AL KARIM ( الكريم )
ALLAH Yaa Karim Yang Maha Mulia, Maha
Pemurah, Maha Dermawan. Memberi tanpa hitungan, tidak pernah menghalang
siapapun untuk datang kepadaNYA dan gembira memberi anugerah kepada makhlukNYA.
Kemuliaan ALLAH Yaa Karim juga digambarkan ketika ALLAH memberi pendidikan,
pemeliharaan dan pembaikan kepada makhlukNYA. ALLAH Yaa Karim tak pernah
memutuskan harapan hambaNYA yang meminta kepadaNYA.
Penghayatan kepada sifat Al Karim akan
melahirkan hamba yang hanya menuju permintaan dan harap kepada ALLAH Yaa Karim
yang Maha Mulia dan Pemurah serta mengabulkan doa dan mampu melahirkan orang
yang berfikiran positif kerana yakin dengan pertolongan ALLAH dan mereka akan
sentiasa bertaqwa dan bertawakkal kepadaNYA. Orang yang menghayati sifat Al Karim
akan sentiasa bersifat dermawan sesama manusia walaupun DIA dalam keadaan susah
atau senang.
BICARA HATI
Allahumma Yaa Karim Yang Maha Mulia lagi
Maha Memberi. Engkau memberi tanpa perlu meminta. Engkau Yaa Karim Yaa
Muqit memberi secukupnya kepada hamba-hambaMu. Engkau Yaa Karim Yaa Bashir
sentiasa memberi segala keperluan hambaMu kerana Engkau sentiasa melihat
keadaan hambaMu. Engkau Yaa Khabir Yaa Roqib sentiasa waspada dan mengawasi
hamba-hambaMu dan memberi pertolongan bila hambaMu memerlukan. Ketika Engkau Yaa
Karim ingin memberi, seringkali Engkau detikkan hati hambaMu untuk berdoa dan
berbicara kepadaMu sebagai menunjukkan dhaif dan hinanya kami hamba-hambaMu,
menundukkan ego dan nafsu ammarah kami.
Mulianya ALLAH Yaa Karim, Engkau hanya
memberi pemberian yang mulia kepada hambaMu yang Engkau muliakan yakni ilmu
makrifatullah dan syurga abadi. Dengan ilmu makrifatullah Engkau bawa
hamba-hambaMu mengenalMu dan mencintaiMu, dan Engkau bawa kepada jalan
pencintaMu iaitu jalan RASULULLAH
SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM.
Masukkan kami Yaa Rahman Yaa Rahim Yaa Jami’ dalam golongan orang-orang yang
Engkau muliakan ini Yaa Karim, istiqomahkan kami untuk terus rukuk sujud
mentaatiMu Yaa Ahad Yaa Wahid Yaa Somad. Aturkan lidah kami Yaa Baari’, izinkan
kami sentiasa menyebut-nyebut nama-namaMu dan berbicara denganMu dikala orang
lain masih lena berselimut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan