Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Selasa, 26 Januari 2021

V 132 : ASMAUL HUSNA ( 39. AL MUQIT )

 AL MUQIT  ( المقيت )

 ALLAH Yaa Muqit Yang Maha Memberi Kekuatan dan Kecukupan. ALLAH Yaa Muqit juga menggenggam manusia. ALLAH Yaa Muqit mencukupkan keperluan manusia, berkuasa ke atas manusia serta mampu menggenggam manusia mengikut kehendakNYA. ALLAH Yaa Muqit  juga mencukupkan rasa kebahagiaan dan kepuasan kepada hamba-hambaNYA hasil daripada amalan dan ketaatan hamba itu kepada ALLAH.

 Penghayatan kepada Al Muqit melahirkan manusia yang tidak pernah berputus asa kerana kemampuan dan kekuatan yang cukup yang diberikan oleh ALLAH kepada kita untuk melakukan tugas dan amanah di atas dunia ini. Mereka akan sentiasa disuntik dengan kekuatan-kekuatan baru. Sifat Al Muqit juga akan melahirkan insan yang mengambil berat hal orang lain, suka menolong orang yang sedih, menderita, lapar dan sakit. Hidup juga tidak disia-siakan kerana sedar kematian pasti akan datang kerana itu menggunakan kekuatan ALLAH Yaa Muqit untuk melakukan kebaikan dan kebajikan.

 

BICARA HATI

 Allahumma Yaa Muqit Yang Maha mencukupkan, Engkau mencukupkan segala keperluan hambaMu dalam hidup ini. Bagi orang-orang yang beriman mahupun kafir, Engkau Yaa Muqit mencukupkan keperluan dunia kami dan untuk hambaMu yang beriman, Engkau cukupkan keperluan dunia dan akhirat bagi kami. Yaa Muqit Yaa Razzaq, Engkau sentiasa mencukupkan rezeki dunia bagi kami, tetapi kami yang sering merasai ketidakcukupan sehingga mencari-cari untuk menambah lagi harta dunia yang fana' ini, sehingga lalailah kami tentang akhirat.

 Lalu Engkau ingin mencukupkan bekalan akhirat kami dengan menghalang rezeki dunia dari datang kepada kami, dengan mencipta pelbagai peristiwa yang pedih dan perit dalam hidup ini sebagai mencukupkan bekalan akhirat dengan pahala sabar dan redha. Yaa Allah Yaa Muqit, cukupkanlah segala keperluan kami untuk mengadapMu nanti agar kami terselamat dari azabMu Yaa Muntaqim.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan