Banyak orang
yang dengan sesuka hatinya bercanda, tak segan berdusta dengan alasan bercanda.
Padahal berdusta dalam bercanda ini tidak dibolehkan. Rasulullah Shallallahu
‘alaihi wa salam bersabda:
ﺃَﻧَﺎ ﺯَﻋِﻴﻢٌ ﺑِﺒَﻴْﺖ ﻓِﻲ ﺭَﺑَﺾِ ﺍﻟْﺠَﻨّّﺔِ ﻟِﻤَﻦْ ﺗَﺮَﻙَ ﺍﻟْﻤِﺮَﺍﺀَ ﻭَﺇِﻥْ ﻛََﺎﻥَ ﻣُﺤﻘًّﺎ ﻭَﺑِﺒَﻴْﺖٍ ﻓِﻲ ﻭَﺳَﻂ ﺍﻟْﺠَﻨَّﺔِ ﻟِﻤَﻦْ ﺗَﺮَﻙَ ﺍﻟْﻜَﺬِ ﺏَ ﻭَﺇِﻥْ ﻛَﺎﻥَ ﻣَﺎﺯِ ﺣًﺎ ﻭَﺑِﺒَﻴﺖِ ﻓِﻲ ﺃَﻏﻠَﻰ ﺍﻟْﺠَﻨَّﺔِ ﻟِﻤَﻦْ ﺣَﺴَّﻦَ ﺧُﻠُﻘَﻪُ
“Aku menjamin
dengan sebuah istana di bahagian tepi syurga bagi
orang yang meninggalkan debat meskipun ia berada di pihak yang benar, sebuah
istana di bahagian tengah syurga bagi orang yang meninggalkan dusta meski ia
sedang bercanda, dan istana di bahagian atas syurga bagi seorang yang
memperbaiki akhlaknya.”
Demikianlah yang dilakukan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa
salam, beliau tetap berkata jujur meskipun sedang bercanda. Beliau Shallallahu
‘alaihi wa salam bersabda:
ﺇِﻧِّﻲ ﻷَﻣْﺰَﺡُ ﻭَﻻَ ﺃَﻗُﻮْﻝُ ﺇِﻻَّ ﺣَﻘًﺎ
“Sesungguhnya aku juga bercanda, namun aku tidak mengatakan
kecuali yang benar.”
[11]
Oleh kerana itu, tidak boleh berdusta ketika bercanda.
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa salam telah memberikan ancaman terhadap orang
yang berdusta untuk membuat orang lain tertawa dengan sabda beliau Shallallahu
‘alaihi wa salam:
ﻭَﻳْﻞٌ ﻟﻠَّﺬِﻱ ﻳُﺤَﺪِّ ﺙُ ﻓَﻴَﻜْﺬِﺏُ ﻟِﻴُﻀْﺨِﻚَ ﺑِﻪِ ﺍﻟْﻘَﻮْﻡَ ﻭﻳْﻞٌ ﻟَﻪُ ﻭَﻳْﻞٌ ﻟَﻪُ
“Celakalah seseorang yang berbicara dusta untuk membuat orang
tertawa, celakalah ia, celakalah ia.”
[12]
Apalagi bila dalam candanya itu ia menyebut aib dan rahsia
orang lain, atau mencela dan mengejek orang lain.
Diriwayatkan oleh
ath-Thabrâni dalam al-Kabir (XII/13443). Lihat Shahîh al-Jâmi’
(2494). [12]. Diriwayatkan oleh Ahmad
(V/5), Abu Daud (4990), at-Tirmidzi (2315). Lihat Shahîh al-Jâmi’ (7126).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan