“Tidak peduli di mana kita berada, jangan pernah meninggalkan solat…”Penjelasan Tentang Wajibnya Solat Dalam Berbagai Keadaan.
Solat Adalah Ibadah Para Nabi. Sesungguhnya ibadah solat bukanlah dikhususkan bagi umat Nabi Muhammad shalallahu alaihi wasallam, bahkan juga disyari’atkan kepada para nabi dan rasul sebelum Nabi Muhammad shalallahu alaihi wasallam. Merekapun memerintahkan kepada umat-umat mereka untuk mengerjakan solat. Allah subhanahu wata’ala berfirman :
“Ismail adalah seorang nabi dan rasul, dan ia menyuruh ahlinya (yakni umatnya) untuk mendirikan solat, menunaikan zakat.”
(Maryam: 54-55)
“Dan Aku telah memilih kamu (Musa), maka dengarkanlah apa yang akan diwahyukan kepadamu! Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada sesembahan yang berhak diibadahi kecuali Aku, dan dirikanlah solat untuk mengingatku.”
(Thaaha: 13-14)
Namun kaifiyah (tata cara) pelaksanaan solat mereka itu berbeza-beza sesuai dengan syariat masing-masing dari para nabi dan rasul.
Kedudukan Solat Dalam Islam
Solat dalam agama Islam memiliki kedudukan yang sangat tinggi, hal ini boleh disimpulkan bila kita mencermati nash-nash Al Quran mahupun As Sunnah. Di antaranya sebagai berikut:
1. Mendirikan solat adalah tanda sebenar-benarnya orang mukmin. Allah subhanahu wata’ala berfirman :
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama “Allah” gemetarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya bertambahlah iman mereka, dan kepada Rabb-Nya mereka bertawakal. Iaitu orang-orang yang mendirikan solat dan menafkahkan sebagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka.”
(Al Anfal: 2-3)
2. Solat merupakan Rukun Islam yang kedua. Rasulullah shalallahu alaihi wasallam bersabda:
بُنِيَ الإِسْلاَمُ عَلَى خَمْسٍ: شَهَادَةِ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ الله،
وَإِقَامِ الصَّلاَةِ، وَإِيْتَاءِ الزَّكَاةِ، وَصَوْمِ رَمَضَانَ، وَحَجِّ الْبَيْتِ
“Islam dibangun di atas lima (rukun): Syahadat Laa Ilaaha Illallahu Muhammadur-Rasulullah, menegakkan solat, menunaikan zakat, shaum Ramadhan dan berhaji ke Baitullah (Mekah).”
(Muttafaqun ‘Alaihi)
3. Solat merupakan tiang agama. Rasulullah shalallahu alaihi wasallam bersabda:
رَأْسُ الأَمْرِ الإِسْلاَمُ ، وَعَمُوْدُهُ الصَّلاَةُ، وَذَرْوَةُ سَنَامِهِ الجِهَادُ
“Kepala dari seluruh perkara (agama) adalah Islam, tiangnya adalah solat, dan puncaknya adalah jihad.”
(HR. At Tirmidzi, dihasankan oleh As Syaikh Al Albani dalam Al Irwa’ 2/138)
4. Solat adalah amalan yang pertama kali dihisab pada hari kiamat dan sebagai tolok ukur dari seluruh amal ibadah yang lainnya. Rasulullah shalallahu alaihi wasallam bersabda:
“Pertama kali yang dihisab pada hari kiamat adalah solat, jika solatnya baik maka baiklah seluruh amalannya, dan jika solatnya rosak, maka rosaklah seluruh amalannya.”(HR. Thabrani, Ash Shahihah 3/346 karya Asy Syaikh Al Albani)
5. Turunnya perintah solat tanpa melalui perantara Malaikat Jibril, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam sendiri menerima langsung dari Allah subhanahu wata’ala di atas langit yang ke tujuh.
Solat Perintah Agung Dari Allah subhanahu wata’ala. Allah subhanahu wata’ala menyebutkan secara tegas di dalam Al Quran tentang kewajiban solat. Di antaranya firman Allah subhanahu wata’ala :
“Dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat, dan rukuklah bersama orang-orang yang rukuk.”
(Al Baqarah: 43)
“Padahal mereka tidaklah disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus, dan supaya mereka mendirikan solat, dan menunaikan zakat, dan yang demikian itulah agama yang lurus.”
(Al Bayyinah: 5)
Al Imam Al Bukhari dan Al Imam Muslim keduanya meriwayatkan dari sahabat Anas bin Malik radhiallahu anhu, bahawasanya pada suatu malam ketika Nabi shalallahu alaihi wasallam berada di rumah Ummu Hani’ di Mekah, malaikat Jibril alaihis salam datang menjemput beliau shalallahu alaihi wasallam untuk menghadap Allah subhanahu wata’ala. Keduanya mengendarai seekor Buraq, yang lebih besar dari keldai tetapi lebih kecil dari bighal (peranakan kuda dengan keldai), yang langkah kakinya sejauh mata memandang.
Kemudian Jibril membawa beliau menuju langit ke tujuh. Setiap kali melewati lapisan langit, Rasulullah shalallahu alaihi wasallam bertemu dengan para rasul dan nabi. Sampai akhirnya beliau tiba di Sidratul Muntaha yang tidak ada satu makhlukpun yang mampu menggambarkan keindahannya. Di tempat inilah beliau shalallahu alaihi wasallam menerima perintah solat lima waktu. Peristiwa ini dikenal dengan istilah Isra’ Mi’raj.
Bahkan Ummu Salamah meriwayatkan bahawa wasiat terakhir dari Rasulullah menjelang wafatnya, beliau shalallahu alaihi wasallam berkata: “Ash Shalatu, Ash Shalatu.” Dalam riwayat yang lain: “Bertakwalah kalian kepada Allah dengan solat”.
(lihat Irwaul Ghalil: 7/238)
Pelatihan Solat Sejak Kecil
Allah subhanahu wata’ala memerintahkan Nabi-Nya (sekaligus untuk umatnya) supaya mengajak keluarganya untuk memenuhi kewajiban solat. Allah subahanhu wata’ala berfirman (ertinya):
“Dan perintahkanlah keluargamu supaya mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya …”
(Thaaha: 132)
Rasulullah shalallahu alaihi wasallam bersabda:
مُرُوا أَوْلاَدَكُمْ بِالصَّلاَةِ وَهُمْ أَبْنَاءٌ سَبْعُ سِنِيْنَ وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءٌ
عَشَرٌ وَفَرِّقُوا فِيْ اْلمَضَاجِعِ
“Perintahlah anak-anak kalian untuk solat (mulai) pada usia 7 tahun, dan pukullah mereka (yang enggan untuk solat) setelah usia 10 tahun, dan pisahkanlah tempat tidur mereka.”
(HR. Ahmad, lihat Irwaul Ghalil 2/7)
Tidak Ada Rukhshah Untuk Meninggalkan Solat
Kewajiban menegakkan solat lima waktu berlaku di manapun dan bagaimanapun keadaannya, tidak ada rukhshah (keringanan) untuk meninggalkannya. Agama Islam pun telah menjelaskan tata cara solat dalam berbagai kondisi darurat, seperti:
1. Dalam keadaan bahaya, seperti perang dan semisalnya. Allah subhanahu wata’ala berfirman (ertinya):
“Jika kalian dalam keadaan takut, maka solatlah sambil berjalan atau berkenderaan.”
(Al Baqarah: 239)
2. Dalam keadaan sakit. Rasulullah shalallahu alaihi wasallam bersabda:
صَلِّ قّائِمًا فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَقَاعِدًا فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَعَلَى جَنْبٍ وَفَيْ رِوَايَةٍ :
وَإِلاَّ فَأَوْمِ إِيْمَاءً
“Solatlah dengan berdiri, jika tidak mampu berdiri maka (solatlah) dengan duduk, jika tidak mampu duduk maka (solatlah) dengan berbaring.”
(HR. Al Bukhari, dalam riwayat Al Baihaqi ada tambahan: “Jika tidak mampu berbaring maka cukup dengan isyarat.” )
3. Dalam keadaan bersafar juga wajib melaksanakan solat, bahkan Allah ? memberikan keringanan bagi musafir (orang yang bepergian) untuk menjamak (menggabungkan dua solat dalam satu waktu) seperti menjamak solat zuhur dengan solat ashar di waktu zuhur (jamak taqdim) atau di waktu ashar (jamak takhir) dan juga seperti menjamak solat maghrib dengan solat isyak dengan cara seperti semula. Dan juga diperbolehkan baginya untuk mengqashar (meringkas solat yang 4 rakaat menjadi 2 rakaat seperti solat isyak, zuhur ataupun ashar).
4. Dalam keadaan lupa atau tertidur. Rasulullah shalallahu alaihi wasallam bersabda:
مَنْ نَسِيَ صَلاَةً أَوْ نَامَ عَنْهَا فَكَفَّارَتُهَا أَنْ يُصَلِّيَهَا إِذَا ذَكَرَهَا
“Barangsiapa yang lupa atau tertidur, maka kaffarahnya (tebusannya) adalah solat pada waktu ia teringat (sedar).”
(Muttafaqun ‘alaihi)
5. Tidak mendapat air untuk bersuci (wuduk atau mandi junub) atau secara medis tidak boleh menyentuh air, maka diberikan keringanan untuk bersuci dengan tanah/debu yang dikenal dengan tayammum. Allah subhanahu wata’ala berfirman :
“Apabila kalian sakit atau sedang dalam bepergian (safar) atau salah seorang dari kalian kembali dari tempat buang air besar (selesai buang hajat) atau kalian menyentuh wanita (jimak) sedangkan kalian tidak mendapatkan air, maka bertayammumlah dengan tanah/debu yang baik (suci), (dengan cara) usapkanlah debu itu ke wajah dan tangan kalian, Allah tidak ingin memberatkan kalian, tetapi Allah ingin menyucikan kalian dan menyempurnakan nikmat-Nya atas kalian. Semoga dengan begitu kalian mahu bersyukur.”
(Al Maidah: 6)
Meskipun ia tidak mendapatkan kedua alat bersuci iaitu air dan tanah/debu maka tetap baginya untuk menunaikan kewajipan solat sesuai dengan kemampuannya. Kerana Allah subhanahu wata’ala tidak memberikan beban kepada siapapun kecuali sesuai dengan kemampuannya.
Ancaman Meninggalkan Solat
Allah subhanahu wata’ala telah menyediakan neraka Saqar yang dikhususkan bagi orang-orang yang meninggalkan solat. Sebagaimana firman-Nya :
“Apakah yang memasukkan kamu ke dalam Saqar (neraka). Mereka menjawab: ‘Kami dahulu tidak termasuk orang-orang yang mengerjakan solat …”
(Al Muddatstsir: 42-43)
Dalam hadits-hadts yang shahih, Rasulullah shalallahu alaihi wasallam juga telah memberikan peringatan keras terhadap orang yang meninggalkan solat dengan sengaja. Diantaranya:
1. Hadits Buraidah radhiallahu anhu, Rasulullah shalallahu alaihi wasallam bersabda:
العَهْدُ الَّذِيْ بَيْنَنَا وَ بَيْنَهُمْ الصَّلاَةُ فَمَنْ تَرَكَهَا فَقَدْ كَفَرَ
“Perbezaan antara kami dengan mereka (orang-orang kafir) adalah solat, barangsiapa yang meninggalkannya maka ia telah melakukan kekafiran.”
(HR. At Tirmidzi, lihat Shahih At Targhib no. 564)
2. Hadits Jabir radhiallahu anhu, Rasulullah shalallahu alaihi wasallam bersabda:
إِنَّ بَيْنَ الرَّجُلِ وَبَيْنَ وَالشِّرْكِ وَالْكُفْرِ تَرْكُ الصَّلاَةِ
“Sesungguhnya (pembeza) antara seseorang dengan kekufuran dan kesyirikan adalah meninggalkan solat.”
(HR. Muslim no. 82)
3. Hadits Tsauban radhiallahu anhu, Rasulullah shalallahu alaihi wasallam bersabda:
بَيْنَ الْعَبْدِ وَبَيْنَ الْكُفْرِ وَالإِيْمَانِ الصَّلاَةُ فَإِذَا تَرَكَهَا فَقَدْ أَشْرَكَ
“Pembeza antara seorang hamba dengan kekufuran dan keimanan adalah solat, bila ia meninggalkannya bererti ia telah berbuat kesyirikan.”
(HR. Ath Thabari, lihat Shahih At Targhib no. 566)
4. Hadits Abu Darda’ radhiallahu anhu, Rasulullah shalallahu alaihi wasallam bersabda:
لاَ تُشْرِكُ بَاللهِ شَيْئًا وَإِنْ قُطِعْتَ وَإِنْ حُرِقْتَ وَلاَ تَتْرُكْ صَلاَةً مَكْتُوْبَةً مُتَعَمِّدًا
فَمَنْ تَرَكَهَا مُتَعَمَّدًا فَقَدْ بَرِئَتْ مِنْهُ الذِّمَّةُ وَلاَ تَشْرِبِ الْخَمْرَ فَإِنَّهُ مِفْتَاحُ كُلِّ
شَرٍّ
“Janganlah kamu berbuat kesyirikan sedikitpun walaupun kamu dipenggal ataupun dibakar, dan jangan pula meninggalkan solat dengan sengaja, maka barangsiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja sungguh lepas jaminan baginya, serta jangan pula minum khamr (arak dan semisalnya) kerana sesungguhnya khamr itu pintu setiap keburukan.”
Dalam riwayat Mu’adz bin Jabal radhiallahu anhu: “Sungguh telah lepas jaminan dari Allah”, sedangkan dalam riwayat Ummu Aiman dan Umayyah: “Sungguh telah lepas jaminan dari Allah dan Rasul-Nya”. (lihat Shahih At Targhib no. 567. 569)
Demikian pula pernyataan para sahabat Nabi, di antaranya: Umar radhiallahu anhu berkata:
لاَ حَظَّ فِي الإِسْلامِ لِمَنْ تَرَكَ الصَّلاَةَ
“Tidak ada bahagian (sedikitpun) dalam Islam bagi seseorang yang meninggalkan solat.”
(Al Mughni 3/355)
Ali bin Abi Thalib radhiallahu anhu berkata:
مَنْ لَمْ يُصَلِّ فَهُوَ كَافِرٌ
“Barangsiapa yang tidak solat maka dia kafir.”
(Al Mughni 3/355)
Abdullah bin Mas’ud radhiallahu anhu berkata:
مَنْ تَرَكَ الصَّلاَةَ فَلاَ دِيْنَ لَهُ
“Barangsiapa yang meninggalkan solat, maka tidak ada agama baginya.”
(Shahih At Targhib no. 574)
Abu Darda’ radhialallahu anhu berkata:
لاَ إِيْمَانَ لِمَنْ لاَ صَلاَةَ لَهُ وَلاَ صَلاَةَ لِمَنْ لاَ وُضُوْءَ لَهُ
“Tidak ada keimanan bagi yang tidak solat, dan tidak ada (sah) solat bagi yang tidak berwuduk.”
(Shahih At Targhib no. 575)
Wahai saudaraku yang mulia, walaupun ada sebahagian para ulama’ yang berpendapat bahawa orang yang meninggalkan solat dengan sengaja belum sampai kafir selama masih meyakini kewajiban solat. Tapi janganlah bermudah-mudah dalam masalah ini, kerana sangat jelas sekali dari hadits-hadits shahih dan pernyataan-pernyataan para sahabat Rasulullah shalallahu alaihi wasallam di atas bahawa orang yang meninggalkan solat dengan sengaja diancam dengan kekufuran, tidak punya keimanan dan tidak punya bahagian sedikitpun dari Islam, kecuali bagi orang yang mahu bertaubat dengan sebenar-benarnya taubat di hadapan Allah subhanahu wata’ala.
Rujukan :
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=373153562752264&set=a.283762395024715.71138.261290240605264&type=1&theat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan