1221.
Daripada Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya:
Yang
Bermaksud : "Janganlah
seseorang di antara engkau semua itu mendahului Ramadan dengan puasa sehari
atau dua hari, kecuali kalau seseorang itu biasa berpuasa tepat hari puasanya,
maka hendaklah ia berpuasa pada hari itu."
(Muttafaq
'alaih)
1222.
Daripada Ibnu Abbas radhiallahu 'anhuma, katanya: "Rasulullah s.a.w.
bersabda:
Yang
Bermaksud : "Janganlah
engkau semua berpuasa sebelum Ramadan. Berpuasalah Ramadan itu kerana melihat
yakni rukyah bulan dan berbukalah kerana melihat bulan. Apabila terhalang di
balik bulan itu oleh awan, maka sempurnakanlah hitungan tiga puluh hari."
Diriwayatkan
oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih.
1223.
Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Apabila
telah tertinggal separuh dari bulan Syaaban, maka janganlah engkau
berpuasa."
Diriwayatkan
oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih.
1224.
Daripada Abulyaqzhan, iaitu 'Ammar bin Yasir radhiallahu 'anhuma, katanya:
Yang
Bermaksud : "Barangsiapa
yang berpuasa pada hari yang diragu-ragukanlah hari itu yakni apakah masih
Syaaban ataukah sudah masuk hari Ramadan, maka ia telah bermaksiat dengan Abul
Qasim yakni Nabi Muhammad s.a.w."
Diriwayatkan
oleh Imam-imam Abu Daud dan Termidzi, dan Termidzi mengatakan bahwa ini adalah
Hadis hasan shahih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan