988. Daripada Abu Umamah r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang Bermaksud : "Bacalah olehmu semua akan al Quran
itu, sebab al Quran itu akan datang pada hari kiamat sebagai sesuatu yang dapat
memberikan syafaat yakni pertolongan kepada orang-orang yang mempunyainya."
(Riwayat
Muslim)
Maksudnya
mempunyainya ialah membaca al Quran yang dilakukan dengan mengingat-ingat makna
dan kandungannya lalu mengamalkan isinya, mana-mana yang merupakan perintah
dilakukan dan yang merupakan larangan dijauhi.
989. Daripada an-Nawwas bin Sam'an r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w.
bersabda:
Yang Bermaksud : "Al Quran itu akan didatangkan pada
hari kiamat nanti, demikian pula ahli-ahli al Quran iaitu orang-orang yang
mengamalkan al Quran itu di dunia, didahului oleh surat al Baqarah dan surat Ali lmran.
Kedua surat ini menjadi hujah untuk keselamatan orang yang mempunyainya yakni membaca, memikirkan dan mengamalkan.”
(Riwayat
Muslim)
990. Daripada Usman bin Affan r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sebaik-baik
engkau semua ialah orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya pula."
(Riwayat
Bukhari)
991. Daripada Aisyah radhiallahu 'anha, katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Orang
yang membaca al Quran dan ia sudah mahir dengan bacaannya itu, maka ia adalah
beserta para malaikat utusan Allah yang mulia lagi sangat berbakti, sedang
orang yang membacanya al Quran dan ia berbolak-balik dalam bacaannya yakni
tidak lancar juga merasa kesukaran di waktu membacanya itu, maka ia dapat
memperoleh dua pahala."
(Muttafaq
'alaih)
992. DaripadaAbu Musa al-Asy'ari r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang Bermaksud : "Perumpamaan orang mukmin yang suka
membaca al Quran ialah seperti buah jeruk utrujah, baunya enak dan rasanyapun
enak dan perumpamaan orang mukmin yang tidak suka membaca al Quran ialah
seperti buah kurma, tidak ada baunya, tetapi rasanya manis. Adapun perumpamaan
orang munafik yang suka membaca al Quran ialah seperti minyak harum, baunya
enak sedang rasanya pahit dan perumpamaan orang munafik yang tidak suka membaca
al Quran ialah seperti rumput hanzhalah, tidak ada baunya dan rasanyapun pahit."
(Muttafaq
'alaih)
993. Daripada Umar bin al-Khaththab r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda:
Yang Bermaksud : "Sesungguhnya Allah mengangkat darjat
beberapa kaum dengan adanya kitab al Quran ini yakni orang-orang yang beriman
serta menurunkan darjatnya kaum yang Iain-Iain dengan sebab al Quran itu pula yakni
yang menghalang-halangi pesatnya Islam dan tersebarnya ajaran-ajaran al Quran
itu."
(Riwayat
Muslim)
994. Daripada Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma dari Nabi s.a.w., sabdanya:
Yang Bermaksud : "Tidak dihalalkanlah dengki itu,
melainkan terhadap dua macam orang, iaitu: Orang yang diberi kepandaian oleh
Allah dalam hal al-Quran, lalu ia berdiri dengan al-Quran itu yakni membaca
sambil memikirkan dan juga mengamalkannya di waktu malam dan waktu siang, juga
seorang yang dikurniai oleh Allah akan harta lalu ia menafkahkannya di waktu
malam dan siang untuk kebaikan."
(Muttafaq
'alaih)
995. Daripada al-Bara' bin 'Azib r.a., katanya: "Ada seorang lelaki membaca surat
al-Kahfi dan ia mempunyai seekor kuda yang diikat dengan dua utas tali,
kemudian tampaklah awan menutupinya. Awan tadi mendekat dan kuda itu lari dari
awan tersebut. Setelah pagi menjelma, orang itu mendatangi Nabi s.a.w.
menyebutkan apa yang terjadi atas dirinya itu. Beliau s.a.w. lalu bersabda: "Itu
adalah sakinah* ketenangan yang disertai oleh malaikat yang turun untuk
mendengarkan bacaan al Quran itu."
(Muttafaq
'alaih)
Dalam
Hadisnya Zaid bin Tsabit r.a., katanya: "Saya berada di samping Rasulullah
s.a.w., lalu beliau dilutupi oleh sakinah". Yang dimaksudkan ialah
ketenangan ketika ada wahyu turun pada beliau. Di antaranya lagi ialah Hadisnya
Ibnu Mas'ud r.a.: "Tidak jauh bahawa sakinah itu terucapkan pada lisannya
Umar r.a." Ada yang mengatakan bahawa sakinah ialah kedamaian dan ada yang
mengatakan kerahmatan.
996. Daripada Ibnu Mas'ud r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang Bermaksud : "Barangsiapa yang membaca sebuah huruf
dari kitabullah yakni al Quran, maka ia memperoleh suatu kebaikan, sedang satu
kebaikan itu akan dibalas dengan sepuluh kali lipat yang seperti itu. Saya
tidak mengatakan bahawa alif lam mim itu satu huruf, tetapi alif adalah satu
huruf, lam satu huruf dan mim juga satu huruf."
Diriwayatkan
oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih.
997. Daripada Ibnu Abbas radhiallahu 'anhuma, katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang Bermaksud : "Sesungguhnya orang yang dalam hatinya
tidak ada sesuatu apapun dari al Quran
yakni tidak ada sedikitpun dari ayat-ayat al Quran yang dihafalnya, maka
ia adalah sebagai rumah yang musnah sunyi dari perkakas."
Diriwayatkan
oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih.
998. Daripada Abdullah bin 'Amr bin al-'Ash radhiallahu 'anhuma dari Nabi s.a.w., sabdanya:
"Dikatakanlah
nanti ketika akan masuk syurga kepada orang yang mempunyai al Quran yakni gemar
membaca, mengingat-ingat kandungannya serta mengamalkan isinya: "Bacalah
dan naiklah darjatmu dalam syurga serta tartilkanlah yakni membaca
perlahan-lahan sebagaimana engkau mentartilkannya dulu ketika di dunia, sebab
sesungguhnya tempat kedudukanmu adalah pada akhir ayat yang engkau baca,"
maksudnya kalau membaca seluruhnya adalah tertinggi kedudukannya dan kalau
tidak, tentulah di bawahnya itu menurut kadar banyak sedikitnya bacaan.
Diriwayatkan
oleh Imam-imam Abu Daud dan Termidzi dan Termidzi mengatakan bahawa ini adalah
Hadis hasan shahih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan