1729. Daripada Ibnu Umar radhiallahu
'anhuma, katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Apabila ada seseorang berkata kepada saudaranya
sesama Muslimnya: "Hai orang kafir," maka salah seorang dari keduanya
yakni yang berkata atau dikatakan kembali dengan membawa kekafiran itu. Jikalau
yang dikatakan itu benar-benar sebagaimana yang orang itu mengucapkan, maka
dalam orang itulah adanya kekafiran, tetapi jikalau tidak, maka kekafiran itu
kembali kepada orang yang mengucapkannya sendiri."
(Muttafaq
'alaih)
1730.
Daripada Abu Zar r.a. bahawasanya ia mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Barangsiapa yang memanggil orang lain dengan
sebutan kekafiran atau berkata bahawa orang itu musuh Allah, padahal yang
dikatakan sedemikian itu sebenarnya tidak, melainkan kekafiran itu kembalilah
pada dirinya sendiri."
(Muttafaq
'alaih)
Haara ertinya kembali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan