Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Rabu, 19 Jun 2013

Bab 212 Keutamaan Bangun Solat Di Waktu Malam




Allah Taala berfirman:

Yang Bermaksud : "Dan dari sebahagian waktu malam, maka lakukanlah solat Tahajud, sebagai suatu amalan sunnah untukmu, mudah-mudahan Tuhanmu akan mengangkatmu ke tempat yang terpuji." 
(al-lsra': 79)

Allah Taala berfirman pula:

Yang Bermaksud : "Mereka sama meninggalkan tempat-tempat pembaringannya untuk melakukan ibadat di waktu malam." 
(as-Sajdah: 16)

Allah Taala juga berfirman:

Yang Bermaksud : "Mereka itu sedikit sekali dari waktu malam yang mereka pergunakan untuk tidur." 
(az-Zariyat: 17)

1157. Daripada Aisyah radhiallahu 'anha, katanya: 

Yang Bermaksud : "Nabi s.a.w. itu berdiri untuk bersolat malam, sehingga pecah-pecah kedua tapak kakinya. Saya berkata kepadanya: "Mengapa Tuan mengerjakan sedemikian ini, ya Rasulullah, padahal sudah diampunkan untuk Tuan dosa-dosa Tuan yang dahulu dan yang kemudian?" beliau s.a.w. lalu bersabda: "Tidakkah saya ini seorang hamba yang banyak bersyukur." 
(Muttafaq 'alaih)

Diriwayatkan dari al-Mughirah sedemikian itu pula. 
(Muttafaq 'alaih)

1158. Daripada Ali r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. mendatanginya dan Fatimah di waktu malam, lalu beliau s.a.w. bersabda: 

Yang Bermaksud : "Apakah engkau berdua tidak bersolat?" 
(Muttafaq 'alaih)

Tharaqahu ertinya mendatangi di waktu malam.

1159. Daripada Salim bin Abdullah bin Umar bin al-Khaththab radhiallhu 'anhum dari ayahnya bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda: 

Yang Bermaksud : "Sebagus-bagus orang lelaki ialah Abdullah, andaikata ia suka bersolat di waktu malam." Salim berkata: "Sejak saat itu Abdullah tidak tidur di waktu malam, kecuali sebentar sekali."
(Muttafaq 'alaih)

1160. Daripada Abdullah bin 'Amr bin al-'Ash radhiallahu 'anhuma, katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Hai Abdullah, janganlah engkau menjadi seperti si Fulan itu. Dulu ia suka sekali bangun bersolat di waktu malam, tetapi kini meninggalkan bangun solat waktu malam itu." 
(Muttafaq 'alaih)

1161. Daripada Ibnu Mas'ud r.a., katanya: "Ada seorang lelaki yang disebut-sebut di sisi Nabi s.a.w., iaitu bahawa orang tersebut tidur di waktu malam sampai pagi yakni tidak bangun untuk bersolat malam, lalu beliau s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Orang itu sudah dikencingi oleh syaitan dalam kedua telinganya" atau beliau s.a.w. bersabda: "di telinganya." 
(Muttafaq 'alaih)

1162. Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Syaitan itu memberikan ikatan pada ujung kepala seseorang di antara engkau semua sebanyak tiga buah, jikalau ia tidur. la membuat ketentuan pada setiap ikatan itu dengan kata-kata yang berbunyi: "Engkau memperoleh malam panjang, maka tidurlah terus!" Jikalau orang itu bangun lalu berzikir kepada Allah Taala maka terurailah sebuah ikatan dari dirinya, selanjutnya jikalau ia terus berwuduk, lalu terurai pulalah ikatan satunya lagi dan seterusnya, jikalau ia bersolat, maka terurailah ikatan seluruhnya, sehingga berpagi-pagi ia telah menjadi bersemangat serta berhati gembira. Tetapi jikalau tidak sebagaimana yang tersebut di atas, maka ia berpagi-pagi menjadi orang yang berhati buruk serta pemalas." 
(Muttafaq 'alaih)

Qafiyatur ra'si iaitu ujung penghabisan dari kepala.

1163. Daripada Abdullah bin Salam r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Hai sekalian manusia, ratakanlah salam, berikanlah makanan, bersolatlah di waktu malam sedang para manusia sedang tidur, maka engkau semua akan dapat memasuki syurga dengan selamat."
Diriwayatkan oleh-lmam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih.

1164. Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Seutama-utama puasa bulan Ramadan ialah bulan Allah yang dimuliakan yakni berpuasa dalam bulan Muharam, sedang seutama-utamanya solat sesudah solat fardhu ialah solat di waktu malam." 
(Riwayat Muslim)

1165. Daripada Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Solat sunnah di waktu malam itu dua rakaat dua rakaat, maka jikalau engkau takut masuknya solat Subuh, maka berwitirlah dengan serakaat." 
(Muttafaq 'alaih)

1166. Daripada Ibnu Umar r.a. pula, katanya:

"Nabi s.a.w. itu bersolat di waktu malam dua rakaat dan berwitir dengan serakaat."
(Muttafaq 'alaih)

1167. Daripada Anas r.a., katanya: 

"Rasulullah s.a.w. berbuka tidak berpuasa dari sebulan penuh, sehingga kita menyangka bahawa beliau s.a.w. tidak pernah berpuasa dalam bulan itu, tetapi kadang-kadang beliau s.a.w. berpuasa dari sebulan penuh, sehingga kita menyangka bahawa beliau s.a.w. tidak pernah berbuka sedikitpun dalam bulan itu. Tidaklah engkau menginginkan hendak melihat beliau bersolat dari waktu malam, melainkan engkau akan dapat melihat beliau s.a.w. bersolat, tetapi tidaklah engkau menginginkan beliau s.a.w. tidur, melainkan engkau akan dapat melihat beliau s.a.w. sedang tidur." Maksudnya antara solat malam dengan tidurnya itu demikian teratur waktunya, juga dilakukan tanpa berlebih-lebihan antara keduanya itu yakni sedang.”
(Riwayat Bukhari)

1168. Daripada Aisyah radhiallahu 'anha bahawasanya Rasulullah s.a.w. itu bersolat sebelas rakaat, yakni di waktu malam. Beliau bersujud sekali sujud dari rakaat-rakaat tadi sekira seseorang dari engkau semua membaca lima puluh ayat sebelum beliau mengangkat kepalanya. Beliau s.a.w. juga mengerjakan solat dua rakaat sebelum solat Fajar yakni Subuh, kemudian berbaringlah pada belahan tubuhnya yang kanan sesudah bersolat sunnah dua rakaat tadi, sehingga datanglah pada beliau itu orang yang mengajaknya untuk bersolat Subuh dengan jemaah. 
(Riwayat Bukhari)

1169. Daripada Aisyah radhiallahu 'anha pula, katanya: 

Yang Bermaksud : "Rasulullah s.a.w. tidak pernah menambah lebih dari sebelas rakaat sunnah, baik dalam bulan Ramadan ataupun selain Ramadan. Beliau s.a.w. bersolat empat rakaat, maka janganlah engkau bertanya betapa indah dan panjangnya, kemudian bersolat lagi empat rakaat, maka jangan pula engkau bertanya betapa indah dan panjangnya, kemudian bersolat tiga rakaat.
Saya yakni Aisyah lalu bertanya: "Ya Rasulullah, apakah Tuan juga tidur sebelum berwitir?" Beliau s.a.w. menjawab: "Hai Aisyah, sesungguhnya kedua mataku itu tidur, tetapi hatiku tidaklah tidur." 
(Muttafaq 'alaih)

1170. Daripada Aisyah radhiallahu 'anha pula bahawasanya Nabi s.a.w. itu tidur di permulaan malam dan bangun pada akhir malam lalu bersolat."
(Muttafaq 'alaih)

1171. Daripada Ibnu Mas'ud r.a., katanya: 

Yang Bermaksud : "Saya bersolat bersama Nabi s.a.w. pada suatu malam, maka tidak habis-habisnya beliau s.a.w. itu berdiri sehingga saya bermaksud untuk melakukan sesuatu yang buruk." la ditanya: "Apakah yang hendak engkau maksudkan?" la menjawab: "Saya bermaksud untuk duduk dari meninggalkan beliau s.a.w. yakni tidak meneruskan ikut berjamaah dengan Nabi s.a.w. dan akan bersolat munfarid." 
(Muttafaq 'alaih)

1172. Daripada Hudzaifah r.a., katanya: 

Yang Bermaksud : "Saya bersolat beserta Nabi s.a.w. pada suatu malam, maka beliau membuka dalam rakaat pertama dengan surat Al-Baqarah. Saya berkata: "Beliau rukuk pada ayat ke seratus, kemudian berlalulah." Saya berkata: "Beliau bersolat dengan bacaan tadi itu dalam satu rakaat, kemudian berlalu."
Selanjutnya saya berkata: "Beliau rukuk dengan bacaan di atas itu, kemudian membuka dalam rakaat kedua dengan surat an-Nisa' lalu membacanya, kemudian membuka lagi sebagai lanjutannya surat ali-lmran, kemudian membacanya. Beliau s.a.w. membacanya itu dengan rapi sekali tidak tergesa-gesa, jikalau melalui ayat yang di dalamnya mengandung pentasbihan memaha sucikan beliaupun mengucapkan tasbih, jikalau melalui ayat yang mengandung suatu permohonan, beliaupun memohon, jikalau melalui ayat yang menyatakan berta'awwudz mohon perlindungan kepada Allah dari sesuatu yang tidak baik beliaupun berta'awwudz mohon perlindungan.
Kemudian beliau s.a.w. rukuk dan di situ beliau mengucapkan: Subhana rabbial 'azhim. Rukuknya adalah seumpama saja dengan berdirinya yakni perihal lamanya hampir persamaan belaka, selanjutnya beliau rriengucapkan: Sami'allahu liman hamidah Rabbana lakal hamd, lalu berdiri dengan berdiri yang lama mendekati rukuknya tadi. Seterusnya beliau bersujud lalu mengucapkan: Subhana rabbial ala, maka sujudnya itu mendekati pula akan berdirinya tentang lama waktunya.” 
(Riwayat Muslim)

1173. Daripada Jabir r.a.,katanya: 

Yang Bermaksud : "Rasulullah s.a.w. ditanya: "Solat apakah yang lebih utama?" Beliau s.a.w. menjawab: "Iaitu panjangnya berdiri."
(Riwayat Muslim)
Yang dimaksud dengan lafaz alqunut ialah berdiri.

1174. Daripada Abdullah bin 'Amr bin al-'Ash radhiallahu 'anhuma bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda padanya:

Yang Bermaksud : "Solat yang paling dicintai oleh Allah ialah solatnya Daud dan puasa yang paling dicintai oleh Allah ialah puasanya Daud. la tidur separuh malam, bangun solat yang sepertiganya dan tidur yang seperenamnya. la berpuasa sehari dan berbuka yakni tidak berpuasa sehari." 
(Muttafaq 'alaih)

1175. Daripada Jabir r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: 

Yang Bermaksud : "Sesungguhnya di waktu malam itu nescayalah ada suatu saat yang tidak dicocoki oleh seseorang Muslim yang di waktu itu memohonkan suatu kenaikan kepada Allah, baik dari urusan ke duniaan atau akhirat, melainkan Allah akan memperkenankan permohonannya tadi. Yang sedemikian ini ada di setiap malam."
(Riwayat Muslim)

1176. Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Apabila seseorang di antara engkau semua bangun di waktu malam, maka hendaklah membuka memulai solatnya dengan dua rakaat yang ringan." 
(Riwayat Muslim)

1177. Daripada Aisyah radhiallahu 'anha, katanya: 

Yang Bermaksud : "Rasulullah s.a.w. itu apabila bangun di waktu malam, maka beliau membuka memulai solatnya dengan dua rakaat yang ringan." 
(Riwayat Muslim)

1178. Daripada Aisyah radhiallahu 'anha, katanya: 

Yang Bermaksud : "Rasulullah s.a.w. itu apabila terlambat melakukan solat malam kerana sakit atau Iain-Iain, maka beliau s.a.w. bersolat dua belas rakaat di waktu siang harinya." 
(Riwayat Muslim)

1179. Daripada Umar bin al-Khaththab r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Barangsiapa yang tertidur sampai meninggalkan bacaan hizibnya atau sesuatu bahagian dari hizibnya itu yang dibiasakan membaca di waktu malam, lalu ia membacanya di antara solat Fajar Subuh dan solat Zuhur, maka dicatatlah untuknya seolah-olah ia membacanya itu di waktu malam." 
(Riwayat Muslim)

1180. Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Allah merahmati seseorang lelaki yang bangun di waktu malam dan membangunkan isterinya, lalu apabila isterinya enggan, lelakinya itu memercik-mercikkan air di mukanya. Allah juga merahmati seorang wanita yang bangun di waktu malam, lalu bersolat dan membangunkan suaminya dan apabila suaminya itu enggan, lalu memercik-mercikkan air di mukanya."
Diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dengan isnad shahih.

1181. Daripada Abu Hurairah r.a. dan dari Abu Said radhiallahu 'anhuma, keduanya berkata: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Jikalau seseorang lelaki itu membangunkan isterinya di waktu malam, lalu keduanya bersolat atau mengerjakan solat dua rakaat semua, maka dicatatlah termasuk golongan orang-orang lelaki dan perempuan yang ingat kepada Allah."
Diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dengan isnad shahih.

1182. Daripada Aisyah radhiallahu 'anha bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Jikalau seseorang di antara engkau semua mengantuk dalam solat, maka hendaklah ia tidur dulu sehingga lenyaplah rasa mengantuk itu dari dirinya, kerana sesungguhnya seseorang di antara engkau semua itu jikalau bersolat sedang ia mengantuk, barangkali ia bermaksud hendak memohonkan pengampunan, tetapi lalu memaki-maki dirinya sendiri." 
(Muttafaq 'alaih)

1183. Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Jikalau seseorang di antara engkau semua bangun di waktu malam lalu membaurlah al-Quran itu pada lisannya yakni tidak keruan-keruan lagi bacaannya sebab mengantuk, kemudian ia tidak dapat mengetahui lagi apa yang dibaca olehnya yakni tidak lagi memperhatikan isi dan maknanya, maka baiklah ia berbaring yakni tidur saja dulu." 

(Riwayat Muslim)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan