Allah
Taala berfirman:
Yang
Bermaksud : "Sesungguhnya
Kami yakni Allah menurunkan al-Quran itu pada malam Laitlatul-qadri." sampai akhirnya ayat.
(Surah
al-Qadr)
Allah
Taala berfirman pula:
Yang
Bermaksud : "Sesungguhnya
Kami menurunkan al-Quran itu pada waktu malam yang diberkahi," sampai beberapa ayat selanjutnya.
(ad-Dukhan:
3)
1186.
Daripada Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya:
Yang
Bermaksud : "Barangsiapa
berdiri bersolat dalam bulan Ramadan kerana didorong keimanan dan keinginan
memperoleh keredhaan Allah, maka diampunkanlah untuknya dosa-dosanya yang
terdahulu."
(Muttafaq
'alaih)
1187.
Daripada Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma bahawasanya beberapa orang lelaki dari para sahabat
Nabi s.a.w. diberitahu dalam impian mengenai tibanya lailatul-qadri iaitu dalam
tujuh yang terakhir yang dimaksudkan ialah antara malam ke 22 sampai malam ke
28. Rasulullah s.a.w. lalu bersabda: "Saya melihat impian-impianmu
semua itu sesuai iaitu pada tujuh yang terakhir. Maka barangsiapa hendak
mencari lailatul-qadri itu, hendaklah mencarinya pada tujuh yang terakhir itu
juga."
(Muttafaq
'alaih)
1188.
Daripada Aisyah radhiallahu 'anha, katanya:
Yang
Bermaksud : "Rasulullah
s.a.w. itu beri'tikaf dalam sepuluh hari yang terakhir dari bulan Ramadan dan
beliau s.a.w. bersabda:
"Carilah lailatul-qadri itu dalam sepuluh yang terakhir yakni
antara malam ke 21 sampai malam ke 30 dari bulan Ramadan."
(Muttafaq
'alaih)
1189.
Daripada Aisyah radhillahu 'anha pula bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Carilah
lailatul-qadri itu dalam malam ganjil dari sepuluh hari terakhir dari bulan
Ramadan yakni malam ke 21,23, 25, 27 dan 29.”
(Riwayat
Bukhari)
1190.
Daripada Aisyah radhiallahu 'anha, katanya:
Yang
Bermaksud : "Rasulullah
s.a.w. itu apabila telah masuk sepuluh hari yang terakhir dari bulan Ramadan,
maka beliau menghidup-hidupkan malamnya yakni melakukan ibadat pada malam harinya
itu, juga membangunkan isterinya, bersungguh-sungguh dalam ibadat dan
mengeraskan ikat pinggangnya maksudnya adalah sebagai kata kinayah menjauhi
berkumpul dengan isterinya."
(Muttafaq
'alaih)
1191.
Daripada Aisyah radhiallahu 'anha pula, katanya:
Yang
Bermaksud : "Rasulullah
s.a.w. itu bersungguh-sungguh dalam beribadat dalam bulan Ramadan yang tidak
demikian bersungguh-sungguhnya kalau dibandingkan dengan bulan lainnya, juga di
dalam sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadan itu beliau s.a.w. bersungguh-sungguh
pula yang tidak demikian bersungguh-sungguhnya kalau dibandingkan dengan
hari-hari Ramadan yang lainnya."
(Riwayat
Muslim)
1192.
Daripada Aisyah radhiallahu 'anha, katanya:
Yang
Bermaksud : "Saya
berkata: "Ya Rasulullah, bagaimanakah pendapat Tuan, jikalau saya
mengetahui pada malam apa tibanya lailatul-qadri itu, apakah yang harus saya
ucapkan pada malam itu?" Beliau s.a.w. menjawab: "Ucapkanah: Ertinya:
Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah Maha Pengampun, gemar memberikan pengampunan,
maka ampuniiah saya.”
Diriwayatkan
oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan