1050. Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Barangsiapa pergi ke masjid pada waktu pagi atau petang
hari, maka Allah menyediakan untuknya suatu hidangan yang lazim diberikan untuk
tamu di syurga, setiap kali ia pergi pagi atau petang hari itu."
(Muttafaa'alaih)
1051.
Daripada Abu Hurairah r.a. pula bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Barangsiapa yang bersuci di rumahnya kemudian ia pergi ke
salah satu dari beberapa rumah Allah yakni masjid untuk menyelesaikan salah
satu solat wajib dari beberapa solat yang diwajibkan oleh Allah, maka
langkah-langkahnya itu yang selangkah dapat menghapuskan satu kesalahan sedang
langkah yang lainnya dapat menaikkan satu darjat."
(Riwayat
Muslim)
1052.
Daripada Ubay bin Ka'ab r.a., katanya: "Ada
seorang dari golongan sahabat Anshar yang saya tidak mengetahui seseorangpun
yang rumahnya lebih jauh letaknya dari rumah orang itu jikalau hendak ke
masjid, tetapi ia tidak pernah terlambat oleh sesuatu solat yakni setiap solat
fardhu ia mesti mengikuti berjamaah. Kepadanya dikatakan: "Alangkah
baiknya jikalau engkau membeli seekor keldai yang dapat engkau naiki di waktu
malam gelap gulita serta di waktu teriknya panas matahari." la menjawab:
"Saya tidak senang kalau rumahku itu ada di dekat masjid, sesungguhnya
saya ingin kalau jalanku sewaktu pergi ke masjid dan sewaktu pulang dari masjid
untuk kembali ke tempat keluargaku itu dicatat pahalanya untukku."
Rasulullah s.a.w. lalu bersabda:
Yang
Bermaksud : "Allah telah mengumpulkan untuk pahala kesemuanya itu yakni
waktu pergi dan pulangnya semuanya diberi pahala."
(Riwayat
Muslim)
1053.
Daripada Jabir r.a., katanya:
Yang
Bermaksud : "Ada beberapa bidang tanah di sekitar masjid itu kosong,
lalu keluarga Bani Salimah berkehendak akan berpindah di dekat masjid. Hal itu
sampai terdengar oleh Nabi s.a.w., lalu beliau bersabda kepada mereka:
"Ada berita yang sampai kepadaku bahawa engkau semua hendak berpindah di
dekat masjid." Mereka menjawab: "Benar, ya Rasulullah. Kita memang
berkehendak demikian." Beliau lalu bersabda lagi: "Hai keluarga Bani
Salimah, bekas langkah-langkahmu ke masjid itu dicatat pahalanya untukmu semua.
Maka itu tetaplah di rumah-rumahmu itu saja, tentu dicatatlah bekas
langkah-langkahmu semua itu." Mereka lalu berkata: "Kita tidak senang
lagi untuk berpindah."
Diriwayatkan
oleh Imam Muslim. Imam Bukhari juga meriwayatkan yang semakna dengan Hadis di
atas dari riwayat Anas.
1054.
Daripada Abu Musa r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Sesungguhnya sebesar-besar manusia perihal pahalanya dalam
solat ialah yang terjauh di antara mereka itu tentang jalannya lalu lebih jauh
lagi. Dan orang yang menantikan solat sehingga ia dapat mengikuti solat itu
bersama imam adalah lebih besar pahala daripada orang yang melakukan solat itu
dengan munfarid lalu ia tidur."
(Muttafaq
'alaih)
1055.
Daripada Buraidah r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya:
Yang
Bermaksud : "Sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang
berjalan di waktu malam ke masjid-masjid bahawa mereka akan memperoleh cahaya
yang sempurna esok pada hari kiamat."
(Riwayat
Abu Daud dan Termidzi)
1056.
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Sukakah engkau semua kalau saya tunjukkan akan sesuatu
amalan yang dapat melebur semua kesalahan dan dengannya dapat pula menaikkan
beberapa darjat?" Para sahabat menjawab: "Baiklah, ya Rasulullah."
Beliau s.a.w. lalu bersabda: "Iaitu menyempurnakan wuduk sekalipun menemui
beberapa hal yang tidak disenangi seperti terlampau dingin dan sebagainya,
banyaknya melangkahkan kaki untuk ke masjid dan menantikan solat sesudah
melakukan solat. Itulah yang dapat disebut ribath, itulah yang disebut ribath
perjuangan menahan nafsu untuk memperbanyak ketaatan pada Tuhan."
(Riwayat
Muslim)
1057.
Daripada Abu Said al-Khudri r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya:
Yang
Bermaksud : "Jikalau engkau semua melihat seseorang membiasakan pulang
pergi ke masjid, maka saksikanlah ia dengan keimanan yakni bahawa orang itu
benar-benar orang yang beriman. Allah Azzawajalla berfirman: "Hanyasanya
yang meramaikan masjid-masjidnya Allah ialah orang yang beriman kepada Allah
dan hari akhir."* sampai ke akhir ayat.
Diriwayatkan
oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.
*
Kelengkapan isi ayat di atas, yang tercantum dalam surat al-Bara'ah atau
at-Taubah, ayat 16, ertinya adalah sebagai berikut:
Yang
Bermaksud : "Serta mendirikan solat dan menunaikan zakat, juga tidak
takut melainkan kepada Allah. Maka mudah-mudahanlah mereka itu termasuk
golongan orang-orang yang rnemperoleh petunjuk benar dari Tuhan."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan