Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Ahad, 16 Disember 2012

K 76 Ciri-ciri hati yang sihat


Pertama:
Jika ia tertinggal wiridnya dari Al Quran atau zikrullah, atau suatu peribadatan lainnya, maka ia merasakan sakit yang tiada terperi melebihi sakit orang yang tamak dan kikir ketika kehilangan barang kesayangannya.

Kedua : 
Ia sentiasa merindui untuk mengabdikan diri di jalan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA seperti rindunya seseorang kepada orang yang amat disayangi.

Ketiga :
Tujuan hidupnya hanya satu, iaitu taat kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.

Keempat : 
Bila ia sedang melakukan solat, maka hilanglah semua kegundahannya pada kenikmatan dunia yang sementara. Di dalam solat telah ia temukan kenikmatan dan kesejukan jiwa yang suci.

Kelima: 
Sangat menghargai waktu dan tidak mensia-siakannya, melebihi rasa kekhuatiran orang bakhil menjaga hartanya.

Keenam:
Tidak pernah terputus dan malas dalam mengingati
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.

Ketujuh:
Lebih mengutamakan pada pencapaian kualiti atas suatu amalan perbuatan daripada kuantitinya. Lebih cenderung kepada keikhlasan beribadat.

Empat jenis racun hati

Pertama: Berlebihan dalam berbicara

Kedua:Berlebihan dalam memandang

Ketiga: Berlebihan dalam makan

Keempat: Berlebihan dalam bergaul

Wallahu’alam.

http://www.muslimdiary.com/articles.php?article_id=1231

















Tiada ulasan:

Catat Ulasan