Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Khamis, 20 Jun 2013

Bab 215 Keutamaan Bersiwak Bersugi Dan Perkara-perkara Kefitrahan


1193. Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Andaikata tidak akan menjadikan keberatan bagi umatku atau atas sekalian manusia, nescayalah mereka itu akan saya perintah untuk bersiwak pada tiap-tiap akan bersolat."
(Muttafaq 'alaih)

1194. Daripada Hudzaifah r.a., katanya: 

Yang Bermaksud : "Rasulullah s.a.w. itu apabila bangun dari tidur, beliau menggosok-gosok mulutnya yakni gigi-giginya dengan siwak." 
(Muttafaq 'alaih)

1195. Daripada Aisyah radhiallahu 'anha, katanya: 

Yang Bermaksud : "Kita semua menyediakan untuk Rasulullah s.a.w. akan siwaknya serta air untuk berwuduknya, lalu ia dibangkitkan oleh Allah sekehendak waktu yang diinginkan olehNya untuk membangkitkannya di waktu malam, lalu beliau s.a.w. bersiwak lalu berwuduk dan terus bersolat."
(Riwayat Muslim)

1196 Daripada Anas r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: 

Yang Bermaksud : "Saya perbanyakkan benar untuk menyuruh engkau semua dalam hal bersiwak." 
(Riwayat Bukhari)

1197. Daripada Syuraih bin Hani', katanya: 

Yang Bermaksud : "Saya berkata kepada Aisyah radhiallahu 'anha: "Dengan amalan apakah yang dimulai oleh Nabi s.a.w. jikalau beliau s.a.w. memasuki rumahnya?" la menjawab: "Dengan bersiwak."
(Riwayat Muslim)

1198. Daripada Abu Musa r.a., katanya: 

Yang Bermaksud : "Saya masuk ke tempat Nabi s.a.w. sedang ujung siwak itu ada di lisan beliau s.a.w."
(Muttafaq 'alaih)

Dan ini adalah lafaznya Imam Muslim.

1199. Daripada Aisyah radhiallahu 'anha bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Siwak itu adalah menyebabkan sucinya mulut dan menyebab adanya keredhaan Tuhan."
Diriwayatkan oleh Imam-imam Nasa'i dan Ibnu Khuzaimah dalam kitab shahihnya dengan isnad-isnad shahih.

Imam Bukhari Rahimahullah menyebutkan Hadis ini dalam kitab shahihnya sebagai ta'liq* dengan shiqat jazam, la mengatakan: "Aisyah radhiallahu 'anha berkata: 

"Siwak itu dan seterusnya."

Ta'liq maksudnya dengan membuang awal sanad dalam Hadis di atas. Hadis yang dita'liqkan itu disebut Hadis Mu'allaq. Persoalan ini termasuk dalam Musthalah Hadis atau ilmu untuk mengetahui hal-hal yang berhubungan dengan macam-macam nama Hadis, tingkatannya serta yang Iain-Iain lagi. Adapun maksudnya dengan shighat jazam itu ialah bahawa Hadis di atas itu diberi hukum yang mantap perihal keshahihannya.

1200. Daripada Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya; 

Yang Bermaksud : "Kefitrahan kemurnian sejak kejadian manusia itu ada lima hal, atau lima hal ini termasuk dalam kefitrahan, iaitu berkhitan, mencukur rambut kemaluan, memotong kuku, mencabuti rambut ketiak dan mencukur kumis." 
(Muttafaq 'alaih)

Alistihdad ialah mencukur iaitu rambut yang ada di sekitar kemaluan lelaki ataupun wanita.

1201. Daripada Aisyah radhiallahu 'anha, katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Ada sepuluh hal termasuk kefitrahan kemurnian sejak kejadian manusia, iaitu: mencukur kumis, membiarkan tumbuhnya janggut, bersiwak, menghirup air dalam hidung, memotong kuku, membasuh ruas-ruas jari-jari, mencabuti rambut ketiak, mencukur rambut kemaluan dan bercebok." Yang meriwayatkan Hadis ini berkata: "Saya lupa pada yang kesepuluh, kecuali kalau yang kesepuluh itu ialah berkumur." Waki' berkata dan orang ini adalah salah seorang dari yang meriwayatkan Hadis ini: Intiqashulma' ialah beristinja iaitu bercebok."
(Riwayat Muslim)

Albarajim dengan ha' muwahhadah dan jim iaitu ruas-ruas jari-jari dan i'faut-lihyah artinya ialah tidak mencukurnya sedikitpun daripada rambut janggut."

1202. Daripada Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma dari Nabi s.a.w., katanya:

Yang Bermaksud : "Guntinglah kumis yakni yang memanjang melebihi dua bibir  dan biarkanlah tumbuhnya janggut."

(Muttafaq 'alaih)





Tiada ulasan:

Catat Ulasan