982. Daripada Jabir r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Jikalau
seseorang di antara engkau semua itu telah lama tidak ada yakni lama dalam
bepergian, maka janganlah datang di tempat keluarganya di waktu malam.”
Dalam riwayat lain disebutkan: "Bahawasanya Rasulullah
s.a.w.itu melarang kalau seseorang lelaki itu datang di tempat keluarganya dari
bepergian di waktu malam."
(Muttafaq
'alaih)
983.
Daripada Anas r.a., katanya:
Yang
Bermaksud : "Rasulullah
s.a.w. itu tidak pernah datang di tempat keluarganya di waktu malam. Beliau
s.a.w. datang di tempat mereka di waktu pagi atau petang."
(Muttafaq
'alaih)
Aththuruq
ialah datang di waktu malam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan