Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Isnin, 17 Disember 2012

K 82 SEPULUH Pesanan Imam Shafie.


Sebelum Imam Shafie wafat, beliau sempat berpesan kepada muridnya serta umat Islam umumnya. berikut adalah kandungan wasiat tersebut:  

“Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara:

1. Hak kepada diri: mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2. Hak kepada malaikat maut: mengqadakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang dizalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.

1.  Hak kepada kubur: membuang tabiat suka menabur fitnah, tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajud dan membantu orang yang dizalimi.

2.  Hak kepada Munkar dan Nakir : tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat-menasihati.

3.  Hak kepada mizan (neraca timbangan amalan pada hari kiamat): menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menahan kesulitan.

4.  Hak kepada sirat (titian yang merintangi neraka pada hari kiamat): membuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjamaah.

5.  Hak kepada Malik (malaikat penjaga neraka): menangis lantaran takutkan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, berbuat baik kepada ibubapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.

6.  Hak kepada Ridhzuan (malaiakt penjaga syurga): merasa reda kepada qadha’ ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dan bertaubat dari melakukan maksiat.

7.  Hak kepada NABI MUHAMMAD  SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM: berselawat ke atasnya, berpegang dgn syariat, bergantung kepada Al Sunnah (hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari kelebihan dari ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.

8.  Hak kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA: mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.


Rujukan:
http://tazkirah.wordpress.com/2007/06/30/10-pesanan-imam-shafie-yang-perlu-diikuti/



Tiada ulasan:

Catat Ulasan