1044. Daripada Abu Musa r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Barangsiapa yang bersolat bardain yakni solat Subuh dan solat
Asar, maka ia akan masuk syurga."
(Muttafaq
'alaih)
1045.
Daripada Abu Zuhair iaitu Umarah bin Ruwaibah r.a., katanya: "Saya
mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Tidak akan masuk neraka seseorang yang bersolat sebelum
terbitnya matahari dan sebelum terbenamnya, yakni solat Subuh dan solat Asar.”
(Riwayat
Muslim)
1046.
Daripada Jundub bin Sufyan r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Barangsiapa yang bersolat Subuh, maka ia adalah dalam
tanggungan Allah yakni mengenai keselamatan dirinya dan Iain-Iain. Maka
perhatikanlah, hai anak Adam yakni
manusia, janganlah sampai Allah itu menuntut kepadamu sesuatu dari tanggungannya."
(Riwayat
Muslim)
Keterangan
Hadis di atas harap dilihat dalam Hadis no. 388.
1047.
Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w.
bersabda:
Yang
Bermaksud : "Berganti-gantilah untuk menyertai engkau semua beberapa
malaikat di waktu malam dan beberapa malaikat di waktu siang. Mereka sama
berkumpul dalam solat Subuh dan solat Asar. Kemudian naiklah malaikat yang
bermalam denganmu semua itu, lalu Allah bertanya kepada mereka, padahal
sebenarnya Allah adalah lebih Maha Mengetahui tentang hal-ehwal
hamba-hamba-Nya, tanyaNya: "Bagaimanakah engkau semua meninggalkan
hamba-hambaKu?" lalu para malaikat itu menjawab: "Kita meninggalkan
mereka dan mereka sedang melakukan solat dan sewaktu kita mendatangi mereka
itu, juga di waktu mereka melakukan solat."
(Muttafaq
'alaih)
1048.
Daripada Jarir bin Abdullah al-Bajali r.a., katanya: "Kita semua ada di
sisi Nabi s.a.w. Beliau s.a.w. lalu melihat bulan di malam bulan purnama yakni
tanggal empat belas bulan hijrah, kemudian beliau bersabda:
Yang
Bermaksud : "Engkau semua akan dapat melihat Tuhanmu sebagaimana engkau
semua melihat bulan ini, tidak akan memperoleh kesukaran engkau semua dalam
melihatNya itu. Maka jikalau engkau semua dapati tidak akan dialahkan oleh solat
sebelum terbitnya matahari dan sebelum terbenamnya, maka lakukanlah itu,"
maksudnya jangan sampai dialahkan oleh sesuatu hal sehingga tidak melakukan
kedua solat itu dan jelasnya ini adalah merupakan perintah wajib.
(Muttafaq
'alaih)
Dalam
suatu riwayat disebutkan: "Beliau s.a.w. lalu
melihat ke bulan pada malam bulan purnama itu yakni bulan tanggal empat belas."
1049.
Daripada Buraidah r.a., katanya: "Nabi s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Barangsiapa yang meninggalkan solat Asar, maka leburlah
yakni rosaklah amal kelakuannya."
(Riwayat
Bukhari)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan