Allah
Taala berfirman:
Yang
Bermaksud : "Hai
sekalian orang yang beriman! Diwajibkanlah puasa atas engkau semua
sebagaimana yang diwajibkan atas orang-orang yang sebelum engkau semua
itu," sampai kepada firmanNya: "Bulan ramadan yang di dalamnya itu diturunkan
al-Quran, sebagai :petunjuk untuk semua manusia dan merupakan
keterangan-keterangan dari petunjuk dan yang memperbezakan antara kebenaran dan
kesesatan. Maka barangsiapa di antara engkau semua ada yang menyaksikan bulan
Ramadan, hendaklah berpuasa dan barangsiapa yang sakit atau datam perjalanan,
maka berpuasalah menurut hitungan yang tidak dipuasainya itu pada bari-hari
yang lain," sampai
akhirnya ayat.
(al-Baqarah:
183)
1212.
Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Allah
'Azzawajalla berfirman dalam Hadis qudsi: "Semua amal perbuatan anak
Adam yakni manusia itu adalah untuknya, melainkan berpuasa, kerana
sesungguhnya puasa itu adalah untukKu dan saya akan memberikan balasan
dengannya. Puasa adalah sebagai perisai dari kemaksiatan serta dari neraka.
Maka dari itu, apabila pada hari seseorang di antara engkau semua itu berpuasa,
janganlah ia bercakap-cakap yang kotor dan jangan pula bertengkar. Apabila ia
dimaki-maki oleh seseorang atau dilawan bermusuhan, maka hendaklah ia berkata:
"Sesungguhnya saya adalah berpuasa." Demi Zat yang jiwa Muhammad ada
di dalam genggaman kekuasaanNya, nescayalah bau bacin dari mulut seseorang yang
berpuasa itu lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kasturi. Seseorang
yang berpuasa itu mempunyai dua kegembiraan dan ia dapat merasakan
kesenangannya, iaitu apabila ia berbuka, iapun bergembiralah dan apabila telah
bertemu dengan Tuhannya, iapun gembira dengan adanya amalan puasanya."
(Muttafaq
'alaih)
Dan ini
adalah lafaz riwayat Imam Bukhari.
Dalam
riwayat Imam Bukhari yang lain disebutkan: Allah berfirman dalam Hadis qudsi:
Yang
Bermaksud : "Orang
yang berpuasa itu meninggalkan makan, minum dan syahwatnya kerana taat pada
perintahKu. Puasa adalah untukKu dan Aku akan memberikan balasannya, sedang
sesuatu kebaikan itu dibalas dengan sepuluh kali lipat gandanya."
Dalam
riwayat Imam Muslim disebutkan:
Yang
Bermaksud : "Setiap
amal perbuatan anak Adam yakni manusia itu, yang berupa kebaikan akan
dilipatgandakan pahalanya dengan sepuluh kalinya sehingga tujuh ratus kali
lipatnya."
Allah
Taala berfirman:
Yang
Bermaksud : "Melainkan
puasa, kerana sesungguhnya puasa itu adalah untukKu dan Aku akan memberikan
balasannya. Orang yang berpuasa itu meninggalkan kesyahwatannya, juga
makanannya semata-mata kerana ketaatannya pada perintahKu. Seseorang yang
berpuasa itu mempunyai dua macam kegembiraan, sekali kegembiraan di waktu
berbukanya dan sekali lagi kegembiraan di waktu menemui Tuhannya. Nescayalah
bau bacin mulut orang yang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah daripada bau
minyak kasturi."
1213.
Daripada Abu Hurairah r.a. pula bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Barangsiapa
yang menafkahkan sepasang binatang yakni dua ekor kuda, lembu ataupun unta
dalam kepentingan fi-sabilillah, maka ia akan dipanggil dari semua pintu syurga
dengan ucapan: "Hai hamba Allah, inilah yang lebih baik." Maka
jikalau seseorang itu dari golongan ahli solat, ia akan dipanggil dari pintu
Solat, barangsiapa yang termasuk dalam ahli jihad, ia akan dipanggil dari pintu
Jihad, barangsiapa yang termasuk dalam ahli puasa, ia akan dipanggil dari pintu
Rayyan ertinya puas atau kenyang minuman, barangsiapa yang termasuk dalam ahli
sedekah, maka ia dipanggil dari pintu Shadaqah." Abu Bakar r.a. berkata:
"Biabi anta wa ummi ya Rasuiullah, tidak ada kerugian sama sekali bagi
seseorang yang telah dipanggil dari pintu-pintu itu, tetapi apakah ada
seseorang yang dipanggil dari semua pintu itu?" Beliau s.a.w. menjawab: "Ya, ada dan saya
mengharapkan agar anda termasuk dalam golongan orang yang dipanggil dari segala
pintu tadi."
(Muttafaq
'alaih)
1214.
Daripada Sahl bin Sa'ad r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya:
Yang
Bermaksud : "Sesungguhnya
di dalam syurga itu ada sebuah pintu yang disebut pintu Rayyan ertinya:
Puas dan kenyang minum. Dari pintu ini masuklah semua orang yang berpuasa besok
pada hari kiamat. Tidak ada seorang yang selain orang-orang yang berpuasa itu
yang dapat masuk dari pintu itu. Dikatakanlah: "Manakah orang-orang yang
berpuasa." Mereka itu lalu berdiri, lalu tidak seorangpun yang dapat masuk
dari pintu Rayyan tadi selain orang-orang yang berpuasa. Jikalau mereka telah
masuk seluruhnya, lalu pintu itupun ditutuplah, jadi tidak seorangpun lagi yang
dapat memasukinya".
(Muttafaq
'alaih)
1215.
Daripada Abu Said r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Tiada
seorang hambapun yang berpuasa sehari dengan niat fi-sabilillah yakni
semata-mata menuju kepada ketaatan kepada Allah, melainkan Allah akan
menjauhkan wajahnya yakni dirinya kerana puasanya tadi, sejauh perjalanan tujuh
puluh tahun dari neraka."
(Muttafaq
'alaih)
1216.
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Barangsiapa
yang berpuasa Ramadan kerana didorong oleh keimanan dan mengharapkan keredhaan
Allah, maka diampunkanlah untuk dosa-dosanya yang terdahulu."
(Muttafaq
'alaih)
1217.
Daripada Abu Hurairah r.a. pula bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Apabila
bulan Ramadan telah datang, maka dibukalah pintu-pintu syurga, ditutuplah
pintu-pintu neraka dan diikatlah semua syaitan."
(Muttafaq
'alaih)
1218.
Daripada Abu Hurairah r.a, pula bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Berpuasalah
kerana melihat rukyah bulan dan berbukalah kerana melihat bulan. Maka apabila
terhalang oleh awan atasmu semua, maka sempurnakanlah hitungan bulan Syaaban
sebanyak tiga puluh hari."
(Muttafaq
'alaih)
Ini
adalah lafaznya Imam Bukhari.
Dalam
riwayat Imam Muslim disebutkan:
Yang
Bermaksud : "Maka
jikalau tertutup oleh awan atasmu semua, maka berpuasalah sebanyak tiga puluh hari."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan