Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Khamis, 27 Disember 2012

K 123 Amalan Sunnah di Bulan Zulhijjah.



Banyak sekali amalan sunnah yang boleh kita lakukan, baik amalan harian, mingguan sampai tahunan, di antaranya ketika datang bulan Zulhijjah. Tidak perlu sedih meski ada yang belum dipanggil ALLAH SUBHANAHU WA TAALA untuk datang memenuhi panggilan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA yang indah dan menawan. Ada amalan yang baik dilakukan di antaranya: Memperbanyak Puasa Sunnah. Dianjurkan memperbanyak puasa di sembilan hari bulan Dzulhijjah. Terutama puasa Hari Arafah, tanggal 9 Dzulhijjah. Abu Qatadah ra meriwayatkan bahawa NABI MUHAMMAD SHALLALLAHU ‘ALAIHI WA SALLAM bersabda,

“…puasa Hari Arafah, saya berharap kepada Allah agar menjadikan puasa ini sebagai penebus (dosa,) satu tahun sebelumnya dan satu tahun setelahnya.”
(HR. Ahmad dan Muslim)

Demikian juga keumuman hadis yang menunjukkan keutamaan sepuluh hari pertama bulan Dzulhijjah. Disamping itu, terdapat keterangan khusus dari Ummul Mukminin, Hafshah ra bahawa NABI SHALLALLAHU ‘ALAIHI WA SALLAM melaksanakan puasa asyura, sembilan hari pertama Dzulhijjah, dan tiga hari tiap bulan.
(HR. Nasa’i, Abu Daud, Ahmad, dan disahihkan Al-Albani).

Memperbanyak Amal Soleh.

“Tidak ada hari di mana suatu amal solehh lebih dicintai ALLAH melebihi amal soleh yang dilakukan di sepuluh hari ini (sepuluh hari pertama Dzulhijjah)”. Para sahabat bertanya, “Wahai RASULULLAH, termasuk lebih utama dari jihad fisabilillah? NABI MUHAMMAD SHALLALLAHU ‘ALAIHI WA SALLAM menjawab, “Termasuk lebih utama dibanding jihad fisabilillah. Kecuali orang yang keluar dengan jiwa dan hartanya (ke medan jihad), dan tidak ada satupun yang kembali (mati dan hartanya diambil musuh).”
(HR. Bukhari, Ahmad, dan Termidzi).

Berkorban.

“Laksanakanlah solat untuk Rab-mu dan sembelihlah korban.”
(Surah 108  AL KAUTSAR : 2)        

NABI MUHAMMAD SHALLALLAHU ‘ALAIHI WA SALLAM bersabda,

“Siapa yang memililki kelapangan namun dia tidak berkorban maka jangan mendekat ke masjid kami.”
(HR. Ahmad dan Ibnu Majah. Dihasankan Al-Albani)

Catatan: Bagi orang yang hendak berkorban, dilarang memotong kuku dan juga rambutnya (bukan kuku dan bulu haiwannya) ketika sudah masuk tanggal 1 Dzulhijjah sampai dia memotong haiwan korbannya.

Melaksanakan Haji (dan ini yang paling Utama)

ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berfirman,

“Kewajipan bagi manusia kepada ALLAH, berhaji ke Baitullah, bagi siapa saja yang telah mampu, untuk melakukannya.”
(Surah 3  ALI  IMRAN : 97)


Ust. Ackmanz Lc


Tiada ulasan:

Catat Ulasan