Daripada
Saidina Khalid bin Al-Walid RA berkata:
“Telah
datang seorang Arab Badwi kepada Rasulullah SAW dan dia menyatakan tujuannya: “Wahai
Rasulullah...! Kedatanganku untuk bertanya engkau mengenai apa yang akan
menyempurnakan diriku di dunia dan akhirat.”
Rasulullah
berkata kepadanya: “Tanyalah apa yang engkau kehendaki.”
Arab Badwi itu berkata: “Aku mahu menjadi orang alim.”
Baginda
menjawab: "Takutlah kepada Allah SWT."
Dia
bertanya lagi: “Aku mahu menjadi orang
paling kaya.”
Rasulullah menjawab: “Jadilah Orang Yang YAKIN PADA DIRI.”
Bertanya
lagi Arab Badwi itu: “Aku mahu menjadi orang
yang adil.”
Lalu
dijawab oleh Rasulullah: “Kasihanilah Manusia
Lain Seperti Engkau Kasih Pada Diri.”
Dia bertanya: “Aku mahu menjadi orang paling baik.”
Baginda
menjawab: “Jadilah Orang Yang Berguna Kepada Masyarakat.”
Dia bertanya lagi: “Aku mahu menjadi orang istimewa di sisi Allah.”
Dan dijawab oleh Rasulullah: “Banyakkan Zikrullah.”
Arab Badwi itu bertanya: “Aku mahu sempurnakan imanku.”
Baginda menjawab: “Perelokkan Akhlakmu.”
Dia bertanya lagi: “Aku mahu termasuk dalam golongan orang yang muhsini (baik).”
Baginda
menjawab: “Beribadatlah Kepada Allah Seolah-Olah Engkau
Melihatnya Dan Jika Engkau Tidak Berasa Begitu, Sekurang-Kurangnya Engkau Yakin
Dia Tetap Melihat Engkau.”
Arab Badwi bertanya lagi: “Aku mahu termasuk dalam golongan yang taat,”
Lalu
dijawab baginda: “Tunaikan Segala
Kewajipan Yang Difardukan.”
Dia bertanya lagi: “ Aku mahu berjumpa Allah dalam keadaan bersih daripada dosa.”
Rasulullah
menjawab: “Bersihkan Dirimu Dari Najis Dosa-Dosa.”
Dia terus bertanya: “Aku mahu dihimpun pada hari kiamat di bawah cahaya.”
Baginda menjawab: “Jangan Menzalimi Seseorang.”
Dia bertanya lagi: “Aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari kiamat.”
Baginda berkata: “Kasihanilah Dirimu Dan Kasihanilah Orang Lain.”
Dia bertanya: Aku mahu dihapuskan segala dosaku.”
Baginda menjawab: “Banyakkan Beristighfar.”
Dia berkata: “Bagaimana pula aku mahu menjadi semulia-mulia manusia,”
Lalu baginda menjawab: “Jangan Mengesyaki Sesuatu Perkara Pada Orang Lain.”
Dia bertanya: “Aku mahu menjadi SEGAGAH GAGAH manusia.”
Baginda menjawab: “Sentiasa Menyerah Diri (TAWAKAL) Kepada Allah.”
Dia bertanya lagi: “Aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah.”
Baginda
menjawab: “Sentiasa Berada Dalam Keadaan Bersih (Daripada
Hadas).”
Dia bertanya: “Aku mahu termasuk dalam golongan yang dikasihi Allah dan rasulNya.”
Baginda menjawab: “Cintailah Segala Yang Disukai Allah Dan Rasulnya.”
Dia bertanya: “ Aku mahu diselamatkan daripada kemungkaran Allah pada hari kiamat.”
Baginda menjawab: “Jangan Marah Pada Orang Lain.”
Dia bertanya lagi kepada Rasulullah: “Aku mahu diterima segala permohonanku.”
Baginda
menjawab: “Jauhilah Makanan Haram.”
Dia bertanya: “ Aku mahu Allah menutupkan segala keaibanku pada hari kiamat.”
Bagindapun
menjawab: “Tutuplah Keburukkan Orang Lain.”
Dia bertanya: “Siapa yang terselamat daripada dosa?”
Rasulullah
menjawab: “Orang Yang Sentiasa Mengalir Air Mata
Penyesalan, Meraka Yang Tunduk Pada Kehendaknya Dan Meraka Yang Ditimpa
Kesakitan.”
Dia terus bertanya: “Apakah sebesar-besar kebaikan di sisi Allah?”
Baginda
menjawab: “Elok Budi Pekerti, Rendah Diri Dan Sabar
Dengan Segala Ujian (Bala).”
Dia bertanya lagi: “ Apakah sebesar-besar kejahatan di sisi Allah?”
Baginda
menjawab: “Buruk Akhlak Dan Sedikit Ketaatan.”
Dia bertanya: “Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat?”
Baginda
menjawab: “Sedekah Dalam Keadaan Sembunyi(Tidak
Diketahui) Dan Menghubungkan Kasih Sayang.”
Dia bertanya lagi: “Apa yang akan memadamkan api neraka pada hari kiamat?”
Baginda
menjawab: “Sabar Di Dunia Dengan Bala dan Musibah.”
Dan telah berkata Imam Mustaghfirin: “Aku tidak pernah menemui hadis sebegini lengkap merangkumi kesempurnaan agama dan kehidupan selain hadis ini.” Maka tugas anta sekelian yang seterusnya adalah berkongsi Hadis Nabi SAW ini dengan orang lain, moga ianya memberikan manfaat kepada semua. Insyallah... Syukran Jazilan. Wassalammualaik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan