Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Sabtu, 18 Januari 2014

O 44 : DI KALA SAKIT

Saudara-saudariku, semoga Allah merahmati kita semua.

Begitu banyak kenikmatan yang Allah kurniakan kepada kita. Kenikmatan yang tiada terhitung dan tak dapat pula diganti dengan emas permata. Salah satunya adalah nikmat sihat yang banyak kita lalaikan. Akan tetapi, bagaimana jika Allah menghendaki kesihatan itu lenyap dari kita sehingga kita menderita sakit? Apakah yang harus kita lakukan agar sakit yang kita alami dapat berubah menjadi ladang pahala dan penghapus dosa?

·         Orang yang sedang jatuh sakit berkewajipan untuk rela menerima ketetapan Allah, bersabar menghadapi takdirNya, dan berprasangka baik kepadaNya. Semua itu akan lebih baik baginya. Hal itu sebagaimana pernah disinggung Rasullah shalallahu ‘alaihi wa sallam dalam sabdanya,

عجبا لأمر المؤمن إن أمره كله خير وليس ذاك لأحد إلا للمؤمن إن أصابته سراء شكر فكان خيرا له وإن أصابته ضراء صبر فكان خيرا له 

Ertinya : “Sungguh mengagumkan urusan orang Mukmin. Sesungguhnya semua urusannya adalah baik, dan hal itu tidak dimiliki oleh siapapun kecuali orang Mukmin. Jika dia mendapatkan kesenangan, dia bersyukur, dan demikian itu lebih baik baginya. Jika ditimpa kesusahan, dia akan bersabar, dan demikian itu lebih baik baginya.” 
(HR. Muslim, al Baihaqi dan Ahmad )

Orang yang sakit harus benar-benar berada dalam keadaan antara rasa takut dan berharap, takut kepada siksa Allah atas dosa-dosanya disertai dengan perasaan mengharapkan rahmatNya. Dasarnya adalah hadis Anasradhiyallahu ‘anhu: “Bahawasannya Nabi  shalallahu ‘alaihi wa sallam pernah menjengok seorang pemuda saat menjelang kematiannya. Kemudian beliau bertanya : “Apa yang engkau rasakan?” Dia menjawab: Demi Allah, wahai Rasulullah, sesungguhnya aku benar-benar berharap kepada Allah dan sesungguhnya aku takut akan dosa-dosaku.” Maka Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : 

لا يجتمعان في قلب عبد في مثل هذا الموطن إلا أعطاه الله ما يرجو وآمنه مما يخاف 

Ertinya : “Tidak akan bersatu dalam hati seorang hamba kedua hal tersebut dalam keadaan semacam ini (sakit), melainkan Allah akan merealisasikan harapannya dan memberikan rasa aman dari apa yang dia takuti.” 
(HR. Turmizi dan yang lainnya dengan sanad hasan).

Separah apapun penyakit yang diderita seseorang, dia tidak diperbolehkan untuk mengharapkan kematian. Pernyataan ini berdasarkan hadis Ummu al-Fadhl (isteri Abbas) radiyallahu ‘anha, bahawasannya Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam pernah menjengok mereka, sementara ‘Abbas, bapa saudara Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam, tengah mengeluh (kerana sakit) sampai mengharapkan kematian. Maka  Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

يا عباس يا عم رسول الله لا تتمن الموت ان كنت محسنا تزداد إحسانا إلى إحسانك خير لك وان كنت مسيأ فان تؤخر تستعتب خير لك فلا تتمن الموت 

Ertinya : “Wahai bapa saudaraku, janganlah engkau mengharapkan kematian. Kerana sesungguhnya, jika engkau seorang yang baik lalu diberi usia yang panjang, engkau boleh menambah kebaikanmu, dan itu lebih baik. Adapun jika engkau seorang yang banyak berbuat buruk lalu diberi tenggang usia, kemudian engkau berhenti dari perbuatan buruk tersebut dan bertaubat, maka yang demikian itu lebih baik. Kerana itu janganlah engkau mengharapkan kematian.” 
(HR. Ahmad)

Dalam riwayat yang lain, yang disebutkan oleh as-Syaikhan (Bukhari dan Muslim), al-Baihaqi (III/377) dan lainnya dari hadis Anas, dengan kalimat senada dengan hadis tersebut secara marfu’, di dalamnya disebutkan :

فَإِنْ كَانَ لا بُدَّ فاعلاً فليقُل : اللَّهُمَّ أَحْيني ما كَانَت الْحياةُ خَيراً لِي وتوفَّني إِذَا كَانَتِ الْوفاَةُ خَيْراً لِي

Ertinya : “Kalau dia terpaksa harus melakukan hal tersebut (mengharapkan kematian), hendaklah dia berdoa: ‘Ya Allah, hidupkanlah aku jika hidup ini lebih baik bagiku dan matikanlah aku jika kematian itu lebih baik bagiku.’ 
Hadis shahih, sebagaimana telah di-takhrij dalam kitab Irwaa-ul Ghalil (no. 683).

Jika orang yang sakit itu mempunyai beberapa kewajipan yang harus dibayarkan, hendaklah ia segera menunaikan kepada yang berhak, jika memang dia tidak merasa kesulitan untuk melakukannya. Jika tidak demikian, hendaklah dia berwasiat mengenai kewajipannya. Dalilnya adalah sabda Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa sallam:

من كانت له مظلمة لأخيه من عرضه أو شيء فليتحلله منه اليوم قبل أن لا يكون دينار ولا درهم إن كان له عمل صالح أخذ منه بقدر مظلمته وإن لم تكن له حسنات أخذ من سيئات صاحبه فحمل عليه 

Ertinya : “Barangsiapa yang pernah menzalimi saudaranya, baik terhadap kehormatan mahupun hartanya, hendaklah dia meminta untuk dihalalkan sekarang, sebelum tiba hari Kiamat, ketika dinar dan dirham tidak lagi diterima. Jika dia memiliki amal soleh, maka amal itu akan diambil sesuai besar kezalimannya dan diberikan kepada yang berhak. Jika dia tidak memiliki amal soleh maka dosa-dosa orang yang dizalimi akan diambil dan dibebankan kepadanya.”

Beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam juga bersabda :

مَنْ مَاتَ وَعَلَيْهِ دَيْنٌ فَلَيْسَ ثَمَّ دِيْنَارٌ وَلاَ دِرْهَمٌ

Ertinya : “Siapa yang meninggal dunia sementara dia masih menanggung hutang maka (sedari) di sana (akhirat) tidak ada lagi dinar dan dirham, melainkan kebaikan dan keburukan.” 
(HR. Hakim,  Abu Daud, At-Thabarani, dan dishahihkan al-Albani)

Keharusan untuk segera merealisasikan wasiat bagi orang yang sakit. Hal ini didasarkan pada sabda Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam :

ما حق امرئ مسلم له شيء يريد أن يوصي فيه يبيت ليلتين إلا ووصيته مكتوبة عنده

Ertinya : “Tidaklah benar bagi seorang Muslim yang masih bertahan hidup dua malam, sementara dia mempunyai sesuatu yang hendak dia wasiatkan, melainkan wasiatnya sudah tertulis dekat kepalanya.” 
(HR. Muslim)

·         Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam memerintakan untuk  berubat dan berupaya mencari kesembuhan serta tidak berputus asa dari kesembuhan atas suatu penyakit. Daripada Jabir bin ‘Abdillah,  Nabi Shalallahu ‘alaihi wa sallam, bahawasannya beliau bersabda :

لكل داء دواء فإذا أصيب دواء الداء برأ بإذن الله عز و جل

Ertinya : “Setiap penyakit itu pasti ada ubatnya. Oleh kerana itu, barangsiapa yang tepat dalam melakukan pengubatan suatu penyakit, maka dengan izin Allah ‘azza wa  jalla dia akan sembuh.” 
(HR. Muslim, Ibn Hiban, dan Hakim)

Daripada abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, dia bercerita bahawa Rasulullah bersabda :

ما أنزل الله داء إلا أنزل له دواء

Ertinya : “Tidaklah Allah menurunkan suatu penyakit, melainkan Dia turunkan ubat untuknya.” 
(HR. Ibn Majah dan dishahihkan al-Albani)

Saudara-saudariku hayatilah hadis Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam berikut, semoga menjadi penghibur bagi engkau yang sedang sakit.

Daripada Abu Sa’id dan Abu Hurairah radiyallahu’anhuma, bahawa Nabi Shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

مَا مِنْ مُصِيبَةٍ تُصِيبُ الْمُسْلِمَ إِلاَّ كَفَّرَ اللَّهُ بِهَا عَنْهُ، حَتَّى الشَّوْكَةِ يُشَاكُهَا

Ertinya : “Tidaklah seorang muslim ditimpa kepayahan, penyakit, kegoncangan, kedukaan, mahupun kesulitan, bahkan sampai duri yang menusuknya, melainkan dengannya Allah akan menghapuskan kesalahan-kesalahannya.” 
( Mutatafaq’alaih)

Daripada Ibnu Mas’ud radiyallahu ‘anhu, ia berkata, aku pernah masuk ke tempat NabiShalallahu ‘alaihi wa sallam, ketika beliau tengah menderita sakit panas, lalu aku bertanya: “Ya Rasulullah, sesungguhnya engkau benar-benar menderita sakit panas yang sangat tinggi.” Beliau menjawab:
“Benar,  sesungguhnya aku menderita sakit panas seperti yang dirasakan oleh dua orang ( dilipatkan dua kali)  di antara kalian.” Ibnu Mas’ud bertanya lagi: Itu bererti engkau mendapatkan dua pahala ? Beliau menjawab : “Benar, seperti itulah kiranya.

مَا مِنْ مُسْلِمٍ يُصِيبُهُ أَذًى مَرَضٌ فَمَا سِوَاهُ إِلاَّ حَطَّ اللَّهُ لَهُ سَيِّئَاتِهِ كَمَا تَحُطُّ الشَّجَرَةُ وَرَقَهَا

Ertinya : “Tidaklah seorang muslim tertimpa oleh suatu yang tidak menyenangkan, sakit atau yang lainnya, melainkan Allah akan menghapuskan kesalahan-kesalahannya. Dan dosanya akan berguguran sebagaimana pohon menggugurkan daunnya.” 
(Muttafaq ‘alaih)

Daripada Abu Hurairah radiyallahu ‘anhu, ia berkata, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

مَنْ يُرِد اللَّهُ بِهِ خَيْرًا يُصِبْ مِنْهُ

Ertinya : “Barangsiapa yang Allah menghendaki kebaikan baginya, maka akan ditimpakan cubaan padanya.” 
( HR. Al-Bukhari )

Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallamI bersabda:

إن عظم الجزاء مع عظم البلاء وإن الله إذا أحب قوما ابتلاهم فمن رضي فله الرضا ومن سخط فله السخط

Ertinya : “Sesungguhnya besarnya pahala tergantung pada besarnya cubaan. Sesungguhnya Allah subhanahu wa Taala jika mencintai suatu kaum maka Dia akan memberikan cubaan kepada mereka. Barangsiapa yang redha maka dia akan memperoleh keredhaanNya dan barangsiapa yang murka maka dia akan memperoleh kemurkaanNya.”  
(HR. At-Tirmidzi, dia mengatakan; Hadis ini Hasan)

Demikian yang boleh kami aturkan, semoga Allah taala memberi kesembuhan kepada saudara-saudari yang sedang sakit, memberikan kesabaran kepada mereka dan menghapuskan  dosa-dosa mereka. Aamiin….

Wabillahi taufiq walhamdulillahi rabbil ‘alamiin

artikel muslimah.or.id
Penulis: Ismianti Ummu Maryam
Murajaah: Ustadz Ammi Nur Baits
Maraaji’ :
1. Terjemah Hukum Dan Tata Cara Mengurus Jenazah Menurut Al-Qur’an Dan As-Sunnah, Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani,Pustaka Imam Asy-SYafi’i ,2005,Bogor.
2. Terjemah Syarah Riyadhush Shalihin Jilid 1, Syaikh Salim Bin ‘Ied Al-Hilali, Pustaka Imam Syafi’i Maret 2008.

3. Terjemah Bekam Cara Pengobatan Menurut Sunnah Nabi Shalallahu ‘alaihi wa sallam, DR. Mumahammad Musa Alu Nashr, Pustaka Imam Asy-Syafi’i, September 2005.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan