Oleh : Syaikh Dr. Fadhl Ilahi
Allah Taala berfirman,
“Sebenarnya (malaikat–malaikat itu) adalah hamba–hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahuluiNya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah–perintahNya. Allah mengetahui segala sesuatu yang di hadapan mereka dan yang di belakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafaat melainkan kepada orang–orang yang diredhai Allah, dan mereka selalu berhati–hati kerana takut kepadaNya.”
(QS Al Anbiyaa’ 26-28)
Inilah orang–orang yang didoakan oleh para malaikat :
1) Orang yang tidur dalam keadaan bersuci. Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar Radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassallam bersabda,
“Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa ‘Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”
(hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/37)
2) Orang yang duduk menunggu solat. Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassallam bersabda,
“Tidaklah salah seorang di antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.”
(Shahih Muslim no. 469)
3) Orang–orang yang berada di shaf bahagian depan di dalam solat. Imam Abu Daud (dan Ibnu Khuzaimah) dari Barra’ bin ‘Azib Radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassallam bersabda,
“Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat kepada (orang–orang) yang berada pada shaf–shaf terdepan.”
(hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih Sunan Abi Daud I/130)
4) Orang–orang yang menyambung shaf (tidak membiarkan sebuah kekosongan di dalm shaf). Para Imam iaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah Radhiyallahu ‘anha, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassallam bersabda,
“Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu berselawat kepada orang–orang yang menyambung shaf–shaf.”
(hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/272)
5) Para malaikat mengucapkan ‘Aamiin’ ketika seorang Imam selesai membaca Al Fatihah. Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassallam bersabda,
“Jika seorang Imam membaca ‘ghairil maghdhuubi ‘alaihim waladh dhaalinn’, maka ucapkanlah oleh kalian ‘aamiin’, kerana barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang masa lalu.”
(Shahih Bukhari no. 782)
6) Orang yang duduk di tempat solatnya setelah melakukan solat. Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassallam bersabda,
“Para malaikat akan selalu berselawat kepada salah satu di antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat di mana ia melakukan solat, selama ia belum batal wuduknya, (para malaikat) berkata, ‘Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia.”
(Al Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir menshahihkan hadits ini)
7) Orang–orang yang melakukan solat subuh dan asar secara berjamaah. Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassallam bersabda,
“Para malaikat berkumpul pada saat solat subuh lalu para malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga subuh) naik (ke langit), dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal, lalu Allah bertanya kepada mereka, ‘Bagaimana kalian meninggalkan hambaku?’ mereka menjawab, ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, maka ampunilah mereka pada hari kiamat.”
(Al Musnad no. 9140, hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Ahmad Syakir)
8) Orang yang mendoakan saudaranya tanpa sepengetahuan orang yang didoakan. Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda’ Radhiyallahu ‘anha, bahawasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassallam bersabda,
“Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa sepengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut berkata ‘aamiin dan engkaupun mendapatkan apa yang ia dapatkan.”
(Shahih Muslim no. 2733)
9) Orang–orang yang berinfak. Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassallam bersabda,
“Tidak satu haripun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, salah satu di antara keduanya berkata, ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak.”
Dan lainnya berkata, ‘Ya Allah, hancurkanlah harta orang yang pelit’”
(Shahih Bukhari no. 1442 dan Shahih Muslim no. 1010)
10) Orang yang makan sahur. Imam Ibnu Hibban dan Imam Ath Thabrani, meriwayatkan dari Abdullah bin Umar Radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassallam bersabda,
“Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat kepada orang–orang yang makan sahur.”
(hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhiib wat Tarhiib I/519)
11) Orang yang menjengok orang sakit. Imam Ahmad meriwayatkan dari ‘Ali bin Abi Thalib Radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassallam bersabda,
“Tidaklah seorang mukmin menjengok saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70.000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang sehingga petang dan di waktu malam sehingga subuh.”
(Al Musnad no. 754, Syaikh Ahmad Syakir berkomentar, “Sanadnya shahih”)
12) Seseorang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain. Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dari Abu Umamah Al Bahily radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassallam bersabda,
“Keutamaan seorang alim atas seorang ahli ibadah bagaikan keutamaanku atas seorang yang paling rendah di antara kalian. Sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubangnya dan bahkan ikan, semuanya berselawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain.”
(dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Kitab Shahih At Tirmidzi II/343)
Maraji’ : Disarikan dari Buku Orang–orang yang Didoakan Malaikat, Syaikh Fadhl Ilahi, Pustaka Ibnu Katsir, Bogor, Cetakan Pertama, Februari 2005
Semoga Bermanfaat.
~Admin MFPU~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan