1230.
Daripada Sahl bin Sa'ad r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Tiada
henti-hentinya orang-orang itu memperoleh kebaikan, selama mereka itu suka
menyegerakan berbuka."
(Muttafaq
'alaih)
1231.
Daripada Abu 'Athiyah, katanya:
Yang
Bermaksud : "Saya
dan Masruq masuk ke tempat Aisyah radhiallahu 'anha, laiu Masruq berkata
padanya: "Ada dua orang lelaki dari sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w.
tidak melalaikan kebaikan, yang seorang menyegerakan Maghrib dan berbuka,
sedang yang lainnya mengakhirkan Maghrib dan berbuka." Aisyah lalu
bertanya: "Siapakah yang menyegerakan Maghrib dan berbuka?" Masruq
menjawab: "Iaitu Abdullah yang dimaksudkan Abdullah bin Mas'ud."
Aisyah radhiallahu 'anha lalu berkata: "Demikian itulah yang dilakukan
oleh Rasulullah s.a.w."
(Riwayat
Muslim)
1232.
Daripada Abu Hurairah r.a., pula bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Allah
'Azzawajalla berfirman dalam Hadis qudsi: "Yang paling saya cintai di
antara hamba-hambaKu ialah yang lebih menyegerakan berbukanya."
Diriwayatkan
oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.
1233.
Dari Umar bin al-Khaththab r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Apabila
malam telah menghadap yakni datang dari sebelah ini yakni dari sebelah timur
dan siang telah berlalu dari sebelah ini yakni sebelah barat, juga matahari
telah terbenam, maka benar-benar sudah waktunyalah seseorang yang berpuasa itu
berbuka," yakni
jangan menunggu lama lagi.
(Muttafaq
'alaih)
1234.
Daripada Abu Ibrahim yaitu Abdullah bin Abu Aufa radhiallahu 'anhuma, katanya:
Yang
Bermaksud : "Kita
berjalan yakni bepergian bersama Rasulullah s.a.w. dan beliau s.a.w. berpuasa.
Ketika matahari terbenam, lalu beliau bersabda kepada sebahagian kaum yang
mengikuti perjalanan itu: "Hai Fulan, turunlah lalu masaklah roti itu
dengan air untuk kita." Orang itu berkata: "Andaikata petang hari
nanti, tentunya lebih baik." Maksudnya: Oleh sebab tampak masih agak
siang, maka alangkah baiknya kalau memasaknya itu menantikan agak petang
sedikit. Beliau s.a.w. lalu bersabda lagi: "Turunlah lalu masaklah roti
dengan air untuk kita." Orang itu berkata lagi: "Sesungguhnya hari
ini masih siang bagi Tuan guna berbuka". Beliau s.a.w. bersabda lagi:
"Turunlah, lalu masaklah roti dengan air untuk kita." Yang
meriwayatkan Hadis ini berkata: "Orang yang disuruh tadi lalu turun,
kemudian ia memasak roti dengan air untuk orang banyak. Rasulullah s.a.w. lalu
minum kemudian bersabda: "Apabila engkau semua telah melihat waktu malam
datang dari sebelah sini yakni sebelah timur, maka benar-benar sudah
waktunyalah seseorang yang berpuasa itu berbuka." Beliau bersabda demikian
sambil menunjuk dengan tangannya ke arah sebelah timur.”
(Muttafaq
'alaih)
Sabdanya: Ijdah dengan
menggunakan Jim lalu dal lalu ha'yang keduanya muhmalah, ertinya ialah
campurlah roti sawiq dengan air.
1235.
Daripada Salman bin 'Amr ad-Dhahabi ash-Shahabi r.a. dari Nabi s.a.w.,
sabdanya:
Yang
Bermaksud : "Jikalau
seseorang di antara engkau semua berbuka, maka hendaklah berbuka atas kurma,
tetapi apabila tidak menemukan kurma, maka hendaklah berbuka atas air, kerana
sesungguhnya air itu suci."
Diriwayatkan
oleh Imam-imam Abu Daud dan Termidzi dan Termidzi mengatakan bahawa ini adalah
Hadis hasan shahih.
1236.
Daripada Anas r.a., katanya:
Yang
Bermaksud : "Rasulullah
s.a.w. itu berbuka sebelumnya melakukan solat Maghrib atas beberapa buah kurma
basah, tetapi apabila tidak ada kurma basah, maka berbuka atas kurma biasa,
tetapi apabila tidak ada kurma, maka beliau s.a.w. minum beberapa teguk
air."
Diriwayatkan
oleh Imam-imam Abu Daud dan Termidzi dan Termidzi mengatakan bahwa ini adalah
Hadis hasan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan