Oleh
Abu Isma’il Muslim al Atsari
Abu Isma’il Muslim al Atsari
Agama Islam ibarat sebuah bangunan kukuh yang
menaungi pemeluknya dan menjaganya dari bahaya dan keburukan. Bangunan Islam
ini memiliki lima tiang penegak, sebagaimana disebutkan di dalam hadits-hadits
yang shahih. Maka alangkah pentingnya kita memahami masalah ini dengan
keterangan ulama Islam. Berikut ini adalah hadits-hadits tersebut.
Hadits Pertama
عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ
اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
بُنِيَ الْإِسْلَامُ عَلَى خَمْسٍ شَهَادَةِ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ
وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ وَإِقَامِ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ
وَالْحَجِّ وَصَوْمِ رَمَضَانَ
Daripada Ibnu Umar Radhiyallahu ‘anhuma, dia
berkata: RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WA SALLAM bersabda:
“Islam dibangun di atas
lima (tonggak): Syahadat Laa ilaaha illa Allah dan (syahadat) Muhammad
Rasulullah, menegakkan solat, membayar zakat, haji, dan puasa ramadan.”
[HR Bukhari, no. 8].
Hadits Kedua
عَنْ ابْنِ عُمَرَ عَنْ
النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ بُنِيَ الْإِسْلَامُ عَلَى
خَمْسَةٍ عَلَى أَنْ يُوَحَّدَ اللَّهُ وَإِقَامِ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءِ
الزَّكَاةِ وَصِيَامِ رَمَضَانَ وَالْحَجِّ فَقَالَ رَجُلٌ الْحَجُّ وَصِيَامُ
رَمَضَانَ قَالَ لَا صِيَامُ رَمَضَانَ وَالْحَجُّ هَكَذَا سَمِعْتُهُ مِنْ
رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Daripada Ibnu Umar Radhiyallahu ‘anhuma, daripada NABI
SHALLALLAHU ‘ALAIHI WA SALLAM, beliau bersabda:
“Islam dibangun di atas
lima (tonggak), mentauhidkan (mengesakan) ALLAH, menegakkan solat, membayar
zakat, puasa Ramadan, dan haji.” Seorang lelaki mengatakan, “Haji dan puasa
Ramadan,” maka Ibnu Umar berkata: “Tidak, puasa Ramadan dan haji, demikian ini
aku telah mendengar daripada RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WA SALAM.”
[HR. Muslim, no. (16)-19]
Hadits Ketiga
عَنْ ابْنِ عُمَرَ عَنْ
النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ بُنِيَ الْإِسْلَامُ عَلَى
خَمْسٍ عَلَى أَنْ يُعْبَدَ اللَّهُ وَيُكْفَرَ بِمَا دُونَهُ وَإِقَامِ
الصَّلَاةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ وَحَجِّ الْبَيْتِ وَصَوْمِ رَمَضَانَ
Daripada Ibnu Umar Radhiyallahu ‘anhuma, daripada NABI
SHALLALLAHU ‘ALAIHI WA SALAM, beliau bersabda:
“Islam dibangun di atas
lima (tonggak): beribadah kepada ALLAH dan mengingkari (peribadahan) kepada
selainNya, menegakkan solat, membayar zakat, haji dan puasa Ramadan.”
[HR Muslim, no. (16)-20].
Hadits Keempat
قَالَ عَبْدُ اللَّهِ قَالَ
رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بُنِيَ الْإِسْلَامُ عَلَى
خَمْسٍ شَهَادَةِ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ
وَرَسُولُهُ وَإِقَامِ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ وَحَجِّ الْبَيْتِ وَصَوْمِ
رَمَضَانَ
ِ
ِ
Abdullah (Ibnu Umar) Radhiyallahu ‘anhuma berkata: RASULULLAH
SHALLALLAHU ‘ALAIHI WA SALAM bersabda:
“Islam dibangun di atas
lima (tonggak): Syahadat Laa ilaaha illa Allah dan (syahadat) Muhammad adalah
hamba Allah dan RasulNya; menegakkan solat, membayar zakat, menunaikan haji,
dan puasa Ramadan.”
[HR. Muslim, no. (16)-21].
Hadits Kelima
عَنْ طَاوُسٍ أَنَّ رَجُلًا
قَالَ لِعَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ أَلَا تَغْزُو فَقَالَ إِنِّي سَمِعْتُ
رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ الْإِسْلَامَ
بُنِيَ عَلَى خَمْسٍ شَهَادَةِ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَإِقَامِ
الصَّلَاةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ وَصِيَامِ رَمَضَانَ وَحَجِّ الْبَيْتِ
ِ
ِ
Daripada Thawus, bahawasanya seorang lelaki berkata
kepada Abdullah bin Umar Radhiyallahu ‘anhuma : “Tidakkah Anda berperang?” Maka
dia berkata: “Sesungguhnya aku telah mendengar RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI
WA SALAM bersabda,
“Sesungguhnya Islam
dibangun di atas lima (tonggak): Syahadat Laa ilaaha illa Allah, menegakkan solat,
membayar zakat, puasa Ramadan; dan haji.”
[HR Muslim, no. (16)-22].
Kedudukan Hadits
Hadits ini memiliki kedudukan yang agung, kerana menerangkan rukun Islam yang merupakan tonggak-tonggak agama yang mulia ini. Di antara perkataan ulama yang menunjukkan keagungan kedudukan hadits ini ialah :
1. Imam al Qurthubi rahimahullah berkata, ”Yang
dimaksudkan, bahawa lima ini merupakan dasar-dasar agama Islam dan kaedah-kaedahnya,
yang agama Islam dibangun di atasnya, dan dengannya Islam tegak.”
[Syarh Arba’in Haditsan, hlm. 20, karya Ibnu
Daqiqil ‘Id.
2. Imam an Nawawi rahimahullah berkata, “Sesungguhnya
hadits ini merupakan pokok yang besar di dalam mengenal agama (Islam), dan
agama (Islam) bersandar di atas hadits ini, dan hadits ini mengumpulkan
rukun-rukunnya.”
[Syarh Muslim, karya Nawawi, 1/152]
3. Syaikh Nazhim Muhammad Sulthan berkata: “Hadits
ini memiliki urgensi yang besar, kerana hadits ini memberikan penjelasan
dasar-dasar dan kaedah-kaedah Islam, yang Islam dibangun di atasnya, yang
dengannya seorang hamba menjadi muslim, dan dengan tanpa itu semua seorang
hamba lepas dari agama.”
[Qawaid wa Fawaid minal Arba’in Nawawiyah, hlm.
53].
Setelah kita mengetahui hal ini, maka sepantasnya
kita memperhatikan hadits ini, memahami dengan sebaik-baiknya dan menyebarkannya.
Keterangan Dan Faedah Hadits
Kewajipan umat mengambil dan memahami agama ini
melalui para ulama yang terpercaya. Maka inilah di antara penjelasan para ulama
terhadap hadits yang agung ini.
1. Islam Hilang Tanpa Syahadat
Imam Ibnu Rajab al Hambali (wafat tahun 795 H) rahimahullah berkata: “Maksud hadits ini adalah menggambarkan Islam sebagaimana bangunan, sedangkan tiang-tiang bangunannya adalah (yang) lima ini. Sehingga, bangunan itu tidak dapat tegak kukuh, kecuali dengan kelimanya. Sedangkan bahagian-bahagian Islam yang lain seperti pelengkap bangunan. Apabila sebahagian pelengkap ini tidak ada, maka bangunan itu kurang (sempurna), namun masih tegak, tidak roboh dengan kurangnya hal itu. Berbeza dengan robohnya lima tiang ini. Sesungguhnya Islam akan hilang –tanpa kesamaran- dengan ketiadaan kelimanya semuanya. Demikian juga Islam akan hilang dengan ketiadaan dua syahadat. Yang dimaksudkan dengan dua syahadat adalah iman kepada Allah dan RasulNya. Dengan ini diketahui, bahawa iman kepada ALLAH dan RasulNya termasuk dalam kandungan Islam.”
[Diringkas dari Jami’ul ‘Ulum wal Hikam, juz 1,
hlm. 145, karya Imam Ibnu Rajab, dengan penelitian Syu’aib al Arnauth dan
Ibrahim Bajis, Penerbit ar Risalah, Cet. Kelima, Th. 1414H/1994M].
2. Makna Syahadat Dan kandungannya Al-Hafizh Ibnu
Hajar (wafat th 852 H) mengatakan, yang dimaksudkan syahadat disini ialah
membenarkan apa yang dibawa oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam,
sehingga mencakupi keyakinan rukun iman yang enam dan lainnya.
[Fathul Bari, hadits no. 8].
Syaikh Shalih bin Abdul Aziz Alu Syaikh berkata:
“Islam adalah amalan-amalan lahiriyah. Namun Islam ini tidak sah, kecuali
dengan kadar yang mengesahkannya yang berupa iman, iaitu iman yang wajib kepada
rukun iman yang enam. Iman yang wajib, maksudnya, ukuran paling sedikit dari
iman yang dengannya seseorang menjadi orang Islam. Ini dimuat di dalam sabda
Nabi: “Engkau bersyahadat Laa ilaaha illa Allah”. Kerana makna syahadat adalah
keyakinan, perkataan dan pemberitaan (pemberitahuan). Sehingga syahadat
mencakup tiga perkara ini. Rukun iman yang enam, kembalinya kepada keyakinan
tersebut.”
[Syarah Arba’in Nawawiyah, hadits no. 2, hlm. 14
pada kitab saya].
3. Syahadat Dilakukan Dengan Lisan, Hati Dan
Berdasarkan Ilmu.
Penulis kitab Fawaid Ad- Dzahabiyah :Seseorang wajib bersyahadat dengan lidahnya, dengan keyakinan hatinya, bahawa Laa ilaaha illa Allah, maknanya ialah, tidak ada yang berhak diibadahi kecuali ALLAH. Iaitu engkau bersyahadat dengan lidahmu, dengan keyakinan hatimu bahawa tidak ada yang berhak diibadahi dari kalangan makhluk, baik Nabi, wali, orang shalih, pohon, batu, ataupun lainnya, kecuali ALLAH. Dan yang diibadahi dari selain ALLAH adalah batil. ALLAH SUBHANAHU WA TA’ALA berfirman :
Penulis kitab Fawaid Ad- Dzahabiyah :Seseorang wajib bersyahadat dengan lidahnya, dengan keyakinan hatinya, bahawa Laa ilaaha illa Allah, maknanya ialah, tidak ada yang berhak diibadahi kecuali ALLAH. Iaitu engkau bersyahadat dengan lidahmu, dengan keyakinan hatimu bahawa tidak ada yang berhak diibadahi dari kalangan makhluk, baik Nabi, wali, orang shalih, pohon, batu, ataupun lainnya, kecuali ALLAH. Dan yang diibadahi dari selain ALLAH adalah batil. ALLAH SUBHANAHU WA TA’ALA berfirman :
ذَلِكَ بِأَنَّ اللهَ هُوَ
الْحَقُّ وَأَنَّ مَايَدْعُونَ مِن دُونِهِ هُوَ الْبَاطِلُ وَأَنَّ اللهَ هُوَ
الْعَلِيُّ الْكَبِيرُ
(Kuasa ALLAH) yang demikian
itu, adalah kerana sesungguhnya ALLAH, Dialah (Rabb) yang Haq, dan sesungguhnya
apa saja yang mereka seru (ibadahi) selain ALLAH, itulah yang batil. Dan
sesungguhnya ALLAH, Dialah yang Maha Tinggi lagi Maha Besar.
-al Hajji ayat 62-.
[Dinukil dari kitab al Fawaid adz Dzahabiyah min
Arba’in Nawawiyah, hlm. 18, faedah ke-10. Dikumpulkan oleh Abu Abdillah Hammud
bin Abdillah al Mathor dan Abu Anas Ali bin Husain Abu Luz].
4. Makna Syahadat
Syaikh Shalih bin Abdul Aziz Alu Syaikh berkata: “Barangsiapa bersyahadat Laa ilaaha illa Allah, bererti dia meyakini dan memberitakan, bahawa tidak ada sesuatupun berhak terhadap seluruh jenis-jenis ibadah, kecuali ALLAH semata, tidak ada sekutu bagiNya. Dan di dalam kandungannya, orang yang menghadapkan ibadah kepada selainNya, maka dia adalah orang yang zalim, melanggar batas terhadap hak ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.
Dan syahadat “Muhammad adalah utusan ALLAH”, iaitu
seseorang meyakini, memberitakan dan mengumumkan bahawa Muhammad, iaitu
Muhammad bin Abdullah, dari suku Quraisy, dari kota Mekah, adalah utusan daripada
ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA dengan sebenarnya. Dan sesungguhnya, wahyu turun
kepada beliau, sehingga beliau memberitakan dengan apa yang ALLAH katakan.
Bahwasanya beliau hanyalah mubaligh (orang yang menyampaikan) daripada ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA. Dan ini jelas dari kata rasul, kerana rasul
maknanya (secara Bahasa Arab, Pen.) adalah mubaligh”. [Syarah Arba’in
Nawawiyah, hadits no. 3, hlm. 27 pada kitab saya].
Adapun syahadat ”Muhammad adalah utusan ALLAH,” iaitu beriman kepadanya, bahawa beliau adalah utusan ALLAH, Dia mengutusnya kepada seluruh manusia, sebagai basyir (pembawa berita gembira) dan nadzir (pembawa berita ancaman). Sehingga berita-berita dari beliau diyakini, perintah-perintahnya dilaksanakan, apa yang dilarang beliau, ditinggalkan, dan beribadah kepada ALLAH hanya dengan apa yang beliau syari’atkan.
[Al Hadits fiah an Nasyiah, hlm. 49, karya Dr.
Falih bin Muhammad ash Shaghir dan Adil bin Abdusy Syakur az Zirqi].
5. Urgensi Solat
Al Hafizh Ibnu Hajar mengatakan, yang dimaksudkan solat di sini adalah, selalu melaksanakannya atau semata-mata melakukannya.”
[Fathul Bari, hadits no. 8].
Sesungguhnya solat merupakan tiang agama Islam,
sebagaimana tiang pada rumah. Rumah itu tidak berdiri, kecuali dengan tiang
tersebut. Jika tiang itu roboh, maka rumah pun roboh. Nabi MUHAMMAD SHALLALLAHU
‘ALAIHI WA SALLAM bersabda:
رَأْسُ الْأَمْرِ الْإِسْلاَمُ
وَعَمُودُهُ الصَّلاَةُ وَذِرْوَةُ سَنَامِهِ الْجِهَادُ
Pokok urusan (agama) itu adalah Islam (iaitu: dua
syahadat), tiangnya adalah
solat, dan puncak ketinggiannya adalah jihad.
solat, dan puncak ketinggiannya adalah jihad.
[HR Tirmidzi, no. 2616; Ibnu Majah, no. 3872;
Ahmad, juz 5, hlm. 230, 236, 237, 245; dishahihkan oleh Syaikh al Albani di
dalam Shahih al Jami’ush Shaghir, no. 5126].
6. Hukum Orang Yang Tidak Solat.
Meninggalkan solat ada dua bentuk. Pertama, meninggalkan solat sama sekali dengan tidak meyakini kewajipannya. Maka pelakunya kafir dengan kesepakatan ulama. Kedua, meninggalkan solat sama sekali, kerana malas atau sibuk, dengan meyakini kewajipannya. Dalam masalah ini, para ulama Ahlus Sunnah berbeda pendapat. Sebahagian ulama berpendapat pelakunya belum kafir, sebahagian yang lain mengkafirkannya. Pendapat kedua inilah yang lebih kuat –in Shaa Allah- berdasarkan banyak dalil dan perkataan Salafush Shalih. NABI MUHAMMAD SHALLALLAHU ‘ALAIHI WA SALLAM bersabda:
إِنَّ بَيْنَ الرَّجُلِ
وَبَيْنَ الشِّرْكِ وَالْكُفْرِ تَرْكَ الصَّلَاةِ
“Sesungguhnya (batas)
antara seseorang dengan kesyirikan dan kekafiran adalah meninggalkan solat.”
[HR Muslim, no. 82; Tirmidzi, no. 2618; Abu Dawud,
no. 4678; Ibnu Majah, no. 1078]
Imam Nawawi rahimahullah berkata: “Makna ‘(batas)
antara seseorang dengan kesyirikan adalah meninggalkan solat, bahawa yang
menghalangi dari kekafirannya adalah keadaannya yang tidak meninggalkan solat.
Maka jika dia telah meninggalkannya, tidak tersisa penghalang antara dia dengan
kesyirikan, bahkan dia telah masuk ke dalamnya.”
[Syarah Muslim, hadits no. 82].
Pendapat yang menyatakan kafirnya orang yang
meninggalkan solat adalah pendapat majoriti sahabat.
[Lihat Mauqif Ahlis Sunnah wal Jama’ah min Ahlil
Ahwa’ wal Bida’, juz 1, hlm. 172-177].
7. Urgensi Zakat Dan Hukum Tidak Membayar Zakat.
Rukun Islam ketiga adalah membayar zakat kepada orang-orang yang berhak menerimanya. Zakat itu ALLAH SUBHANAHU WA TAALA wajibkan atas harta-harta orang yang mampu, dengan perincian yang dibahas oleh para ulama di dalam kitab-kitab fiqih. Orang yang sudah wajib zakat, namun tidak membayarnya, maka ia mendapatkan dosa besar dan ancaman yang keras. Namun dia tidak menjadi kafir, jika masih mengimani kewajipannya. Nabi MUHAMMAD SHALLALLAHU ‘ALAIHI WA SALLAM bersabda :
مَا مِنْ صَاحِبِ ذَهَبٍ
وَلَا فِضَّةٍ لَا يُؤَدِّي مِنْهَا حَقَّهَا إِلَّا إِذَا كَانَ يَوْمُ
الْقِيَامَةِ صُفِّحَتْ لَهُ صَفَائِحُ مِنْ نَارٍ فَأُحْمِيَ عَلَيْهَا فِي نَارِ
جَهَنَّمَ فَيُكْوَى بِهَا جَنْبُهُ وَجَبِينُهُ وَظَهْرُهُ كُلَّمَا بَرَدَتْ
أُعِيدَتْ لَهُ فِي يَوْمٍ كَانَ مِقْدَارُهُ خَمْسِينَ أَلْفَ سَنَةٍ حَتَّى
يُقْضَى بَيْنَ الْعِبَادِ فَيَرَى سَبِيلَهُ إِمَّا إِلَى الْجَنَّةِ وَإِمَّا
إِلَى النَّارِ
Pemilik emas dan pemilik
perak yang tidak menunaikan haknya darinya (iaitu zakat), maka jika telah
terjadi hari Kiamat, dibuatkan untuknya lempengan-lempengan dari neraka,
kemudian lempengan-lempengan dipanaskan di dalam neraka Jahanam, lalu
dibakarlah dahinya, lambungnya dan punggungnya. Setiap kali lempengan itu
dingin, dikembalikan (dipanaskan di dalam Jahanam) untuk (menyiksa)nya. (Itu
dilakukan pada hari Kiamat), yang satu hari ukurannya lima puluh ribu tahun,
sehingga diputuskan (hukuman) di antara seluruh hamba. Kemudian dia akan
melihat (atau, akan diperlihatkan) jalannya, kemungkinan menuju syurga, dan
kemungkinan menuju neraka. [HR Muslim,
no. 987, dari Abu Hurairah]
Syaikh Dr. Ibrahim bin ‘Amir ar Ruhaili (dosen
Universiti Islam Madinah, Arab Saudi) berkata, ”Hadits ini menyatakan, bahawa
orang yang tidak berzakat mendapatkan balasan siksaan, disebabkan dia
meninggalkan zakat. Kemudian dia akan melihat jalannya, mungkin menuju syurga
atau neraka. Jika dia menjadi kafir, maka pasti di dalam neraka, kerana
sesungguhnya syurga diharamkan atas orang kafir. Ini menunjukkan tetapnya
keislaman orang tersebut dan tidak kafirnya dengan sebab dia meninggalkan
zakat, jika dia mengakui kewajipannya, wallahu a’lam.”
[Mauqif Ahlis Sunnah wal Jama’ah min Ahlil Ahwa’
wal Bida’, juz 1, hlm. 178]
8. Urgensi Puasa Ramadan, Rukun Islam Keempat
Adalah Berpuasa Pada Bulan Ramadan.
Rukun Islam keempat adalah berpuasa pada bulan Ramadan iaitu beribadah kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dengan menahan perkara yang membatalkan puasa, semenjak terbit fajar shadiq sampai tenggelam matahari. Umat telah sepakat tentang kewajiban puasa Ramadan. Orang yang mengingkarinya adalah kafir dan murtad dari Islam.
Rukun Islam keempat adalah berpuasa pada bulan Ramadan iaitu beribadah kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dengan menahan perkara yang membatalkan puasa, semenjak terbit fajar shadiq sampai tenggelam matahari. Umat telah sepakat tentang kewajiban puasa Ramadan. Orang yang mengingkarinya adalah kafir dan murtad dari Islam.
9. Kedudukan Haji
Rukun Islam kelima adalah haji iaitu beribadah kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dengan pergi ke kota Mekah untuk menunaikan ibadah haji. Kewajipan haji ini bagi orang yang memiliki kemampuan, yang mencakup tiga perkara. Pertama, sihat jasmani. Kedua, bekal yang cukup untuk pergi dan pulang, bagi dirinya mahupun bagi keluarganya yang ditinggalkan. Ketiga, keamanan perjalanan menuju tanah suci.
Orang Islam yang memiliki kemampuan, namun tidak
berhaji, maka dia benar-benar terhalang dari kebaikan. Nabi MUHAMMAD SHALLALLAHU
‘ALAIHI WA SALLAM bersabda:
إِنَّ اللهَ يَقُوْلُ: إِنَّ
عَبْدًا صَحَّحْتُ لَهُ جِسْمَهُ وَ وَسَّعْتُ عَلَيْهِ فِيْ الْمَعِيْشَةِ يَمْضِى
عَلَيْهِ خَمْسَةُ أَعْوَامٍ لاَ يَفِدُ إِلَيَّ لَمَحْرُوْمٌ
Sesungguhnya ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA befirman :
“Sesungguhnya seorang hamba
yang telahKu sehatkan badannya, dan telahKu lapangkan penghidupannya, telah
berlalu lima tahun, dia tidak datang kepadaKu, dia benar-benar orang yang
terhalang dari kebaikan.”
[HR Ibnu Hibban, Abu Ya’la, dan al Baihaqi.
Dishahihkan oleh Syaikh Salim al Hilali di dalam Mausu’ah al Manahi asy
Syar’iyyah, juz 2, hlm. 100].
10. Kewajipan Memahami Hadits Dengan Memahami Hadits-Hadits
Yang Semakna.
Contoh di dalam riwayat Imam Bukhari disebutkan, haji didahulukan daripada puasa. Namun di dalam sebuah riwayat Imam Muslim disebutkan, puasa didahulukan daripada haji. Ini mengisyaratkan bahawa lafazh riwayat Imam Bukhari diriwayatkan dengan makna. [Lihat Fathul Bari, syarah hadits no. 8].
Contoh di dalam riwayat Imam Bukhari disebutkan, haji didahulukan daripada puasa. Namun di dalam sebuah riwayat Imam Muslim disebutkan, puasa didahulukan daripada haji. Ini mengisyaratkan bahawa lafazh riwayat Imam Bukhari diriwayatkan dengan makna. [Lihat Fathul Bari, syarah hadits no. 8].
11. Agama Islam Bukan Lima ini Saja
Hadits ini menjelaskan lima dasar atau rukun agama Islam. Ini bererti, agama Islam bukan hanya lima ini saja, tetapi lima ini adalah rukunnya. Bahkan kita wajib masuk ke dalam agama Islam ini secara keseluruhan, baik dalam masalah aqidah, ibadah, mu’amalah, pakaian dan lain-lain, dari ajaran agama Islam yang ada di dalam al Kitab dan as Sunnah. ALLAH AZZA WA JALLA berfirman:
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ
ءَامَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَآفَّةً وَلاَ تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ
الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينُُ
“Hai orang-orang yang
beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turut
langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.”
[al Baqarah : 208].
12. Mengapa JIhad Tidak Termasuk Rukun Islam
Al Hafizh Ibnu Hajar berkata,”Jihad tidak disebut, kerana (hukumnya) fardhu kifayah. Jihad tidaklah fardhu ‘ain, kecuali pada beberapa keadaan. Oleh kerana itu, Ibnu Umar Radhiyallahu ‘anhuma menjadikannya sebagai jawapan terhadap orang yang bertanya (kepadanya). Di dalam akhir (hadits) riwayat (Imam) Abdurrazaq terdapat tambahan “dan jihad itu termasuk amalan yang baik.”
[Fathul Bari Syarah Shahih Bukhari, hadits no. 8]
Imam Ibnu Rajab menyebutkan dua alasan tidak
disebutkannya jihad di dalam rukun Islam yang lima.
Pertama : Bahawa jihad hukumnya fardhu kifayah, menurut majoriti ulama, sedangkan lima rukun ini fardhu ‘ain.
Kedua : Bahawa jihad akan berhenti di akhir zaman, iaitu
setelah turunnya Nabi Isa. Waktu itu, agama yang ada hanya Islam, sehingga
tidak ada jihad. Adapun lima rukun ini merupakan kewajipan mukminin sampai hari
Kiamat.
[Lihat Jami’ul ‘Ulum wal Hikam, juz 1, hlm. 152].
Demikian sedikit keterangan tentang hadits yang
agung ini. Semoga bermanfaat bagi penyusun dan para pembaca.
[Disalin dari majalah As-Sunnah Edisi 03/Tahun
X/1427H/2006M Diterbitkan Yayasan Lajnah Istiqomah Surakarta, Jl. Solo –
Purwodadi Km. 8 Selokaton Gondangrejo Solo 57183 Telp. 08121533647,
08157579296]
Sumber : https://almanhaj.or.id/2954-lima-rukun-islam.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan