1001. Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang Bermaksud : "Allah tidak pernah mendengarkan pada
sesuatu dengan penuh perhatian dan rasa redha serta menerima sebagaimana
mendengarnya kepada seseorang Nabi yang bagus suaranya, ia bertaghanni dengan al Quran
itu yakni mengeraskan suaranya." *
(Muttafaq
'alaih)*
Dikatakan
oleh para alim ulama: "Bahawasanya sabda Nabi s.a.w.: Yajharu bihi -ertinya:
Memperkeraskan suara dalam membaca al Quran ini adalah sebagai penjelasan dari
sabdanya: yataghanna yakni bertaghanni dari kata ghina'."
Makna: adzinallahu
yakni mendengarkan. Ini sebagai tanda keredhaan dan diterima.
1002.
Daripada Abu Musa al-Asy'ari r.a., bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda padanya:
Yang Bermaksud : "Sesungguhnya engkau telah dikurnia
oleh Allah mizmar yakni seruling dari mizmar-mizmarnya keluarga Daud."
(Muttafaq
'alaih)
Dalam
riwayat Imam Muslim disebutkan bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda padanya:
Yang Bermaksud : "Alangkah gembiranya hatimu, jikalau engkau melihat bahawa saya mendengarkan bacaanmu akan al Quran malam tadi."
Imam as-Syafi'i rahimahullah berkata: Ertinya bertaghanni ialah memperbaguskan suara dan melemah-lembutkannya atau mengiramakan bacaan al Quran itu." Uraian sedemikian ini disaksikan pula dengan Hadis lain, iaitu: yakni: Hiasilah al Quran itu dengan suara-suaramu. Menurut bangsa Arab, setiap orang yang mengeraskan suaranya dan mengiramakannya, maka suaranya itu dapat disebut ghina.'
Maksudnya
bahawa bacaan Abu Musa r.a. itu amat indah dan baik sekali. Kata mizmar atau
seruling dijadikan sebagai perumpamaan untuk bagusnya suara dan kemanisan iramanya,
jadi diserupakan dengan suara seruling. Daud adalah seorang Nabi 'alaihis-salam
dan beliau ini adalah sebagai puncak dalam kebagusan suaranya di dalam membaca.
1003.
Daripada al-Bara' bin 'Azib r.a., katanya:
Yang Bermaksud : "Saya
mendengar Nabi s.a.w. membaca dalam solat Isyak dengan surat Attin wazzaitun
dalam salah satu dari kedua rakaatnya yang dibaca keras. Maka saya tidak pernah
mendengar seseorangpun yang lebih indah bacaannya dari beliau s.a.w. itu."
(Muttafaq
'alaih)
1004.
Daripada Abu Lubabah iaitu Basyir bin Abdul Mundzir r.a. bahawasanya Nabi s.a.w.
bersabda:
Yang Bermaksud : "Barangsiapa
yang tidak bertaghanni dengan al-Quran yakni di waktu membacanya, maka ia
bukanlah termasuk golongan kita."
Diriwayatkan
oleh Imam Abu Daud dengan isnad yang baik. Makna: yataghanna atau
bertaghanni ialah memperbaguskan suaranya ketika membaca al-Quran.
1005.
Daripada Ibnu Mas'ud r.a., katanya: "Nabi s.a.w. bersabda kepadaku:
Yang Bermaksud : "Bacakanlah
al Quran padaku." Saya berkata: "Ya Rasulullah, adakah saya akan
membaca al Quran untuk Tuan, sedangkan al Quran itu kepada Tuanlah
diturunkannya?" Beliau s.a.w. bersabda: "Saya senang sekali kalau
mendengar al Quran itu dari orang lain." Saya lalu membacanya untuk beliau
s.a.w. itu surat an isa', sehingga sampailah saya pada ayat ini yang ertinya: "Bagaimanakah
ketika Kami datangkan kepada setiap umat seorang saksi dan engkau Kami jadikan
saksi atas umat ini."
an-Nisa' 42.
an-Nisa' 42.
Setelah
itu beliau s.a.w. lalu bersabda: "Cukuplah sudah bacaanmu sekarang."
Saya menoleh pada beliau s.a.w. dan kedua matanya menitiskan airmata."
(Muttafaq
'alaih)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan