Daripada
Warrod dia berkata, “Muawiyah ra pernah menulis kepada Al-Mughirah bin Syu’bah
ra,
‘Tulislah kepadaku tentang apa yang pernah engkau dengar daripada RASULULLAH SAW.”
“Al-Mughirah lalu menulis, RASULULLAH SAW melarang dari perkataan;
a). Si fulan mengatakan begini dan begitu,
b). Mensia-siakan harta,
c). Banyak bertanya,
d). Tidak mahu memberi tetapi meminta,
e). Derhaka kepada kedua orang tua dan
f). Mengubur anak perempuan hidup-hidup.”
[0297]
Riwayat Bukhari dalam Adabul Mufrad. Juga terdapat dalam Muslim.
Antara
Pengajaran :
1. Jangan
sesekali malu menuntut ilmu. Kadangkala kita menyangka kita sudah berilmu,
tetapi sebenarnya orang yang berilmu itu sentiasa dahagakan ilmu.
2.
Menulis dapat menguatkan ingatan.
3.
Mengenai enam larangan RASULULLAH
SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM di atas;
a). Si
fulan mengatakan begini dan begitu : Haramnya bergosip, mengumpat dan
menyebarkan apa sahaja yang didengarnya tanpa mengetahui kesahihan sesuatu
perkara itu. Lebih-lebih lagi orang yang menyampaikan sesuatu hadith tanpa
mengetahui statusnya walaupun ia keluar dari mulut seseorang yang bergelar
ustaz.
b).
Mensia-siakan harta : Larangan bersikap boros dan membelanjakan kepada sesuatu
yang tidak bermanfaat dan berunsur maksiat. Sekiranya harta itu disedekahkan,
maka ia lebih baik.
c).
Banyak bertanya : Bertanya perkara yang tidak bermanfaat atau berbaur provokasi
atau menyakitkan hati seperti bertanya mengenai perkara-perkara ghaib,
pertanyaan untuk melarikan diri dari hukum syariat dan sebagainya.
d). Tidak
mahu memberi tetapi meminta : Orang yang tidak mahu berzakat dan bersedekah
kerana terlalu bakhil malah menuntut pula sesuatu harta yang bukan haknya
seperti menolak faraidh dan seumpamanya.
e).
Derhaka kepada kedua orang tua : Sedia maklum.
f).
Mengubur anak perempuan hidup-hidup : Larangan membunuh anak jika tidak
menyukainya. Larangan ini berterusan dari zaman jahiliyah hingga ke zaman kita
ini. Jelas sejak akhir-akhir ini bukan sahaja anak perempuan, malah anak lelaki
juga telah dibunuh. Mereka tidak menguburkannya, tetapi dibuang di tempat
sampah, longkang, semak dan pelbagai tempat lagi. Lebih mudah lagi, ada yang
mencampakkan sahaja dari dalam rumah ke luar rumah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan