1156.
Daripada Sa'ad bin Abu Waqqash r.a., katanya:
Yang
Bermaksud : "Kita
semua keluar dengan Rasulullah s.a.w. dari Mekah menuju Madinah. Ketika kita
sudah berada di dekat 'Azwara', beliau s.a.w. lalu turun dari kenderaannya,
kemudian mengangkat kedua tangannya terus berdoa kepada Allah sesaat,
selanjutnya lalu turun untuk bersujud, kemudian berdiam diri agak lama,
kemudian berdiri mengangkat kedua tangannya sesaat lalu turun untuk bersujud
lagi dan ini dilakukan sampai tiga kali. Beliau s.a.w. lalu bersabda:
"Sesungguhnya saya bermohon kepada Tuhanku supaya dapat memberikan
syafaat kepada umatku, lalu Tuhan memberikan padaku sepertiga dari umatku itu.
Kemudian saya turun untuk bersujud kerana menyatakan kesyukuran kepada Tuhanku.
Selanjutnya saya mengangkat kepalaku lalu saya bermohon lagi pada Tuhanku untuk
umatku, kemudian Tuhan memberikan kepadaku sepertiga umatku lagi, lalu saya
turun pula untuk bersujud kepada Tuhanku kerana menyatakan kesyukuran kepada
Tuhanku. Seterusnya saya mengangkat kepalaku sekali lagi, lalu saya bermohon
kepada Tuhanku untuk umatku, kemudian memberikan pula sepertiga yang terakhir,
maka saya turun untuk bersujud kepada Tuhanku."
(Riwayat
Abu Daud)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan