Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Ahad, 2 Jun 2013

Bab 171 Takbirnya Seorang Musafir jikalau Menaiki Tempat Tinggi Gunung-gunung Dan Sebagainya Dan Bertasbih jikalau Turun Ke jurang Dan Sebagainya Serta Larangan Terlampau Sangat Dalam Mengeraskan Suara Takbir Dan Lain-lain




972. Daripada Jabir r.a., katanya:

Yang Bermaksud : "Kita semua di waktu bepergian apabila naik kita bertakbir dan apabila turun kita bertasbih."
(Riwayat Bukhari)

973. Daripada Ibnu Umar radhiallahu'anhuma, katanya:

Yang Bermaksud : "Nabi s.a.w. dan seluruh tenteranya itu apabila mendaki ke gunung-gunung, mereka semuanya bertakbir dan apabila turun mereka bertasbih."
Diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud dengan isnad shahih.

974. Daripada Ibnu Umar r.a. pula, katanya:

Yang Bermaksud : "Nabi s.a.w. itu apabila kembali dari haji atau umrah, setiap kali beliau naik di atas gunung atau tanah tinggi yang keras, beliau tentu bertakbir sebanyak tiga kali, kemudian beliau mengucapkan yang ertinya: "Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya, juga bagiNyalah segenap kerajaan dan puji-pujian. Allah adalah Maha Kuasa atas segala sesuatu. Kita semua kembali, kita semua bertaubat kepada Allah, menyembah, bersujud kepadaTuhan kita serta mengucapkan puji-pujian. Allah menepati janjiNya, menolong hambaNya dan mengalahkan pasukan-pasukan musuh dengan seorang diri saja."
(Muttafaq 'alaih)
Dalam riwayat Imam Muslim disebutkan:
"jikalau beliau s.a.w. kembali dari memimpin pasukan atau tentera dalam peperangan atau dari haji atau umrah".

975. Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya ada seorang lelaki berkata: "Ya Rasulullah, saya hendak bepergian, maka berikanlah wasiat pada saya!" Beliau s.a.w. bersabda: "Hendaklah engkau tetap bertakwa kepada Allah serta bertakbir pada setiap berada di tempat yang tinggi." Setelah orang itu menyingkir, beliau s.a.w. lalu mengucapkan doa  yang ertinya: "Ya Allah, lipatlah yakni dekatkanlah yang jauh untuknya dan permudahkanlah untuknya dalam perjalanannya itu."
Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.

976. Daripada Abu Musa al-Asy'ari r.a., katanya:

Yang Bermaksud : "Kita semua bersama Nabi s.a.w. dalam bepergian, lalu apabila kita semua naik di atas suatu jurang, kita semua bertahlil serta bertakbir dan amat keraslah suara-suara kita itu. Kemudian Nabi s.a.w. bersabda: "Hai sekalian manusia, kasihanilah pada dirimu sendiri yakni jikalau bersuara tidak perlu keras-keras, sebab sesungguhnya engkau semua itu bukannya berdoa kepada Tuhan yang bersifat tuli ataupun yang tidak ada Zatnya, sesungguhnya Tuhan itu adalah beserta engkau semua dan Dia Maha Mendengar lagi Dekat."
(Muttafaq’alaih)







Tiada ulasan:

Catat Ulasan