Soalan :
Adakah menggunakan biji tasbih dikira sebagai suatu yang bidaah di dalam Islam atau ia sesuatu yang digalakkan oleh Syarak ?
Jawapan:
Membawa biji tasbih bukanlah satu ibadah, tetapi ia adalah sebahagian daripada adat. Tetapi membilang bacaan tasbih dan zikir dengan benda tersebut bukanlah sesuatu yang bidaah, kerana RASULULLAH SALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM mengakui perlakuan seorang yang membilang bacaan tasbih dengan menggunakan anak batu atau biji tamar.
Membawa biji tasbih bukanlah satu ibadah, tetapi ia adalah sebahagian daripada adat. Tetapi membilang bacaan tasbih dan zikir dengan benda tersebut bukanlah sesuatu yang bidaah, kerana RASULULLAH SALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM mengakui perlakuan seorang yang membilang bacaan tasbih dengan menggunakan anak batu atau biji tamar.
Biji tasbih termasuklah dalam kategori-kategori benda-benda itu, bahkan ia lebih baik daripada yang lain kerana kebersihan, penjagaan dan tidak mencemarkan suasana. Oleh itu, membawanya dan menjadikannya sebagai alat untuk mengira bacaan zikir adalah lebih baik daripada menggunakan benda-benda yang terkena najis atau kekotoran.
Untuk itu, saya ingin mengemukakan sebilangan dalil berhubung masalah ini :
1. Satu hadith yang diriwayatkan oleh At Tirmidzi daripada Safiyyah katanya :
RASULULLAH SALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM pernah masuk
untuk menemuiku dan di hadapanku ada empat ribu biji-biji tamar yang aku
gunakan untuk membilang tasbih dengannya, lalu baginda bersabda : "Engkau
bertasbih dengan benda ini? Mahukah aku ajarkan kamu sesuatu yang lebih banyak
daripada apa yang kamu jadikan untuk membilang tasbih dengannya?" Sofiah
berkata: "Ajarkanlah daku." Maka RASULULLAH SALLALLAHU 'ALAIHI
WASALLAM menyambung : Ucapkanlah : SubhanaLLah 'adada kholqiHi
Yang boleh dijadikan dalil di sini ialah RASULULLAH SALLALLAHU 'ALAIHI
WASALLAM tidakpun menegah perempuan tersebut daripada mengunakan biji-biji
tamar itu untuk mengira tasbih, tetapi baginda hanya mengajar sesuatu yang
lebih afdhal daripada itu. Sesuatu yang bukan afdhal bukan semestinya dikira
bidaah.
2. Abu Sofiyah, seorang bekas hamba yang dibebaskan oleh RASULULLAH
SALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM dihampar untuknya hamparan dan dibawakan kepadanya
satu bekas yang berisi anak-anak batu, lalu dia bertasbih dengan menggunakan
anak-anak batu itu sehingga ke tengahari, kemudian diangkat hamparan. Apabila
dia mengerjakan solat (zuhur), dibakan semula lalu dia bertasbih dengannya
sehinggalah ke petang." Kisah diriwayatkan oleh Imam Ahmad di dalam
kitabnya Zuhud.
3. Ibnu Saad juga meriwayatkan di dalam kitabnya 'At Thabaqat bahawa
Fatimah binti Husain bin Ali bin Abi Talib radiyaLLahu 'anhu pernah bertasbih
dengan menggunakan benang yang disimpul padanya.
4. Imam Ahmad juga meriwayatkan di dalam kitabnya az Zuhud bahawa Abu
Hurairah mempunyai seutas benang yang padanya terdapat dua ribu simpulan.
Beliau tidak tidur sehingga beliau bertasbih (sebanyak itu).
Athar-athar (kata-kata dan perlakuan sahabat) berhubung dengan masalah
ini terlalu banyak. Tetapi ini sudah cukup untuk menyekat peluang supaya tidak
menghukumkannya sebagai satu bidaah.
Ibnu Taimiyyah menyatakan dalam Majmu' Fatawanya Jili 5, Hal 225 :
Adapun menghitung zikir dengan biji-biji tamar dan anak-anak batu dan yang sepertinya, maka itu suatu amalan yang baik. Sesungguhnya telah ada sebahagian sahabat RadiyaLlahu 'anhum yang mengamalkan cara ini. RASULULLAH SALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM sendiri telah melihat Ummu Mukminin radiyaLlahu 'anhum iaitu isteri-isterinya bertasbih dengan anak-anak batu, lalu BAGINDA SALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM memperakuinya. Sebagaimana diriwayatkan sesungguhnya Abu Hurairah radiyaLlahu 'anhu telah bertasbih dengan anak-anak batu.
Di dalam athar : Imam Bukhari telah meriwayatkan dalam kitabnya Tarikh
al Kabir jilid 9, hal 99 ertinya :
Berkenaan Abu Sofiah, khadam RASULULLAH SALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM :
"Diriwayatkan daripada Yunus bin Ubaid, beliau berkata kepada ibunya : "Apakah
yang pernah engkau tengok mengenai amalan Abu Sofiah?" Jawab ibunya:
"Aku telah melihat Abu Sofiah yang merupakan salah seorang sahabat RASULULLAH
SALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM dari golongan muhajirin, bertasbih dengan biji-biji
tamar."
(Diriwayatkan juga oleh Imam Muslim, Imam Ibnu Abdul Barri, Imam Abu
Hatim al Raazi, Al Hafiz Ibn Hajar al Asqolani dan Ibnu sa'ad)
Rujukan :
1. Dr Abd Malik Abd Rahman As Sa'adi, Salah Faham Terhadap Bid'ah, al Bid'ah fi al mafhum al islami ad daqiq, Darul Nu'man, 2002, Kuala Lumpur
2. Ustaz Mohammad Subki Abdul Rahman al Hafiz, Amalan Sunnah Selepas Solat Dan Kelebihannya, Suatu Kajian Terperinci Berdasarkan Hadith Dan Ulama'Muktabar, Cetakan Pertama 2008, D'nonce Sdn Bhd, Kelantan
1. Dr Abd Malik Abd Rahman As Sa'adi, Salah Faham Terhadap Bid'ah, al Bid'ah fi al mafhum al islami ad daqiq, Darul Nu'man, 2002, Kuala Lumpur
2. Ustaz Mohammad Subki Abdul Rahman al Hafiz, Amalan Sunnah Selepas Solat Dan Kelebihannya, Suatu Kajian Terperinci Berdasarkan Hadith Dan Ulama'Muktabar, Cetakan Pertama 2008, D'nonce Sdn Bhd, Kelantan
mohon share gambar-gambar dlm blog ni tuan... terima kasih
BalasPadamSilakan tuan....
BalasPadam