Sudah menjadi kebiasaan
kalau malam Jumaat banyak tersebar kicauan atau status di sosial media (dari
orang yang biasanya tidak faham agama) yang isinya berkisar pada perkataan
“Sunnah Rasul”.
Begitu juga dalam pergaulan sehari-hari di dunia nyata, istilah tersebut juga sering terdengar. Menurut mereka, istilah “Sunnah Rasul” yang popular di malam Jumaat adalah penghalusan dari hubungan suami isteri. Cuba lihat sejenak hasil penelusuran, bagaimana ribuan kicauan seperti berlumba-lumba menyebut istilah “Sunnah Rasul”:
'لاَحوْلَ وَلاَ قُوَّة
اِلاَّبِاللّهِ.
Bagi mereka yang muslim
dalam mengucapkan istilah itu boleh jadi kerana ingin menutupi sesuatu yang
dianggap vulgar / tabu baginya bila disampaikan dalam ruang umum, tetapi
akibatnya fatal, kerana telah menyempitkan erti dari sumber hukum kedua setelah
Al Quran menjadi hanya sebuah aktiviti seks belaka.
Sedangkan bagi mereka yang berhati fasik dijangkiti penyakit islamophobia dalam mengucapkan istilah itu boleh jadi hanya ingin mengolok-olok, kerana baginya ajaran Islam identik dengan urusan seks atau selangkangan. Sehingga tidak segan-segan melecehkan Rasulullah ﷺ dan tidak sedikit ada yang posting gambar-gambar wanita setengah telanjang dengan ditambahkannya teks bertulisan, "Jangan lupa ya malam ini malam sunnah rasul."
Ini jelas pelecahan. Semoga
ALLAH SUBHANAHU
WA TAALA memberi hidayah kepada mereka semua. Lalu, dari mana asalnya muncul
istilah “Sunnah Rasul” yang diidentikkan dengan aktiviti ML? Biasanya berawal
dari hadits ini:
“Barangsiapa melakukan hubungan suami isteri di malam Jumaat (khamis malam) maka pahalanya sama dengan membunuh 100 Yahudi.”
Dalam hadits yang lain ada
disebutkan sama dengan membunuh 1000, ada juga yang menyebut 7000 Yahudi.
Hadits di atas di atas
adalah sama sekali bukan hadits, itu karangan oleh orang iseng, orang tidak
jelas, dan tidak bertanggungjawab yang mengatasnamakan Rasulullah ﷺ.
Semoga ALLAH SUBHANAHU WA TAALA membalasnya atas perbuatannya kerana telah berdusta atas nama Rasulullah ﷺ.
Semoga ALLAH SUBHANAHU WA TAALA membalasnya atas perbuatannya kerana telah berdusta atas nama Rasulullah ﷺ.
Memang ada hadits yang barangkali jadi dalil, namun ada pemahaman yang kurang tepat yang difahami oleh mereka. Dari Aus bin Aus, ia berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda,
مَنْ اغْتَسَلَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ وَغَسَّلَ ، وَبَكَّرَ وَابْتَكَرَ ، وَدَنَا وَاسْتَمَعَ وَأَنْصَتَ ، كَانَ لَهُ بِكُلِّ خُطْوَةٍ يَخْطُوهَا أَجْرُ سَنَةٍ صِيَامُهَا وَقِيَامُهَا
“Barangsiapa yang mandi
pada hari Jumaat dengan mencuci kepala dan anggota badan lainnya, lalu ia pergi
di awal waktu atau ia pergi dan mendapati khutbah pertama, lalu ia mendekat
pada imam, mendengar khutbah serta diam, maka setiap langkah kakinya terhitung
seperti puasa dan solat setahun.”
(HR.Tirmidzi no. 496.
Syaikh Al Albani mengatakan bahawa hadits ini shahih)
Ada ulama yang menafsirkan maksud hadits penyebutan mandi dengan ghosala bermakna mencuci kepala, sedangkan ightasala bererti mencuci anggota badan lainnya. Demikian disebutkan dalam Tuhfatul Ahwadzi, 3: 3. Bahkan inilah makna yang lebih tepat.
Ada tafsiran lain mengenai
makna mandi dalam hadits di atas. Sebagaimana kata Ibnul Qayyim dalam Zaadul
Ma’ad, Imam Ahmad berkata, makna ghossala adalah menyetubuhi isteri.
Demikian ditafsirkan pula oleh Waki’. Tafsiran di atas disebutkan pula dalam Fathul Bari 2: 366 dan Tuhfatul Ahwadzi, 3: 3. Tentu hubungan intim tersebut mengharuskan untuk mandi junub.Namun kalau kita lihat tekstual hadits di atas, yang dimaksud hubungan intim adalah pada pagi hari pada hari Jumaat, bukan pada malam harinya.
Sebagaimana hal ini difahami oleh para ulama dan mereka tidak memahaminya pada malam Jumaat.
As Suyuthi dalam Tanwirul Hawalik dan beliau menguatkan hadits tersebut berkata: Apakah kalian lemas menyetubuhi isteri kalian pada setiap hari Jumaat (ertinya bukan di malam hari, -pen)? Kerana menyetubuhi saat itu mendapat dua pahala:
(1) Pahala mandi Jumaat,
(2) Pahala menyebabkan isteri
mandi junub (kerana disetubuhi), iaitu hadits yang dimaksud dikeluarkan oleh Al
Baihaqi dalam Syu’abul Iman dari hadits Abu Hurairah.
.
Dan sah-sah saja jika mandi Jumaat digabungkan dengan mandi junub. Imam Nawawi rahimahullah menjelaskan, “Jika seseorang meniatkan mandi junub dan mandi Jumaat sekaligus, maka maksud tersebut dibolehkan.”
.
Dan sah-sah saja jika mandi Jumaat digabungkan dengan mandi junub. Imam Nawawi rahimahullah menjelaskan, “Jika seseorang meniatkan mandi junub dan mandi Jumaat sekaligus, maka maksud tersebut dibolehkan.”
(Al Majmu’, 1: 326)
Intinya, Jadi yang
dianjurkan adalah hubungan intim pada pagi hari ketika mahu berangkat Jumaatan,
bukan di malam hari yang malah jadi bahan olokan bagi orang-orang awam juga
orang-orang fasik. Tentang anjurannya pun masih diperselisihkan oleh para ulama
kerana tafsiran yang berbeza dari mereka mengenai hadits yang kami bawakan
diawal. Wallahu a’lam.
Apakah ada Sunnah Rasul
yang ada keterkaitannya dengan aktiviti pada hari Jumaat (atau malam Jumaat)?
Ada. Hadits di bawah ini
shahih.
1. Memperbanyak membaca selawat.
Rasulullah ﷺ bersabda:
“Perbanyaklah selawat kepadaku pada pada hari Jumaat dan malam Jumaat. Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali nescaya Allah berselawat kepadanya sepuluh kali.”
(HR. Al Baihaqi)
2. Dianjurkan membaca Surah
Al Kahfi
Rasulullah ﷺ bersabda:
“Barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat akan diberikan cahaya baginya diantara dua Jumaat.”
(HR. An Nasa’i dan Baihaqi)
3. Memperbanyak doa setelah
solat Asar.
Daripada Jabir bin Abdillah, dari Rasulullah ﷺ bersabda,
“Hari Jumaat adalah dua
belas jam. Di dalamnya terdapat satu waktu di mana tidaklah seorang muslim
memohon sesuatu kepada Allah pada saat itu, melainkan Allah akan
mengabulkannya. Maka carilah ia pada saat-saat terakhir setelah solat Asar.”
[HR. An-Nasa’i nombor 1388]
4.Membaca surah As-Sajdah
dan Al-Insan dalam Solat Subuh. Rasulullah ﷺ bersabda:
“Nabi ﷺ biasa membaca pada
solat Subuh di hari Jumaat “Alam Tanzil …” (surah As Sajdah) pada rakaat
pertama dan “Hal ataa ‘alal insaani hiinum minad dahri lam yakun syai-am
madzkuro” (surah Al Insan) pada rakaat kedua.”
(HR. Muslim)
Dan dianjurkan ketika di rakaat pertama sampai pada bacaan ayat ke 15, imam sujud diikuti oleh makmum. Setelah sujud, imam berdiri kembali membaca ayat selanjutnya sampai selesai. Solat Jumaat, Rasulullah ﷺ bersabda:
“Solat Jumaat itu wajib atas tiap muslim dilaksanakan secara berjamaah terkecuali empat golongan iaitu hamba sahaya, perempuan, anak kecil dan orang sakit.”
(HR.Abu Daud dan Al Hakim)
Jadi, kalau bicara Sunnah Rasul di hari Jumaat dan malam Jumaat, ya silakan kaitkan dengan 4 aktiviti yang disebutkan di atas. Jangan dikaitkan dengan ML.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan