Dalam bab ini termasuklah Hadis Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma yang terdahulu mengenai bab takbirnya seorang musafir jikalau menaiki gunung-gunung atau tempat-tempat yang tinggi.
984. Daripada
Anas r.a., katanya:
Yang Bermaksud : "Kita datang dari perjalanan bersama
Nabi s.a.w., sehingga di waktu kita sudah berada di luar kota Madinah, lalu
beliau s.a.w. mengucapkan yang ertinya: "Kita
semua telah kembali, kita semua bertaubat kepada Allah, menyembah serta
mengucapkan puji-pujian kepada Tuhan kita." Beliau s.a.w. tidak
henti-hentinya mengucapkan sedemikian itu, sehingga kita datang di Madinah."
(Riwayat
Muslim)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan