Saat NABI MUHAMMAD SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM wafat, yang
disebut-sebut adalah Ummati Ummati Ummati.
Jika kita
cinta kepada Nabi. Serius ingin bersama beliau di akhirat nanti, maka kita
mesti mencintai umat ini, seperti cintanya kepada kita semua yang menembus
ruang dan waktu, cinta tak terbatas.
NABI MUHAMMAD
SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM adalah rahmat bagi seluruh alam. Jika engkau
serius mengikuti Nabi, maka engkau mesti menirunya, menjadi rahmat bagi alam
semesta ini.
Mencintai
Nabi bererti mencintai kebiasaannya,yakni mentadabburi Al Quran.
Mencintai
Nabi bererti mencintai kebiasaan Nabi, menolong dan duduk bersama orang miskin.
Mencintai
Nabi bererti senang dengan kebiasaan Nabi, bersedekah.
Mencintai
Nabi bererti mencintai kebiasaan Nabi, yakni rajin ingat kepada ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA dalam
segala kondisi, yakni, duduk, berdiri dan berbaring.
Jika
serius mencintai Nabi, maka mesti serius mengikuti kebiasaan beliau, banyak
bertaubat, rajin bersedekah, menahan amarah, memaafkan orang lain, berbuat baik
kepada siapapun juga.
Jika
serius mencintai Nabi, maka serius juga untuk mengurangi istirehat malam hari,
memohon ampun saat sahur, berbuat baik dengan siapapun, mengeluarkan hak
hartanya kepada orang miskin yang meminta dan tidak.
Jika
serius mencintai Nabi, maka serius juga untuk mengikuti kebiasaan Nabi,
mempelajari Al Quran, kerana itulah jalan orang-orang Robbani.
Jika
serius mencintai Nabi, maka serius juga untuk bekerja menyedarkan manusia,
bekerja dengan tekun, walau hasilnya dicapai bertahun-tahun kemudian.
Jika
serius mencintai Nabi, maka serius juga untuk berbuat baik kepada ibu dan bapa,
kerana beliau sangat sayang dan hormat kepada kedua orang tuanya yang sudah
tiada.
Jika
serius mencintai Nabi, serius juga memohon ampun kepada ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA, kerana
Nabi punya kebiasaan memohon ampun kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA setiap hari.
Jika
serius mencintai Nabi, maka serius mengikuti kebiasaan Nabi, penuh cinta dan
sayang kepada haiwan-haiwan, kerana mereka makhluk ciptaan ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA juga.
Jika
serius mencintai Nabi, maka serius mengikuti kebiasaan Nabi, senang memeluk,
mencium, menggendong dan menggendong anak-anak. Kerana tanda beriman adalah
memiliki kasih sayang kepada anak-anak.
Jika
serius mencintai Nabi, serius juga mengikuti kebiasaan Nabi, berbuat baik
kepada yang serumah dengannya, anak, isteri, orangtua.
Jika
serius mencintai Nabi, serius juga menyayangi orang mukmin.
Jika
serius mencintai Nabi, maka serius juga untuk mensyukuri apapun yang diberikan ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA. Sebab
yang mencintai, takkan mungkin memberikan keburukan kepada yang dicintai.
Jika
serius mencintai Nabi, maka serius juga untuk mendoakan orang-orang yang sedang
dalam kesulitan, kebingungan, dan kemalangan.
Jika
serius mencintai Nabi, maka serius juga memohonkan ampun bagi kaum Muslimin dan
Muslimat, mukminin dan mukminat, baik yang masih hidup, mahupun yang sudah
wafat.
Jika
serius mencintai Nabi, maka serius juga menjaga alam ini dari kerosakan dan
tangan-tangan yang hobi merosaknya.
Jika
serius mencintai Nabi, maka serius juga memaafkan orang yang dahulu pernah
menyakiti hati, seperti Nabi yang memaafkan kaumnya saat penaklukan Mekah.
Jika
serius mencintai Nabi, sudah memaafkan orang yang bersalah dengan kita, sebelum
mereka meminta maaf kepada kita.
Jika
serius mencintai Nabi, serius juga menahan amarah, jangan marah.
Jika
serius mencintai Nabi, maka serius juga bangun di malam hari untuk memohon
ampun saat tahajjud, saat orang tidur dengan nyenyaknya.
Jika
serius mencintai Nabi, serius juga menyambut dengan doa dan sikap terbuka,
kepada orang-orang yang kembali ke jalan kebenaran.
Jika
serius mencintai Nabi, maka serius juga untuk solat subuh berjamaah di masjid
tepat waktu.
Jika
serius mencintai Nabi, maka serius juga menerima orang-orang yang kembali untuk
bertaubat dengan wajah yang bahagia.
Jika
serius mencintai Nabi, serius juga mencintai orang miskin, fakir, yatim dan
anak-anaknya.
Jika
serius mencintai Nabi, maka serius juga mempelajari Al Quran setiap hari.
Jika
serius mencintai Nabi, maka serius juga meminta ampun setiap hari kepada ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA. Sebab
Nabi yg sudah dijamin Syurga, masih rajin memohon ampun setiap hari.
Saat
cinta kepada Nabi tumbuh dalam hatimu, maka cintamu akan mengalir deras bagaikan
air kepada umat manusia, tidak peduli apapun agamanya, kerana engkau terlahir
juga untuk meneladani Nabi, membawa rahmat bagi seluruh alam semesta.
Cinta
tidak menyisakan ruang untuk tidak memberi (giving) dan tidak mendengarkan
(listening) orang yang dicintai. Begitu juga Nabi, beliau selalu ada waktu
untuk memberi dan memberi dan mendengarkan dan mendengarkan. Apakah kita masih
punya ruang di hati untuk memberi dan mendengarkan orang lain? Jika tidak ada
lagi. Jangan katakan Anda mencintai Nabi.
Salah
satu doa orang yang mencintai Nabi adalah, ingin dapat bertemu Nabi, diizinkan
berbicara dengan beliau, melepaskan kerinduan yang teramat dalam….. sungguh
pertemuan yang mendebarkan jiwa.
Mencintai
Nabi bererti juga mencintai kebiasaan beliau, yakni rajin menjaga
kesihatan kerana Mukmin yang kuat, lebih dicintai daripada mukmin yang
lemah.
Tidak
pernah menyerah, tidak pernah ada kata putus asa, itulah slogan Nabi dalam
perjalanan hidupnya, jika engkau mencintai Nabi, maka engkau tidak mudah
menyerah, tak ada rumus putus asa. Teruslah bekerja meraih mimpimu!
Tanda
kita mencintai Nabi adalah dengan mengikuti kebiasaan beliau, sering mendoakan
orang yang sudah wafat, dan memohonkan keampunan dan rahmatNya untuk mereka.
Mencintai
Nabi, ertinya mencintai juga peninggalan beliau, walau beliau sudah tiada,
tetapi peninggalannya masih ada di tengah-tengah kita, Al Quran dan Sunnah.
Cintailah keduanya. Pelajari dan fahami isinya, agar kita mudah untuk
mengamalkan dan mensyiarkannya kepada orang lain.
Mencintai
Nabi bererti mencintai situs-situs bersejarah yang pernah beliau lalui bersama
para sahabatnya tercinta. Berziarahlah ke Masjid, Masjidil haram, Masjid
Nabawi dan Masjidil Aqsa.
Mencintai
Nabi, bererti mencintai keluarganya.Isterinya dan anak cucunya, kerana isteri
beliau dan sanak keluarganya termasuk cucunya Hasan dan Husein, adalah orang
yang paling sering dicium oleh RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM selama hidupnya.
Mencintai
Nabi, bererti juga rajin membacakan selawat untuk beliau, apalagi di Hari yang
Mulia, Jumaat, kerana ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA dan Para
MalaikatNyapun berselawat kepada para Nabi. Yang rajin berselawat kepada Nabi,
moga-moga, mendapatkan syafaat dari Nabi di Hari Kiamat nanti. Sungguh kami
mencintai engkau wahai RASULULLAH
SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM, melebihi diri kami dan sanak keluarga kami!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan