1006.
Dari Abu Said, iaitu Rafi' bin al-Mu'alla r.a., katanya: "Rasulullah
s.a.w. bersabda kepadaku:
Yang
Bermaksud : "Tidakkah engkau suka jikalau saya mengajarkan
padamu akan seagung-agung surat dalam al Quran sebelum engkau keluar dari
masjid?" Kemudian beliau s.a.w. mengambil tanganku. Setelah kita ingin
hendak keluar, sayapun berkata: "Ya Rasulullah, sesungguhnya Tuan tadi
bersabda: "Sungguh-sungguh saya akan mengajarkan padamu seagung-agung
surat dalam al Quran." Beliau s.a.w. lalu bersabda: "Seagung-agung
surat ialah Alhamdulillahi rabbil-'alamin dan seterusnya. Itulah yang disebut
Assab'ul matsani yakni tujuh ayat banyaknya dan diulang-ulangi dua kali atau
surat al Fatihah. Juga itulah yang disebut al Quran Al-'Azhim yang diberikan
padaku."
(Riwayat
Bukhari)
1007.
Dari Abu Said al-Khudri r.a., bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda mengenai
surat Qulhuwallahuahad yakni surat Al-lkhlas, iaitu: "Demi
Zat yang jiwaku ada di dalam genggaman kekuasaanNya, sesungguhnya surat
Al-lkhlas itu nescayalah menyamai sepertiga al Quran mengenai pahala membacanya."
Dalam
riwayat lain disebutkan: Bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda kepada
sahabat-sahabatnya:
Yang
Bermaksud : "Apakah seseorang di antara engkau semua itu akan
merasa lemah yakni tidak kuat untuk membaca sepertiga al Quran dalam satu
malam?" Tentu saja hal itu dirasakan berat oleh mereka dan mereka
berkata: "Siapakah di antara kita semua yang kuat melakukan itu, ya
Rasulullah?" Kemudian beliau s.a.w. bersabda: Qul
huwallahu ahad Allahush shamad adalah sepertiga al Quran yakni pahala
membacanya menyamai membaca sepertiga al-Quran itu."
(Riwayat
Bukhari)
1008.
Dari Abu Said al-Khudri r.a. pula bahawasanya ada seorang lelaki mendengar
orang lelaki lain membaca: Qul huwallahu ahad, dan seterusnya dan
orang itu mengulang-ulanginya. Setelah datang pagi harinya, orang yang
mendengar itu pergi ke tempat Rasulullah s.a.w. lalu menyebutkan pada beliau
s.a.w. apa yang didengarnya, seolah-olah orang ini menganggapnya sebagai amalan
yang kecil saja yakni kurang bererti. Kemudian Rasulultah s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Demi Zat yang jiwaku ada di dalam genggamanNya,
sesungguhnya surat Al-lkhlas itu nescayalah menyamai pahalanya dengan membaca
sepertiga al Quran."
(Riwayat
Bukhari)
1009.
Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda mengenai Qul
huwallahu ahad, iaitu:
Yang
Bermaksud : "Sesungguhnya surat ini adalah menyamai pahalanya
dengan membaca sepertiga al Quran."
(Riwayat
Muslim)
1010.
Dari Anas r.a. bahawasanya ada seorang lelaki berkata: "Ya Rasulullah,
sesungguhnya saya senang sekali pada surat ini, iaitu Qul huwallahu
ahad. Lalu beliau s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Sesungguhnya kecintaanmu pada surah itu akan dapat
memasukkan engkau dalam syurga."
Diriwayatkan
oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan. Imam
Bukhari juga meriwayatkannya dalam kitab shahihnya sebagai ta'liq.
1011.
Dari 'Uqbah bin 'Amir r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Adakah engkau mengetahui beberapa ayat yang
diturunkan malam ini? Benar-benar tidak ada sama sekali yang seumpama dengan
itu, iaitu surah Qul a'udzu birabbil falaq dan surat Qul a'udzu birabbin
nas."
(Riwayat
Muslim)
1012.
Dari Abu Said al-Khudri r.a., katanya:
"Rasulullah s.a.w. dahulunya selalu berta'awwudz mohon perlindungan
kepada Allah dari gangguan jin dan mata manusia, sehingga turunlah dua surat
mu'awwidzah iaitu surat, surat Qul a'udzu birabbil falaq dan Qul a'udzu
birabbin nas. Setelah kedua surah itu turun, lalu beliau s.a.w. mengambil
keduanya itu saja mengamalkannya dan meninggalkan yang lain-lainnya."
Diriwayatkan
oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.
1013.
Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Setengah dari al Quran itu ada sebuah surah yang
jumlah ayatnya ada tiga puluh buah. Surah itu dapat memberikan syafaat kepada
seseorang jikalau ia membacanya sehingga orang itu diampuni, iaitu surah
Tabarakal ladzi biyadihil mulk yakni surah al-Mulk."
Diriwayatkan
oleh Imam-imam Abu Daud dan Termidzi dan Termidzi mengatakan bahawa ini adalah
Hadis hasan shahih.
Dalam
riwayat Imam Abu Daud disebutkan dengan menggunakan kata: tasyfa'u -
sebagai gantinya "syafaat", ertinya sama iaitu memberi syafaat.
1014.
Dari Abu Mas'ud al-Badri r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya:
Yang
Bermaksud : "Barangsiapa yang membaca dua ayat dari akhir surat
al-Baqarah di waktu malam iaitu ayat Aamanar rasulu sampai akhir surah, maka
kedua ayat itu mencukupinya."
(Muttafaq
'alaih)
Dikatakan
oleh para alim ulama bahawa erti kafataahu atau mencukupi
orang tadi, maksudnya mencukupi dari apa yang tidak disenangi atau tidak
diinginkan pada malam itu. Ada pula yang mengertikan mencukupi dari berdiri
untuk solat malam.
1015.
Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Janganlah engkau semua menjadikan rumah-rumahmu
itu sebagai kuburan yakni tidak pernah bersolat sunnah atau membaca al Quran di
dalamnya, sehingga sunyi-sunyi saja dari ibadat. Sesungguhnya syaitan itu lari
dari rumah yang di dalamnya itu dibacakan surat al-Baqarah."
(Riwayat
Muslim)
1016.
Dari Ubay bin Ka'ab r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Hai Abul Mundzir, adakah engkau mengetahui, ayat
manakah dari Kitabullah yakni al Quran yang ada besertamu itu yang
teragung?" Saya lalu menjawab: "Iaitu Allahu la ilaha ilia huwal
hayyul qayyum, yakni ayat al Kursi. Beliau s.a.w. lalu menepuk-nepuk dadaku dan
bersabda: "Semoga engkau mudah memperoleh ilmu, hai Abul Mundzir." Beliau
s.a.w. mendoakan demikian kerana benar sekali apa yang diucapkan itu.
(Riwayat
Muslim)
1017.
Dari Abu Hurairah r.a., katanya:
Yang
Bermaksud : "Saya diserahi oleh Rasulullah s.a.w. untuk menjaga
sesuatu dari hasil zakat Ramadan yakni zakat fitrah. Kemudian datanglah padaku
seorang pendatang, Segeralah ia mulai mengambil makanan itu sepenuh tangannya
lalu diletakkan dalam wadah. Saya lalu menahannya terus berkata: "Sungguh-sungguh
engkau akan saya hadapkan kepada Rasulullah s.a.w." Orang itu berkata:
"Sesungguhnya saya ini adalah seorang yang sangat memerlukan dan saya
mempunyai tanggungan keluarga banyak serta saya mempunyai hajat yang sangat
sekali maksudnya amat fakirnya. Setelah itu iapun saya lepaskan dengan membawa
makanan secukupnya. Pada pagi harinya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Hai Abu
Hurairah, apakah yang dikerjakan oleh tawananmu yakni orang yang kau pegang
tadi malam?" Saya menjawab: "Ya Rasulullah, ia mengadukan bahawa ia
mempunyai keperluan serta keluarga, lalu saya belas kasihan padanya, maka dari
itu saya lepaskan sekehendak jalannya yakni sesuka hatinya pergi."
Rasulullah s.a.w. lalu bersabda: "Sebenarnya saja orang itu telah berdusta
padamu dan ia akan kembali lagi." Jadi saya mengetahui bahawa ia akan
kembali kerana begitulah sabda Rasulullah s.a.w. Selanjutnya saya terus
mengintipnya, tiba-tiba ia kembali lagi dan segera saja mengambil makanan lagi,
lalu saya berkata: "Sungguh-sungguh saya akan menghadapkan engkau kepada
Rasulullah s.a.w." Ia berkata: "Biarkanlah saja sekali ini, sebab
sesungguhnya saya adalah seorang yang amat memerlukan dan saya mempunyai banyak
keluarga yang menjadi tanggungan saya. Saya tidak akan kembali lagi."
Sekali lagi saya menaruh belas kasihan padanya, lalu saya lepaskan sekehendak
jalannya. Pagi-pagi menjelma, kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda padaku:
"Hai Abu Hurairah, apa yang dilakukan oleh tawananmu tadi malam?"
Saya berkata: "la mengadukan lagi bahawa ia amat memerlukan dan mempunyai
banyak tanggungan keluarga, maka dari itu saya belas kasihan padanya dan saya
lepaskanlah sekehendak jalannya." Beliau s.a.w. lalu bersabda:
"Sesungguhnya ia berkata dusta padamu dan ia akan kembali lagi." Saya
mengintipnya untuk ketiga kalinya. la datang dan terus mengambil makanan lalu
saya tangkaplah ia, kemudian saya berkata: "Kini sungguh-sungguh saya akan
menghadapkan engkau kepada Rasulullah s.a.w. dan ini adalah yang terakhir,
kerana untuk ketiga kalinya engkau datang, sedang engkau memastikan tidak akan
datang, tetapi engkau datang lagi." Orang itu lalu berkata:
"Biarkanlah aku yakni supaya engkau lepaskan saja, sesungguhnya saya
akan mengajarkan beberapa kalimat padamu yang dengannya itu Allah akan
memberikan kemanfaatan padamu." Saya berkata: "Apakah kalimat-kalimat
itu." la menjawab: "Jikalau engkau hendak menempati tempat tidurmu,
maka bacalah ayat al-Kursi, kerana sesungguhnya saja kalau itu engkau baca,
engkau akan sentiasa didampingi oleh seorang penjaga dari Allah dan engkau
tidak akan didekati oleh syaitan sehingga engkau berpagi-pagi." Akhirnya
orang itu saya lepaskan lagi sekehendak jalannya. Saya berpagi-pagi, lalu
Rasulullah s.a.w. bersabda padaku: "Apakah yang dilakukan oleh
tawananmu tadi malam?" Saya menjawab: "la menyangka
bahawa ia telah mengajarkan padaku beberapa kalimat yang dengannya itu Allah
akan memberikan kemanfaatan padaku, lalu saya lepaskanlah ia menurut sekehendak
jalannya." Beliau s.a.w. bertanya: "Apakah
kalimat-kalimat itu?" Saya menjawab: "la berkata kepada
saya: "Jikalau engkau menempati tempat tidurmu, maka bacalah ayat
al-Kursi sejak dari permulaannya sehingga engkau habiskan ayat itu sampai
selesai, iaitu: Allahu laa ilaha illa huwal hayyul qayyum." la
melanjutkan katanya kepada saya: "Jikalau itu engkau baca, maka
engkau selalu akan didampingi oleh seorang penjaga dari Allah dan syaitan tidak
akan mendekat padamu sehingga engkau berpagi-pagi." Nabi s.a.w.
lalu bersabda: "Sesungguhnya ia telah berkata benar padamu yakni
kalau membaca ayat al-Kursi, maka akan terus mendapat penjagaan dari Allah,
tetapi orang itu sendiri sebenarnya adalah pendusta besar. Adakah engkau
mengetahui, siapakah yang engkau ajak bicara selama tiga malam berturut-turut
itu?" Saya menjawab: "Tidak." Beliau
s.a.w. lalu bersabda: "Itu adalah syaitan."
(Riwayat
Bukhari)
Keterangan:
Ayat
al-Kursi yang dimaksudkan dalam Hadis di atas ialah sebagaimana yang tercantum
di bawah ini dan sebelum membaca ayat tersebut, sebaiknya membaca Ta'awwudz
dulu iaitu: A'udzu billahu minasy syatthanir rajiim, selanjutnya
barulah membaca ayat al-Kursi yang tercantum dalam surah al-Baqarah ayat 255,
bunyinya:
"Allah
yang tiada Tuhan selain Dia itu, adalah Maha Hidup serta Berdiri
sendiri yakni tidak memerlukan kepada yang selainNya. Dia tidak akan dihinggapi oleh
rasa mengantuk dan tidak pula pernah tidur. BagiNya
adalah semua yang ada di langit dan di bumi. Dia Maha Mengetahui apa sajapun
yang ada di muka mereka yakni seluruh makhluk dan apa saja yang ada di
belakangnya. Siapakah yang kiranya dapat memberikan syafaat pertoiongan di
sisiNya baik sewaktu di dunia ataupun di akhirat nanti melainkan dengan
izinNya? Kursinya yakni kerajaanNya adalah meluas pada seluruh langit dan bumi
dan Dia tidak akan tersibukan dalam memelihara keduanya langit dan bumi
itu, kerana Dia adalah Maha Tinggi serta Agung."
1018.
Dari Abuddarda' r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat dari
permulaan surah al-Kahfi, maka ia terjaga dari gangguan Dajal."
Dalam
riwayat lain disebutkan: "Dari akhir surat al-Kahfi."
(Riwayat
Muslim)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan