Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Selasa, 16 Julai 2013

Bab 325 Larangan Seseorang Mengucapkan "Kita Dihujani Dengan Berkah Bintang Anu

1728. Daripada Zaid bin Khalid r.a., katanya:

Yang Bermaksud : "Rasulullah s.a.w. bersolat Subuh bersama kita sekalian di Hudaibiyah iaitu di tanah bekas terkena siraman air hujan dari langit yang terjadi pada malam harinya itu. Setelah beliau s.a.w. selesai solat, lalu menghadap kepada orang banyak, kemudian bersabda: "Adakah engkau semua mengetahui apa yang difirmankan oleh Tuhanmu semua?" Para sahabat menjawab: "Allah dan RasulNya itulah yang lebih mengetahui." Beliau s.a.w. lalu bersabda: "Allah Taala berfirman: "Berpagi-pagi di antara hamba-hambaKu itu ada yang menjadi orang mukmin dan ada yang menjadi orang kafir. Adapun orang yang berkata: "Kita dikurniakan hujan dengan keutamaan Allah serta dengan kerahmatanNya, maka yang sedemikian itulah orang mukmin kepadaKu dan kafir kepada bintang. Adapun orang yang berkata: "Kita diberi hujan dengan berkahnya bintang Anu atau Anu, maka yang sedemikian itulah orang yang kafir padaku dan mukmin kepada bintang."
(Muttafaq 'alaih)
Assama' di sini ertinya hujan kerana ia turun dari langit.

Keterangan:

Menjadi kafir kepada Allah, kerana berkata sebagaimana di atas itu, jikalau ia mengimankan dengan sebenar-benarnya bahawa memang bintang itulah yang kuasa menurunkan hujan. Kafir di sini dapat pula diertikan menutupi kenikmatan Allah yang telah dikurniakan padanya.










Tiada ulasan:

Catat Ulasan