Islam ialah
agama yang dibawa oleh RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM iaitu agama yang diredai oleh ALLAH SUBHANAHU WA TAALA ALLAH SUBHANAHU
WA TAALA.
Perkataan Islam itu ertinya : menyerah diri dan menurut perintah.
Rukun Islam :
Rukun Islam
itu lima perkara :
Pertama : mengucap dua kalimah syahadah
Kedua : sembahyang sehari semalam lima waktu
Ketiga : memberi zakat (dan fitrah)
Keempat : puasa Ramadhan
Kelima : mengerjakan haji (dan umrah) ke Baitillah Al-Haram
Rukun Islam yang Pertama
Kalimah
Syahadah
Rukun Islam
yang pertama ialah mengucap dua kalimah syahadah iaitu :
“Aku
mengaku(bersaksi) bahawa tiada tuhan yang sebenarnya melainkan Allah dan aku
mengaku(bersaksi) bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.”
Hendaklah disertakan
dengan mengucap dua kalimah syahadah itu membenarkan dengan hati bahawa tiada
tuhan yang sebenar melainkan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dan bahawa Nabi Muhammad itu sebenarnya Rasul (pesuruh) yang diutuskan
oleh ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA kepada sekelian alam ini.
Kandungan
Kalimah Syahadah :
Di dalam dua
kalimah syahadah itu terkandunglah kepercayaan kepada ketuhanan yang sebenar
dan kepercayaan kepada Rasul.
Seseorang
yang berlafaz dengan dua kalimah syahadah itu adalah memberi pengakuan akan
adanya tuhan yang sebenar iaitu ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dan memberi pengakuan bahawa sebenarnya Tuhan telah mengutuskan
Rasulnya kepada sekelian alam ini iaitu NABI MUHAMMAD
SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM.
Syarat-
syarat Sah Syahadah :
Apabila
seorang bukan Islam mengucap ia akan dua kalimah syahadah itu serta dengan
kepercayaan di dalam hatinya maka jadilah ia seorang Islam dan terpeliharalah
dirinya, hartanya, dan nyawanya seperti mana terpeliharanya diri harta dan
nyawa seorang Islam.
Maka syarat
sah syahadah itu enam perkara :
Pertama :
hendaklah tertib lafaz-lafaz syahadah itu seperti yang dinyatakan itu.
Kedua :
hendaklah melafazkan kedua-dua kalimah syahadah itu dengan berturut-turut.
Ketiga :
hendaklah faham akan makna kedua-duanya.
Keempat :
hendaklah mendustakan sekilan perkara yang menyalahi bagi maksudnya syahadah
itu.
Kelima :
hendaklah menggunakan perkataan “أشهد” pada keduanya.
Keenam :
jangan syak pada keduanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan