Dalam Al Quran, banyak sekali diceritakan kisah-kisah umat terdahulu yang telah dibinasakan oleh ALLAH SUBHANAHU WA TAALA kerana mereka mengingkari utusanNya dan melakukan berbagai penyimpangan yang telah dilarang. Berikut adalah kaum-kaum yang dibinasakan.
Kaum Nabi Nuh
Nabi Nuh berdakwah selama 950 tahun, namun yang beriman hanyalah sekitar 80 orang. Kaumnya mendustakan dan memperolok-olok Nabi Nuh. Lalu, ALLAH SUBHANAHU WA TAALA mendatangkan banjir yang besar, kemudian menenggelamkan mereka yang ingkar, termasuk anak dan isteri Nabi Nuh.
(Surah 29 AL 'ANKABUUT : 14)
Kaum Nabi Hud
Nabi Hud diutus untuk kaum ‘Ad. Mereka mendustakan kenabian Nabi Hud. ALLAH SUBHANAHU WA TAALA lalu mendatangkan angin yang dahsyat disertai dengan bunyi guruh yang menggelegar hingga mereka tertimbun pasir dan akhirnya binasa.
(QS Attaubah: 70, Alqamar: 18, Fushshilat: 13, Annajm: 50, Qaaf: 13).
Kaum Nabi Saleh
Nabi Saleh diutuskan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA kepada kaum Tsamud. Nabi Saleh diberi sebuah mukjizat seekor unta betina yang keluar dari celah batu. Namun, mereka membunuh unta betina tersebut sehingga ALLAH SUBHANAHU WA TAALA menimpakan azab kepada mereka.
(QS ALhijr: 80, Huud: 68, Qaaf: 12).
Kaum Nabi Luth
Umat Nabi Luth terkenal dengan perbuatan menyimpang, iaitu hanya mahu menikah dengan pasangan sesama jenis (homoseksual dan lesbian). Kendati sudah diberi peringatan, mereka tidak mahu bertaubat. ALLAH SUBHANAHU WA TAALA akhirnya memberikan azab kepada mereka berupa gempa bumi yang dahsyat disertai angin kencang dan hujan batu sehingga hancurlah rumah-rumah mereka. Dan, kaum Nabi Luth ini akhirnya tertimbun di bawah reruntuhan rumah mereka sendiri.
(QS Alsyu’araa: 160, Annaml: 54, Alhijr: 67, Alfurqan: 38, Qaf: 12).
Kaum Nabi Syuaib
Nabi Syuaib diutuskan kepada kaum Madyan. Kaum Madyan ini dihancurkan oleh ALLAH SUBHANAHU WA TAALA kerana mereka suka melakukan penipuan dan kecurangan dalam perdagangan. Bila membeli, mereka minta dilebihkan dan bila menjual selalu mengurangi. ALLAH SUBHANAHU WA TAALA pun mengazab mereka berupa hawa panas yang teramat sangat. Walaupun mereka berlindung di tempat yang teduh, hal itu tak mampu melepaskan rasa panas. Akhirnya, mereka binasa.
(QS Attaubah: 70, Alhijr: 78, Thaaha: 40, dan Alhajj: 44)
Selain kepada kaum Madyan, Nabi Syuaib juga diutus kepada penduduk Aikah. Mereka menyembah sebidang padang tanah yang pepohonannya sangat rimbun. Kaum ini menurut sebahagian ahli tafsir disebut pula dengan penyembah hutan lebat (Aikah).
(QS AlHijr: 78, Alsyu’araa: 176, Shaad: 13, Qaaf: 14).
Firaun
Kaum Bani Israil sering ditindas oleh Firaun. ALLAH SUBHANAHU WA TAALA mengutus Nabi Musa dan Harun untuk memperingatkan Firaun akan azab ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Namun, Firaun malah mengaku sebagai tuhan. Ia akhirnya tewas di Laut Merah dan jasadnya berhasil diselamatkan. Hingga kini masih boleh disaksikan di museum mumi di Mesir.
Kaum Bani Israil sering ditindas oleh Firaun. ALLAH SUBHANAHU WA TAALA mengutus Nabi Musa dan Harun untuk memperingatkan Firaun akan azab ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Namun, Firaun malah mengaku sebagai tuhan. Ia akhirnya tewas di Laut Merah dan jasadnya berhasil diselamatkan. Hingga kini masih boleh disaksikan di museum mumi di Mesir.
(Albaqarah: 50 dan Yunus: 92).
Ashab Al-Sabt
Mereka adalah segolongan fasik yang tinggal di Kota Eliah, Elat (Palestin). Mereka melanggar perintah ALLAH SUBHANAHU WA TAALA untuk beribadah pada hari Sabtu. ALLAH SUBHANAHU WA TAALA menguji mereka dengan memberikan ikan yang banyak pada hari Sabtu dan tidak ada ikan pada hari lainnya. Mereka meminta rasul ALLAH SUBHANAHU WA TAALA untuk mengalihkan ibadah pada hari lain, selain Sabtu. Mereka akhirnya dibinasakan dengan dilaknat ALLAH SUBHANAHU WA TAALA menjadi kera yang hina.
(QS Al-A’raaf: 163).
Ashab Al-Rass
Rass adalah nama sebuah telaga yang kering airnya. Nama Al-Rass ditujukan pada suatu kaum. Konon, nabi yang diutus kepada mereka adalah Nabi Saleh. Namun, ada pula yang menyebutkan Nabi Syuaib. Sementara itu, yang lainnya menyebutkan, utusan itu bernama Handzalah bin Shinwan (ada pula yang menyebut bin Shofwan). Mereka menyembah patung. Ada pula yang menyebutkan, pelanggaran yang mereka lakukan kerana mencampakkan utusan yang dikirim kepada mereka ke dalam sumur sehingga mereka dibinasakan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.
(Qs Alfurqan: 38 dan Qaf ayat 12).
Ashab Al-Ukhdudd
Ashab Al-Ukhdud adalah sebuah kaum yang menggali parit dan menolak beriman kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, termasuk rajanya. Sementara itu, sekelompok orang yang beriman diceburkan ke dalam parit yang telah dibakar, termasuk seorang wanita yang tengah menggendong seorang bayi. Mereka dikutuk oleh ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.
(QS Alburuuj: 4-9).
Ashab Al-Qaryah
Menurut sebahagian ahli tafsir, Ashab Al-Qaryah (suatu negeri) adalah penduduk Anthakiah. Mereka mendustakan rasul-rasul yang diutus kepada mereka. ALLAH SUBHANAHU WA TAALA membinasakan mereka dengan sebuah suara yang sangat keras.
(QS Yaasiin: 13).
Kaum Tubba’
Tubaa’ adalah nama seorang raja bangsa Himyar yang beriman. Namun, kaumnya sangat ingkar kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA hingga melampaui batas. Maka, ALLAH SUBHANAHU WA TAALA menimpakan azab kepada mereka hingga binasa. Peradaban mereka sangat maju. Salah satunya adalah bendungan air.
(QS Addukhan: 37)
Kaum Saba
Mereka diberi berbagai kenikmatan berupa kebun-kebun yang ditumbuhi pepohonan untuk kemakmuran rakyat Saba. Kerana mereka enggan beribadah kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA walau sudah diperingatkan oleh Nabi Sulaiman, akhirnya ALLAH SUBHANAHU WA TAALA menghancurkan bendungan Ma’rib dengan banjir besar (Al-Arim).
(QS Saba: 15-19)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan