Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Rabu, 18 Mac 2020

V 43 : JANGAN TERUS MENCARI TAPI MENJADILAH

Sebahagian lelaki berkata, "Betapa sulitnya menemukan wanita solehah di zaman sekarang,” dan sebahagian wanita juga berkata, "Betapa susahnya mencari lelaki soleh saat ini."
Mungkin pernyataan di atas ada benarnya juga walaupun tidak mutlak, akan tetapi yang lebih penting, alangkah baiknya kalau pernyataan tersebut kita tujukan untuk diri sendiri terlebih dahulu sebelum diucapkan kepada orang lain.
"Sudah menjadi lelaki solehkah diriku? Sudah menjadi wanita solehahkah diriku?"
Kadang kita terlalu sibuk untuk menilai orang lain sehingga kita lupa menilai diri sendiri. Kita terlalu sibuk mencari seseorang yang menurut kita soleh atau solehah. Kita terlalu sibuk mencari yang baik. Sementara kita sendiri lupa untuk berusaha menjadi yang soleh atau solehah.
Seharusnya, muncul satu pertanyaan, "Sudah pantaskah kita berharap untuk boleh mendapatkan yang soleh atau solehah?" Jawapannya berpulang pada diri kita masing-masing. Jangan bermimpi mendapatkan wanita solehah kalau masih belum mampu menjadi lelaki soleh. Jangan bermimpi mendapatkan lelaki soleh kalau belum mampu menjadi wanita solehah.
Sebuah solusi yang tepat, In Shaa ALLAH. Tak perlu bersusah payah untuk mencari yang soleh atau solehah. Tapi menjadilah soleh atau solehah terlebih dahulu. Kerana apa?
Kerana ALLAH AZZA WA JALLA telah menyiapkan pasangan yang sesuai dengan jati diri kita. Yang sesuai dengan keperibadian kita. Yang sesuai dengan kadar keimanan dan ketakwaan kita.
“Janganlah kamu mencintai seseorang dengan cara yang berlebihan, kerana boleh jadi suatu ketika nanti kau akan malah balik membencinya. Begitu pula dengan benci, janganlah kamu membenci seseorang dengan mendalam, kerana boleh jadi pada suatu hari nanti kamu malah balik mencintainya.”
(Ali bin Abi Thalib ra).

Dok: Pernikahan Alhabib Munzir Musawwa - di Tarim.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan