan ton tentunya. Kalau kita memiliki emas
sebesar itu…, apakah kita akan menginfakkannya??
Lantas kenapa para sahabat mendapat
kemuliaan yang luar biasa ini? Mengapa ganjaran amalan mereka sangat besar di
sisi Allah??
Al-Baydhoowi berkata :
مَعْنَى الْحَديْثِ لاَ يَنَالُ
أَحَدُكُمْ بِإنْفَاق مِثْلِ أُحُدٍ ذَهَبًا منَ الْفَضْلِ وَالأَجْرِ مَا يَنَالُ
أَحَدُهُمْ بِإِنْفَاق مُدِّ طَعَامٍ أَوْ نَصِيْفِهِ وَسَبَبُ التَّفَاوُت مَا
يُقَارِنُ الأَفْضَلَ منْ مَزِيْدِ الإِخْلاَصِ وَصِدْقِ النِّيَّةِ
“Makna hadits ini adalah salah seorang
dari kalian meskipun menginfakan emas sebesar gunung Uhud maka tidak akan
meraih pahala dan kurnia sebagaimana yang diraih oleh salah seorang dari mereka
(para sahabat) meskipun hanya menginfakan satu mud makanan atau setengah mud. Sebab
perbezaan tersebut adalah kerana (mereka) yang lebih utama (iaitu para sahabat)
disertai dengan keikhlasan yang lebih dan niat yang benar“
(sebagaimana dikutip oleh Ibnu Hajar
dalam Fathul Baari 7/34)
Ibnu Taimiyyah rahimahullah berkata :
فَإِنَّ الْأَعْمَالَ تَتَفَاضَلُ
بِتَفَاضُلِ مَا في الْقُلُوْبِ مِنَ الإِيْمَانِ وَالْإِخْلاَصِ، وَإِنَّ
الرَّجُلَيْنِ لَيَكُوْنَ مَقَامُهُمَا فِي الصَّفِّ وَاحِدًا وَبَيْنَ
صَلاَتَيْهِمَا كَمَا بَيْنَ السَّمَاء وَالْأَرْضِ
“Sesungguhnya amalan-amalan
berbeza-beza tingkatannya sesuai dengan perbezaan tingkatan keimanan dan
keikhlasan yang terdapat di hati. Dan sungguh ada dua orang yang berada di satu
shaf solat akan tetapi perbezaan nilai solat mereka berdua sejauh antara langit
dan bumi.”
(Minhaajus sunnah 6/136-137)
Beliau juga berkata,
أَنَّ الْأَعْمَالَ الظَّاهِرَةَ
يَعْظُمُ قَدْرُهَا وَيَصْغُرُ قَدْرُهَا بمَا في الْقُلُوْبِ، وَمَا فِي
الْقُلُوْبِ يَتَفَاضَلُ لاَ يَعْرِفُ مَقَادِيْرَ مَا فِي الْقُلُوْبِ مِنَ
الْإِيْمَانِ إِلاَّ اللهُ
“Sesungguhnya amalan-amalan
lahiriah (zahir) nilainya menjadi besar atau menjadi kecil sesuai dengan apa
yang ada di hati, dan apa yang ada di hati bertingkat-tingkat. Tidak ada yang
tahu tingkatan-tingkatan keimanan dalam hati-hati manusia kecuali Allah.”
(Minhaajus Sunnah 6/137)
Oleh kerananya Allah swt berfirman
لَنْ يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلا
دِمَاؤُهَا وَلَكِنْ يَنَالُهُ التَّقْوَى مِنْكُمْ
Daging-daging unta dan darahnya
itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keredhaan) Allah, tetapi Ketakwaan dari
kamulah yang dapat mencapainya.”
(QS Al-Hajj : 37)
Tentunya banyak orang yang menyembelih
haiwan korban, dan banyak pula yang menyembelih haiwan hadyu (tatkala hajian),
dan banyak pula orang yang bersedekah dengan menyembelih haiwan, akan tetapi
bukanlah yang sampai kepada Allah darah haiwan-haiwan tersebut akan tetapi yang
sampai kepada Allah adalah ketakwaan yang terdapat di hati (lihat minhaajus
sunnah 6/137)
Dari sini jelas bagi kita rahsia
kenapa Allah swt menjadikan pahala sedikit infaq yang dikeluarkan oleh para
sahabat lebih tinggi nilainya dari beribu-ribu ton emas yang kita sedekahkan.
Sesungguhnya amalan-amalan hati para sahabat sangatlah tinggi, keimanan para
sahabat sangatlah jauh dibandingkan keimanan kita. Mungkin kita boleh saja
menilai amalan zahir seseorang, akan tetapi amalan hatinya tidak ada yang
mengetahuinya kecuali Allah swt. Para sahabat yang luar biasa amalan zahirnya boleh
saja ada seorang tabiin yang meniru mereka akan tetapi yang menjadikan mereka
tetap istimewa adalah amalan hati mereka yang sangat tinggi nilainya di sisi
Allah swt.
Ibnu Taimiyyah berkata tentang para
sahabat, “Hal ini (ditinggikannya pahala para sahabat-pen) dikeranakan keimanan
yang terdapat dalam hati mereka tatkala mereka berinfaq di awal-awal Islam, dan
masih sedikitnya para pemeluk agama Islam, banyaknya hal-hal yang menggoda
untuk memalingkan mereka dari Islam, serta lemahnya motivasi yang mendorong
untuk berinfaq. Oleh kerananya orang-orang yang datang setelah para sahabat
tidak akan boleh memperolehi sebagaimana yang diperoleh para sahabat… oleh kerananya
tidak akan ada seorangpun yang menyamai Abu Bakar radhiallahu ‘anhu. Keimanan
dan keyakinan yang ada di hatinya tidak akan boleh disamai oleh seorangpun. Abu
Bakar bin ‘Ayyaas berkata
مَا سَبَقَهُمْ أَبُو بَكْرٍ بِكَثْرَةِ
صَلاَةٍ وَلاَ صِيَامٍ وَلَكنْ بشَىْءٍ وَقَرَ في قَلْبِهِ
“Tidaklah
Abu Bakar mengungguli para sahabat yang lain dengan banyaknya solat dan puasa
akan tetapi kerana sesuatu yang terpateri di hatinya.”
Demikian pula para sahabat yang lain yang telah menemani Rasulullah dalam keadaan beriman kepada Nabi dan berjihad bersamanya maka timbul dalam hati mereka keimanan dan keyakinan yang tidak akan dicapai oleh orang-orang setelah mereka…
Sesungguhnya para ulama telah sepakat
bahawasanya para sahabat secara umum (global) lebih baik dari para tabi’in
secara umum. Akan tetapi apakah setiap individu dari para sahabat lebih mulia
dari dari setiap individu dari generasi setelah mereka? dan apakah Mu’aawiyah
radhiallahu ‘anhu lebih mulia daripada Umar bin Abdil Aziz rahimahullah??.
Al-Qodhi Iyaadh dan ulama yang lain menyebutkan ada dua pendapat dalam
permasalahan ini. Majoriti ulama memilih pendapat bahawasanya setiap individu
sahabat lebih mulia dari setiap individu dari generasi setelah mereka. Ini
adalah pendapat Ibnul Mubarok, Ahmad bin Hnbal dan selain mereka berdua.
Di antara argumentasi mereka adalah
amalan (zahir) para tabi’in meskipun lebih banyak, sikap adilnya Umar bin Abdil
Aziz lebih nampak dari pada sikap adilnya Mu’aawiyah, dan ia lebih zuhud
daripada Mu’aawiyah, akan tetapi mulianya seseorang di sisi Allah adalah
tergantung hakikat keimanannya yang terdapat di hatinya…mungkin boleh saja kita
mengetahui amalan (zahir) sebahagian mereka lebih banyak dari pada sebahagian
yang lain, akan tetapi bagaimana kita boleh mengetahui bahawasanya keimanannya
yang terdapat di hatinya lebih besar daripada keimanan hati yang
lain..?” (Minhaajus Sunnah An-Nabawiyyah 6/137-139)
Kota Nabi, 24 Muharram
1432 / 30 Disember 2010
Firanda Andirja
Tiada ulasan:
Catat Ulasan