Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Rabu, 17 Julai 2013

Bab 327 Larangan Berbuat Kekejian Atau Melanggar Batas Serta Berkata Kotor

1731. Daripada Ibnu Mas'ud r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Bukannya seorang mukmin yang suka mencemarkan nama orang, atau yang suka melaknat dan bukan pula yang berbuat kekejian serta yang kotor mulutnya."
Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.

1732. Daripada Anas r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : “Tidaklah kekejian atau melanggar batas menurut ketentuan syara' atau adat itu bertempat dalam sesuatu, melainkan ia akan menyebabkan celanya dan tidaklah sifat malu itu bertempat dalam sesuatu, melainkan ia akan merupakan hiasannya yakni malu mengerjakan kejahatan atau apa-apa yang tidak sopan."

Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan