1733.
Daripada Ibnu Mas'ud r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Rosak binasalah orang-orang yang suka
melebih-Iebihkan dari kadar kemampuan dirinya sendiri." Beliau
s.a.w. menyabdakan ini tiga kali.
(Riwayat
Muslim)
Almutanaththi'una iaitu orang-orang yang
melebih-Iebihkan dalam segala perkara.
1734.
Daripada Abdullah bin 'Amr bin al-'Ash radhiallahu 'anhuma bahawasanya
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Sesungguhnya Allah itu membenci kepada seseorang
yang berlebih-lebihan dalam cara mengeluarkan kata-kata ketika berbicara dari
golongan kaum lelaki, iaitu orang yang mencela-cela yakni mempermainkan
lidahnya, sebagaimana lembu di waktu mencela-cela yakni mempermainkan lidahnya
itu."
Diriwayatkan
oleh Imam-imam Abu Daud dan Termidzi dan Termidzi mengatakan bahawa ini adalah
Hadis hasan.
1735.
Daripada Jabir r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Sesungguhnya termasuk golongan orang yang paling
saya cintai di antara engkau semua serta yang terdekat kedudukannya dengan saya
pada hari kiamat ialah yang terbaik budipekertinya di antara engkau semua itu
dan sesungguhnya termasuk golongan orang yang paling saya benci di antara
engkau semua serta yang terjauh kedudukannya dengan saya pada hari kiamat ialah
orang yang banyak bicara, sombong bicaranya serta merasa tinggi apa yang
dibicarakannya itu kerana kecongkaannya."
Diriwayatkan
oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.
Uraian
Hadis ini telah lampau dalam bab Bagusnya budi pekerti lihat Hadis no. 629.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan