1.
Yakinlah bahawa selain Kitapun juga diuji…
Ada yang
diuji dengan kemiskinan..
Ada yang
diuji dengan harta..jabatan dan kekuasaan…
Ada yang
diuji dengan isteri yang berakhlak buruk..
Ada
wanita yang diuji dengan suami bejat(Jahat)…
Ada
wanita yang diuji dengan mertua jahat…
Dan
terlalu banyak model ujian yang menimpa manusia…
Sebagaimana
manusia-manusia yang lain yang juga ditimpa musibah/ujian yang beraneka ragam..
2.
Sabarlah dengan ujian yang sedang kita hadapi.. Alhamdulillah kita masih boleh
memikulnya…
Boleh
jadi jika kita diuji dengan ujian yang lain..maka kita tidak akan mampu
menghadapinya…
Yakinlah bahwa tidaklah Allah swt menguji kecuali dengan ujian yang mampu dihadapi oleh seorang hamba..
Yakinlah bahwa tidaklah Allah swt menguji kecuali dengan ujian yang mampu dihadapi oleh seorang hamba..
3.Terkadang
syaitan membisikkan pada kita bahawa ujian yang kita hadapi sangatlah
berat..dan tidak mungkin untuk kita pikul…
Maka
ingatlah bahawa saat ini masih terlalu banyak orang yang diuji dengan ujian
yang jauh lebih berat dengan ujian yang sedang Kita hadapi..
4.
Bukankah ujian jika dihadapi dengan kesabaran..maka akan menghapus dosa-dosa
dan meninggikan darjat..??
5. Bahkan
boleh jadi Allah swt menghendaki kita untuk meraih sebuah tempat yang tinggi di
syurga..yang tidak mungkin kita peroleh dengan hanya sekadar amalan-amalan
soleh kita… Amalan soleh kita tidak cukup untuk menaikan kita ke tempat tinggi
tersebut.. Kita tidak akan mampu untuk sampai ke tempat tinggi tersebut kecuali
dengan menjalani ujian-ujian yang tidak henti-hentinya untuk mengangkat darjat
kita..
6.
Ingatlah…Dengan ujian terkadang kita baru sedar bahawa kita ini sangatlah lemah
dan selalu perlukan Allah Yang Maha Kuasa… Kadang kita baru mengenal yang
namanya khusyuk dalam solat… Kita baru boleh merasakan kerendahan yang disertai
deraian air mata… Kita baru boleh merasakan nikmatnya ibadah…tatkala ujian
datang…tatkala musibah menerpa..
7.
Ingatlah…dengan ujian atau musibah yang menimpa kita..terkadang menghilangkan
sifat ujub pada diri kita…
Kerana tatkala kita rajin beribadah dan selalu mendapatkan kenikmatan..kadang timbul ujub dalam diri kita dengan merasa bahawa diri kita hebat selalu beruntung..
Jangan
sampai kita salah persepsi dengan menganggap tanda kecintaan Allah swt kepada
seorang hamba adalah tidak ditimpanya sang hamba dengan musibah.. Bahkan
perkaranya justeru sebaliknya…
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda..
“Jika Allah mencintai sebuah kaum..maka Allah akan menguji mereka.”
(Dishahihkan
oleh Al-Albani dalam As-Shahihah no 146)
8.
Berhusnudzonlah kepada Allah swt..
Yakinlah
bahawa dibalik ujian dan musibah yang menimpamu..ada kebaikan dan hikmah..
Justeru jika ujian tersebut tidak datang dan jika musibah tidak menimpamu..maka
akan lebih buruk kondisi kita…
Allah berfirman :
“Dan boleh jadi kalian membenci sesuatu padahal ia amat baik bagi
kalian.”
(QS Al-Baqaroh : 216)
9. Bahkan
boleh jadi musibah atau ujian yang kita benci itu mendatangkan banyak kebaikan…
Allah swt
berfirman:
“Maka mungkin kalian membenci sesuatu padahal Allah menjadikan padanya
kebaikan yang banyak.”
(QS
An-Nisaa : 19)
10.
Ingatlah bahawa tidak ada istrirehat sepenuhnya atau kegembiraaan sepenuhnya
Kecuali di akhirat kelak… Selama kita masih hidup di dunia, maka siap-siaplah
dengan ujian yang menghadang… Bersabarlah…tegarlah…demi meraih ketentaraman dan
kebahagiaan abadi kelak di syurga… Ada orang awam yang berkata..
“Kalau mahu hidup di dunia harus siap diuji..kalau tidak mahu diuji
ya…jangan hidup di dunia..!!”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan