Makruhnya Bercakap-cakap Sehabis Solat Isyak Yang Akhir :
Yang
dimaksudkan dengan bercakap-cakap sebagaimana di atas itu ialah bercakap-cakap
yang sifatnya mubah dalam selain waktu sehabis solat Isyak itu, yakni yang
mengerjakan atau meninggalkannya sama saja ertinya tidak berpahala dan juga
tidak berdosa. Adapun percakapan yang diharamkan atau yang dimakruhkan dalam
selain waktu itu, maka jikalau dalam waktu ini yakni sehabis solat Isyak
menjadi lebih-lebih lagi haram dan makruhnya. Tetapi percakapan yang mengenai
soal-soal kebaikan semacam ingat mengingatkan perihal ilmu pengetahuan keagamaan atau cerita-cerita mengenai
orang-orang yang soleh, tentang budi pekerti luhur ataupun berbicara dengan
tamu atau beserta orang yang hendak menyelesaikan keperluannya dan Iain-Iain
sebagainya, maka sama sekali tidak ada kemakruhannya, bahkan dapat menjadi
disunnahkan. Demikian pula bercakap-cakap kerana ada sesuatu keuzuran yakni
kepentingan dan sesuatu yang datang mendadak, juga tidak dimakruhkan. Sudah
jelaslah Hadis-hadis yang shahih dalam menguraikan soal-soal sebagaimana yang
saya sebutkan di atas.
1743.
Daripada Abu Barzah r.a. bahawasanya
Rasulullah s.a.w. itu tidak suka tidur sebelum melakukan solat Isyak dan juga
tidak suka bercakap-cakap sehabis melakukan solat Isyak itu.
(Muttafaq
'alaih)
1744.
Daripada Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersolat
Isyak pada akhir hayatnya, lalu setelah bersalam beliau s.a.w. bersabda:
Yang Bermaksud : "Adakah
engkau semua mengetahui malam harimu ini. Sesungguhnya pada pangkal seratus tahun
lagi tidak seorangpun yang tertinggal dari golongan orang yang ada di atas
permukaan bumi pada hari ini yakni di kalangan para sahabat dan manusia yang
Iain-Iain."
(Muttafaq
'alaih)
Keterangan:
Apa yang
disabdakan oleh Nabi s.a.w. di atas adalah menjadi kenyataan ketika wafatnya
sahabat beliau s.a.w. yang terakhir iaitu Abuththufail yakni 'Amir bin Wailah.
la wafat pada tahun110 H yaitu pangkal seratus tahun dari ketika beliau s.a.w.
menyabdakan Hadis di atas. Hadis di atas menunjukkan bolehnya bercakap-cakap
sehabis solat Isya', kerana berhubungan dengan mempelajari ilmu pengetahuan.
1745.
Daripada Anas r.a. bahawasanya
para sahabat sama menantikan Nabi s.a.w. untuk solat Isyak, lalu beliau s.a.w.
datang kepada mereka hampir-hampir di pertengahan malam, kemudian bersolatlah
beliau bersama mereka yakni solat Isyak itu. Anas r.a. berkata:
"Selanjutnya beliau berkhutbah yakni memberi penerangan kepada kita,
sabdanya:
"Ingat,
bahawasanya para manusia yang Iain-Iain sudah sama bersolat kemudian tidur,
sedangkan engkau semua tetap dianggap seperti dalam bersolat, selama engkau
semua menantikan dikerjakannya solat itu."
(Riwayat
Bukhari)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan