Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Khamis, 16 Januari 2014

O 41 : SIAPAKAH RAKAN KITA?

Daripada Abu Musa Al-Asy’ariy radhiyallahu ‘anhu berkata, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

مَثَلُ الْجَلِيسِ الصَّالِحِ وَالسَّوْءِ كَحَامِلِ الْمِسْكِ وَنَافِخِ الْكِيرِ ، فَحَامِلُ الْمِسْكِ إِمَّا أَنْ يُحْذِيَكَ ، وَإِمَّا أَنْ تَبْتَاعَ مِنْهُ ، وَإِمَّا أَنْ تَجِدَ مِنْهُ رِيحًا طَيِّبَةً ، وَنَافِخُ الْكِيرِ إِمَّا أَنْ يُحْرِقَ ثِيَابَكَ ، وَإِمَّا أَنْ تَجِدَ رِيحًا خَبِيثَة

“Permisalan rakan duduk yang soleh dan buruk adalah seperti penjual minyak wangi dan tukang pandai besi. Adapun penjual minyak wangi, boleh jadi ia akan memberimu minyak wangi, atau kamu akan membeli darinya atau kamu akan mendapat bau harum darinya. Adapun tukang pandai besi, boleh jadi ia akan membuat pakaianmu terbakar, atau kamu akan mendapat bau yang tidak sedap darinya.” 
(HR. Bukhari No. 2101, Muslim No. 2628)

Wahai saudariku, demikianlah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memberikan petunjuk kepada kita agar sentiasa memilih rakan-rakan yang soleh dan waspada dari rakan-rakan yang buruk. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memberikan contoh dengan dua permisalan ini dalam rangka menjelaskan bahawa seorang rakan yang soleh akan memberikan manfaat bagi kita di setiap saat kita bersamanya. Sebagaimana penjual minyak wangi yang akan memberikan manfaat bagi kita, berupa pemberian minyak wangi, atau minimal jika kita duduk bersamanya, kita akan mencium bau wangi.

Manfaat Berkawan dengan Orang yang Soleh

Berkawan dengan rakanan yang soleh, duduk-duduk bersamanya, bergaul dengannya, mempunyai keutamaan yang lebih banyak daripada keutamaan duduk dengan penjual minyak wangi. Kerana duduk dengan orang soleh boleh jadi dia akan mengajari kita sesuatu yang bermanfaat untuk agama dan dunia kita serta memberikan nasihat-nasihat yang bermanfaat bagi kita atau dia akan memberikan peringatan kepada kita agar menghindari perkara-perkara yang membahayakan kita.

Rakan yang soleh sentiasa mendorong kita untuk melakukan ketaatan kepada Allah, berbakti kepada orang tua, menyambung tali silaturrahim, dan mengajak kita untuk sentiasa berakhlak mulia, baik dengan perkataannya, perbuatannya, ataupun dengan sikapnya. Sesungguhnya seseorang akan mengikuti sahabat atau rakan duduknya, dalam hal tabiat dan perilaku. Keduanya saling terikat satu sama lain dalam kebaikan ataupun yang sebaliknya. 
(Bahjah Quluubil Abrar, 119)

Jika kita tidak mendapat manfaat di atas, minimal masih ada manfaat yang boleh kita peroleh ketika berkawan dengan orang yang soleh, iaitu kita akan tercegah dari perbuatan-perbuatan buruk dan maksiat. Rakan yang soleh akan selalu menjaga persahabatan, sentiasa mengajak berlumba-lumba dalam kebaikan, berusaha menghilangkan keburukan. Dia juga akan menjaga rahsia kita, baik ketika kita bersamanya mahupun tidak. Dia akan memberikan manfaat kepada kita berupa kecintaannya dan doanya pada kita, baik kita masih hidup mahupun setelah mati.
(Bahjatu Quluubil Abrar, 119)
Wahai saudariku, sungguh manfaat berkawan dengan orang yang soleh tidak terhitung banyaknya. Dan begitulah seseorang, akan dinilai sesuai dengan siapakah yang menjadi rakan dekatnya, sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam:

المرء على دين خليله فلينظر أحدكم من يخالل

“Seseorang itu menurut agama rakan dekatnya, maka hendaklah kalian melihat siapakah yang menjadi rakan dekatnya.” 
(HR. Abu Daud dan Tirmidzi, dishahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam Silsilah Ash-Shahihah, no. 927)

Bahaya Rakan yang Buruk

Jika berkawan dengan orang yang soleh dapat memberikan manfaat yang sangat banyak, maka berkawan dengan teman yang buruk memberikan akibat yang sebaliknya. Orang yang bersifat buruk dapat mendatangkan bahaya bagi orang yang berkawan dengannya, dapat mendatangkan keburukan bagi orang yang bergaul bersamanya. Sungguh betapa banyak kaum yang hancur kerana sebab keburukan-keburukan mereka, dan betapa banyak orang yang mengikuti sahabat-sahabat mereka menuju kehancuran, baik sedar ataupun tidak sedar. 
(Bahjatu Qulubil Abrar, 120)

Oleh kerana itulah, sungguh di antara nikmat Allah yang paling besar bagi seorang hamba yang beriman adalah Allah memberinya taufiq berupa teman yang baik. Sebaliknya, di antara ujian bagi seorang hamba adalah Allah mengujinya dengan rakan yang buruk. 
(Bahjah Qulubil Abrar, 120)

Berteman dengan orang soleh akan memperoleh ilmu yang bermanfaat, akhlak yang utama dan amal yang soleh. Adapun berteman dengan orang yang buruk akan mencegahnya dari hal itu semua.

Jangan Sampai Menyesal

Allah Taala berfirman

وَيَوْمَ يَعَضُّ الظَّالِمُ عَلَى يَدَيْهِ يَقُولُ يَا لَيْتَنِي اتَّخَذْتُ مَعَ الرَّسُولِ سَبِيلًا ( ) يَا وَيْلَتَى لَيْتَنِي لَمْ أَتَّخِذْ فُلَانًا خَلِيلًا ( ) لَقَدْ أَضَلَّنِي عَنِ الذِّكْرِ بَعْدَ إِذْ جَاءَنِي وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِلْإِنْسَانِ خَذُولًا

“Dan (ingatlah) hari (ketika itu) orang yang zalim menggigit dua tangannya, seraya berkata: “Aduhai kiranya (dulu) aku mengambil jalan bersama-sama Rasul. Kecelakaan besarlah bagiku. Kiranya aku (dulu) tidak menjadikan sifulan itu teman akrab(ku). Sesungguhnya dia telah menyesatkan aku dari al Quran ketika al Quran itu telah datang kepadaku. Dan adalah syaitan itu tidak mahu menolong manusia.” 
(QS. Al Furqan: 27-29).

Sebagaimana yang sudah masyhur di kalangan ulama ahli tafsir, yang dimaksud dengan orang yang zalim dalam ayat ini adalah ‘Uqbah bin Abi Mu’ith, sedangkan si fulan yang telah menyesatkannya dari petunjuk al Quran adalah Umayyah bin Khalaf atau saudaranya Ubay bin Khalaf. Akan tetapi secara umum, ayat ini juga berlaku bagi setiap orang yang zalim yang telah memilih mengikuti sahabatnya untuk kembali kepada kekafiran setelah datang kepadanya hidayah Islam. Sampai akhirnya dia mati dalam keadaan kafir sebagaimana yang terjadi pada ‘Uqbah bin Abi Mu’ith.(Adhwa’ul Bayan, 6/45)
Begitulah Allah Taala telah menjelaskan betapa besarnya pengaruh seorang rakan dekat bagi seseorang, hingga seseorang dapat kembali kepada kekafiran setelah dia mendapatkan hidayah islam disebabkan pengaruh teman yang buruk. Oleh kerana itulah sudah sepantasnya setiap dari kita waspada dari rakan-rakan yang mempunyai perangai buruk.

Penutup

Wahai saudariku, ingin ku kutipkan sedikit nasihat yang semoga bermanfaat untukku mahupun untuk dirimu. Nasihat ini berasal dari seorang ulama bernama Ibnu Qudamah Al Maqdisiy:

“Ketahuilah, Sungguh tidaklah pantas seseorang menjadikan semua orang sebagai rakannya. Akan tetapi sepantasnya dia memilih orang yang boleh dijadikan sebagai rakan, baik dari segi sifatnya, perangainya, ataupun apa saja yang boleh menimbulkan keinginan untuk berteman dengannya. Sifat ataupun perangai tersebut hendaknya sesuai dengan manfaat yang dicari dari hubungan pertemanan. Ada orang yang berkawan kerana tujuan dunia, seperti kerana ingin memanfaatkan harta, kedudukan ataupun hanya sekadar bersenang-senang bersama dan berbual bersama, akan tetapi hal ini bukanlah tujuan kita. Ada pula orang yang bertkawan untuk tujuan agama, dalam hal ini terdapat pula tujuan yang berbeza-beza.
Di antara mereka ada yang bertujuan dapat memanfaatkan ilmu dan amalnya, ada pula yang ingin mengambil manfaat dari hartanya, dengan tercukupinya keperluan ketika berada dalam kesempitan. Secara umum, kesimpulan orang yang boleh dijadikan sebagai rakan hendaknya dia mempunyai lima kriteria berikut: Berakal (cerdas), berakhlak baik, tidak fasik, bukan ahli bidaah dan tidak rakus terhadap dunia.
Kecerdasan merupakan modal utama. Tidak ada kebaikan berkawan dengan orang yang dungu, kerana orang yang dungu terkadang dia ingin menolongmu tapi justeru dia malah mencelakakanmu. Akhlak baik, hal ini juga sebuah keharusan. Kerana terkadang orang yang cerdas jika ia sedang marah dan emosi dapat dikuasai oleh hawa nafsunya. Maka tidaklah baik bertkawan dengan orang yang cerdas tapi tidak berakhlak. Sedangkan orang yang fasik, dia tidaklah mempunyai rasa takut kepada Allah. Dan orang yang tidak mempunyai rasa takut kepada Allah, kamu tidak akan selamat dari tipu dayanya, di samping dia juga tidak dapat dipercaya. Adapun ahli bidaah, dikuatirkan dia akan mempengaruhimu dengan buruknya kebidaahannya.
(Mukhtashor Minhajul Qashidin, 2/ 36-37)

Semoga yang sedikit ini boleh bermanfaat untukku dan untukmu saudaraku…
Amiin …

muslimah.or.id
Penyusun: Latifah Ummu Zaid
Murajaah: Ustadz Ammi Nur Baits
Rujukan:
·         Bahjatu Qulubil Abrar, syaikh ‘Abdurrahman bin Nashir As-Sa’diy, Maktabah Al Imam Al Wadi’iy, Shan’aa
·         Adhwa’ul Bayan, Muhammad Al Amin Asy-Syinqithi, Darul-Fikr lith-thoba’ah wan-nasyr wat-tauzi’, Beirut (Maktabah Asy-Syamilah)
·         Mukhtashor minhajul Qashidin, Ibnu Qudamah Al Maqdisiy. (Maktabah Asy-Syamilah)
 dan Wirid, Ustaz Yazid bin Abdul Qadir Jawaz, Pustaka Imam Syafi’i.



Artikel Muslimah.or.Id


[1] Lafal hadits tersebut berbunyi,

أفضل الناس كل مخموم القلب صدوق اللسان ، قالوا : صدوق اللسان نعرفه فما مخموم القلب ؟ قال : التقي النقي ، لا إثم فيه و لا بغي و لا غل و لا حسد

“Sebaik-baik manusia adalah manusia yang bersih hatinya dan selalu benar atau jujur lisannya.” Kemudian mereka para sahabat berkata, mengenai jujur atau benar lisannya, kami sudah mengetahuinya, tetapi apakah yang dimaksud dengan orang yang bersih hatinya?” Beliau menjawab, “Iaitu seseorang yang bertakwa dan bersih, yang tidak terdapat dosa pada dirinya, tidak zalim, tidak iri, dan juga tidak dengki.”




HR. Ibnu Majah 4216 dan Ibnu ‘Asakir (17/29/2). Syaikh Albani berkata, “Hadits ini memiliki sanad yang shahih dan rijal yang tsiqat (terpercaya).” (As-Silsilah Ash-Shaihah no.948, Maktabah Asy-Syamilah-red)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan