Allah
Taala berfirman:
Yang
Bermaksud : "Dan
dirikanlah solat olehmu semua dan berikanlah zakat."
(al-Baqarah:
43)
Allah
Taala berfirman pula:
Yang
Bermaksud : "Dan
mereka tidaklah diperintah, melainkan untuk beribadat kepada Allah, penuh
keikhlasan mengerjakan agama untukNya, serta dengan kecondongan hati, demikian
pula mendirikan solat dan memberikan zakat. Yang sedemikian itu adalah agama
yang benar."
(al-Bayyinah:
5)
Allah
Taala berfirman lagi:
Yang
Bermaksud : "Ambillah
sedekah dari sebahagian harta benda mereka, untuk memberikan serta
menyucikan hati mereka."
(at-Taubah:
103)
1203.
Daripada Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Agama
Islam itu didirikan atas lima perkara, iaitu menyaksikan bahawasanya tiada
Tuhan melainkan Allah dan bahawasanya Muhammad adalah hamba dan pesuruh Allah,
mendirikan solat, memberikan zakat, beribadat haji di Baitullah dan berpuasa
dalam bulan Ramadan."
(Muttafaq
'alaih)
1204.
Daripada Thalhah bin Ubaidullah bin Usman bin 'Amr bin Ka'ab at-Taimi r.a.,
katanya:
Yang
Bermaksud : "Ada
seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w. iaitu dari penduduk Najad,
teruraikan rambut kepalanya, kita dapat mendengarkan dengungan suaranya, tetapi
tidak dapat kita fahami apa yang diucapkan olehnya itu, sehingga ia mendekat
kepada Rasuluilah s.a.w. Tiba-tiba orang tersebut menanyakan perihal Agama
Islam. Rasulullah s.a.w. lalu bersabda: "Iaitu lima kali solat dalam
sehari semalam." la bertanya: "Apakah tidak ada lagi kewajipan atas
diriku selain solat lima kali sehari semalam itu?" Beliau s.a.w. menjawab:
"Tidak ada, melainkan kalau engkau ingin beribadat sunnah."
Rasulullah s.a.w. lalu menyambung sabdanya: "Dan berpuasa dalam bulan
Ramadan." Orang itu bertanya: "Apakah tidak ada kewajipan lain selain
itu?" Beliau s.a.w. menjawab: "Tidak, melainkan kalau engkau hendak
beribadat sunnah." Thalhah berkata: "Rasulullah s.a.w. lalu
menyebutkan kepada orang itu perihal zakat, lalu orang itu bertanya:
"Apakah tidak ada kewajipan lain atas diriku selain itu?" Beliau
s.a.w. menjawab: "Tidak ada, melainkan kalau engkau hendak beribadat
sunnah." Orang itu lalu menyingkir dan ia berkata: "Demi Allah, saya
tidak akan menambah dari kewajipan-kewajipan itu dan tidak pula akan saya
kurangi." Rasulullah s.a.w. lalu bersabda: "Orang itu akan berbahagia
jikalau ia benar kata-katanya."
(Muttafaq
'alaih)
1205.
Daripada Ibnu Abbas radhiallahu 'anhuma bahawasanya Nabi s.a.w. mengutus Mu'az
r.a. ke Yaman, lalu beliau s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Ajaklah
mereka itu untuk bersyahadat bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa saya
adalah pesuruh Allah. Jikalau mereka sudah mentaati untuk melakukan itu, maka
beritahukanlah kepada mereka bahawasanya Allah mewajibkan atas mereka itu lima
kali solat dalam setiap sehari semalam. Jikalau mereka sudah mentaati yang
sedemikian itu, maka beritahukanlah kepada mereka pula bahawasanya Allah
mewajibkan sedekah yakni zakat atas mereka yang diambil dari golongan yang
kaya-kaya di kalangan mereka dan dikembalikan kepada golongan yang fakir-fakir
dari mereka."
(Muttafaq
'alaih)
1206.
Daripada Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma, katanya: "Rasulullah s.a.w.
bersabda:
Yang
Bermaksud : "Saya
diperintahkan oleh Allah, supaya saya memerangi kepada para manusia, sehingga
mereka suka menyaksikan bahawasanya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawasanya
Muhammad adalah pesuruh Allah mendirikan solat dan memberikan zakat. Jikalau
mereka telah melakukan yang sedemikian itu, maka terpeliharalah darah-darah
serta harta benda mereka daripadaku, sedang tentang hisab yakni perhitungan
amalan mereka adalah terserah atas Allah."
(Muttafaq
'alaih)
1207.
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya:
Yang
Bermaksud : "Ketika
Rasulullah s.a.w. telah meninggal dunia, dan Abu Bakar r.a. telah menjadi
khalifah, sedang telah menjadi kafirlah orang Arab yang kembali pada kekafiran.
Umar r.a. berkata kepada Abu Bakar r.a.: "Bagaimanakah dasarnya engkau
memerangi para manusia itu, sedangkan Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
"Saya diperintah untuk memerangi para manusia, sehingga mereka mengucapkan
La ilaha illallah, maka barangsiapa yang mengucapkan sedemikian itu,
sungguh-sungguh ia telah terpelihara daripadaku akan hartabenda dan dirinya
melainkan dengan haknya yakni yang sudah ditentukan dalam Agama Islam. Adapun
hisabnya orang itu adalah atas Allah." Abu Bakar menjawab: "Demi
Allah, nescayalah saya akan memerangi orang yang memperbezakan antara solat dan
zakat, sebab sesungguhnya zakat adalah haknya harta. Demi Allah andai kata
orang-orang itu enggan memberikan kepadaku ikatan-ikatan yang berhubungan
dengan ketentuan zakat yang dulu pernah mereka tunaikan kepada Rasulullah
s.a.w., nescayalah saya akan memerangi mereka sebab keengganan memberikannya
itu." Setelah itu Umar berkata: "Demi Allah, tidaklah keterangan Abu
Bakar itu melainkan saya telah melihat bahawa Allah telah membuka dada Abu
Bakar untuk dasar melakukan peperangan, maka saya berpendapat bahawa itulah
yang hak yakni benar."
(Muttafaq
'alaih)
1208.
Daripada Abu Ayub r.a. bahawasanya ada seorang lelaki berkata kepada Nabi
s.a.w.:
Yang
Bermaksud : "Beritahukanlah
kepada saya perihal sesuatu amalan yang dapat memasukkan saya ke dalam
syurga!" Beliau s.a.w. bersabda: "Supaya engkau menyembah kepada
Allah, tidak menyekutukan sesuatu denganNya, mendirikan solat, menunaikan zakat
dan mempereratkan ikatan kekeluargaan."
(Muttafaq
'alaih)
1209.
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya ada seorang Arab penghuni pedalaman
negeri Arab mendatangi Nabi s.a.w. lalu berkata:
Yang
Bermaksud : "Ya
Rasulullah, tunjukkanlah kepada saya akan sesuatu amalan yang apabila saya
mengerjakannya, maka saya dapat memasuki syurga." Beliau s.a.w. menjawab:
"Supaya engkau menyembah kepada Allah, tidak menyekutukan sesuatu
denganNya, mendirikan solat, memberikan zakat yang diwajibkan dan berpuasa
Ramadan."
Orang itu lalu berkata: "Demi Zat yang jiwaku ada di dalam genggaman
kekuasaanNya, saya tidak akan menambah dari itu semua." Setelah orang itu beredar, Nabi
s.a.w. lalu bersabda: "Barangsiapa
yang senang jikalau melihat seseorang lelaki dari ahli syurga, maka hendaklah
melihat orang ini tadi."
(Muttafaq
'alaih)
1210.
Daripada Jarir bin Abdullah r.a., katanya:
Yang
Bermaksud : "Saya
berbai'at kepada Nabi s.a.w. untuk tetap mendirikan solat, menunaikan zakat dan
memberi nasihat kepada setiap orang Islam."
(Muttafaq
'alaih)
1211.
Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Tiada
seorangpun yang memiliki emas dan tidak pula yang memiliki perak, lalu ia tidak
menunaikan haknya zakatnya dari emas dan perak itu, melainkan apabila telah
tiba hari kiamat nanti dibuatkan untuknya beberapa lembaran dari api neraka
lalu dipanaskanlah dalam neraka Jahanam, kemudian diseterikalah lambung, kening
dan punggungnya dengan lembaran-lembaran tadi, setiap kali ia telah menjadi
dingin lalu dikembalikan lagi untuknya yakni dipanaskan dan diseterikakan lagi.
Hal sedemikian itu terjadi dalam masa yang perkiraan lamanya ialah selama lima
puluh ribu tahun menurut hitungan hari dunia, sehingga diputuskanlah
antara sekalian hamba Tuhan, lalu orang itu dapat mengetahui kelanjutan nasib
dirinya, ada kalanya ke syurga dan ada kalanya ke neraka." Rasulullah
s.a.w. lalu ditanya: "Ya Rasulullah, kalau unta bagaimanakah?" Beliau
s.a.w. menjawab: "Tiada seorangpun yang memiliki unta yang ia tidak
menunaikan haknya yakni zakatnya, dan setengah daripada haknya unta ialah
memerah susunya di waktu ia didatangkan di tempat air lalu air susunya itu
disedekahkan kepada siapa saja yang memerlukan, melainkan apabila telah tiba
hari kiamat, maka dibeberkanlah di mukanya sebidang tanah luas lagi licin dan
unta-unta itu dalam keadaan yang gemuk-gemuk yang pernah dialaminya. Orang itu
tidak akan kehilangan seekor anak untapun yakni seluruh miliknya itu lengkap
dan semua untanya itu akan menginjak-injaknya dengan kakinya serta menggigitnya
dengan mulutnya. Setiap kali ia telah dilaluinya oleh yang mula-mula, maka akan
dikembalikan pula yang terakhirnya maksudnya terus saja unta-unta itu
berputar-putar untuk menginjaknya. Hal ini terjadi dalam suatu masa yang
perkiraan lamanya itu ialah lima puluh ribu tahun, sehingga diputuskanlah
antara seluruh hamba Tuhan, lalu orang itu akan mengetahui kelanjutan nasibnya
ada kalanya ke syurga dan ada kalanya ke neraka.” Beliau s.a.w. lalu ditanya:
"Ya Rasulullah kalau lembu dan kambing, bagaimanakah?" Beliau s.a.w.
menjawab: "Tiada seorang yang memiliki
lembu ataupun kambing yang ia tidak menunaikan haknya zakatnya, melainkan
apabila telah tiba hari kiamat, maka dibeberkanlah untuknya sebidang tanah luas
lagi licin. Ia tidak akan kehilangan seekorpun dari ternaknya itu, di dalamnya
tidak ada yang bertanduk lengkung, tidak ada yang tak bertanduk dan tidak ada
pula yang patah tanduknya. Semuanya itu menuberuknya dengan tanduk-tanduknya
tadi dan menginjak-injaknya dengan kaki-kakinya. Setiap kali ia telah dilalui
oleh yang mula-mula, maka akan dikembalikan pula yang terakhirnya. Hal ini
terjadi dalam masa yang perkiraan lamanya itu ialah lima puluh ribu tahun,
sehingga diputuskanlah antara sekalian hamba Tuhan, lalu orang itu akan
mengetahui kelanjutan nasibnya, ada kalanya ke syurga dan ada kalanya ke
neraka." Beliau s.a.w. lalu ditanya: "Ya Rasulullah, kalau kuda
bagaimanakah?" Beliau s.a.w. menjawab: "Kuda itu ada tiga macam. la
bagi seseorang adalah merupakan dosa, ada pula yang bagi seseorang merupakan
tabir untuk keperluan peribadi sehingga tidak memelukan bantuan orang lain, tetapi
ada yang bagi seseorang merupakan pahala. Adapun kuda yang bagi seseorang itu
merupakan dosa, ialah kuda yang diikatnya yakni dimilikinya untuk dijadikan
bahan riak yakni berpameran, lagi untuk kemegahan atau untuk menentang kepada
umat Islam, maka kuda sedemikian inilah yang pemiliknya dapat memperoleh dosa.
Adapun kuda yang dapat menjadi sebagai tabir ialah seseorang yang mengikatnya
yakni memilikinya untuk sabilillah, kemudian ia tidak melalaikan haknya Allah
dalam hal punggungnya yakni untuk dinaiki guna melakukan ketaatan ataupun di
waktu ada keperluan sendiri, bahkan tidak melalaikan pula akan lehernya
maksudnya diperhatikan apa-apa yang menjadi kemaslahatan kuda tadi dan
melindunginya dari bahaya maka inilah kuda yang dapat menjadi tabir. Adapun
kuda yang bagi pemiliknya merupakan pahala ialah seseorang yang mengikatnya
yakni memilikinya untuk kepentingan sabilillah saja dan diperuntukkan seluruh
umat Islam, digembalakan di tanah yang penuh tanaman ataupun taman yang banyak
makanannya. Maka tidaklah kuda itu makan sesuatu dari ladang atau taman itu,
melainkan dicatatlah untuknya beberapa kebaikan sebanyak apa yang dimakan oleh
kuda tersebut, bahkan dicatatlah beberapa kebaikan sebanyak hitungan kotorannya
dan kencingnya. Tidak pula kuda itu menempuh dengan kakinya lalu berlari ke
sebuah atau dua buah bukit lalu kembali lagi ke tempat penggembalaannya
melainkan Allah mencatat untuknya beberapa kebaikan sebanyak hitungan bekas
langkahnya dan juga sebanyak kotoran-kotoran yang ada. Tidak pula pemiliknya
itu melalui sesuatu sungai, lalu kuda itu minum dari sungai tadi, sedangkan ia
tidak hendak memberi minuman padanya, melainkan Allah mencatat untuk pemiliknya
itu beberapa kebaikan sebanyak hitungan tegukan yang diminumnya." Beliau
s.a.w. ditanya lagi: "Ya Rasulullah, kalau keldai bagaimanakah?"
Beliau s.a.w. menjawab: "Tiada sesuatu wahyu yang diturunkan kepada saya
mengenai hal keldai ini, melainkan ayat yang tersendiri maknanya ini tetapi
menghimpun segala macam persoalan, iaitu yang ertinya: "Barangsiapa yang
mengerjakan seberat timbangan semut kecil dari kebaikan, maka ia akan
mengetahuinya dan barangsiapa yang mengerjakan seberat timbangan semut kecil,
dari keburukan, maka ia akan mengetahuinya pula."
(az-Zalzalah:
7-8)
(Muttafaq
'alaih)
Dan ini
adalah lafaznya Imam Muslim.
Alqa' ertinya ialah tempat yang rata
dan luas dari bumi, sedang alqarqar ialah licin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan