Bismillahir-Rahmaanir-Rahim … Otak
hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang
dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu, ia berfungsi dengan
sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan
16 juta saraf tubuh yang lain.
Semua aktivititi yang kita lakukan dan
kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah hasil daripada aliran interaksi
bio-elektrik yang tidak terbatas.
Oleh kerana itu, apabila seorang itu
berzikir dengan mengulangi kalimah-kalimah Allah, seperti Subhanallah, beberapa
kawasan otak yang terlibat menjadi aktif.
Ini menyebabkan berlakunya satu aliran
bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut.
Apabila zikir disebut berulang-ulang
kali, aktivititi saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga
bio-elektrik.
Lama-kelamaan kumpulan saraf yang
sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif
.. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.
Otak mula memahami perkara baru,
melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang
sebelum berzikir otak tidak seperti ini. Otak yang segar dan cerdas secara
tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima
kebenaran.
Hasil kajian ilmiah yang dilakukan
terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran
Disember 1993. Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian
ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktivititi otak
manusia secara tidak sedar.
Dalam kajian ini, sukarelawan
diberikan satu buah perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap
perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata
kerja yang berkaitan.
Apabila sukarelawan melakukan tugas
mereka, beberapa bahagian berbeza dari otak menunjukkan peningkatan aktivititi
saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.
Menariknya, apabila sukarelawan ini
mengulangi sebuah perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktivititi saraf
otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain.
Apabila sebuah perkataan baru
diberikan kepada mereka, aktivititi saraf kembali meningkat di kawasan pertama.
Ini sekaligus membuktikan secara
saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir,
terbukti meningkatkan kecerdasan otak dan menambah kemampuannya.
Oleh itu, saudara-saudaraku se-Islam,
ketika ilmuwan Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah
lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya.
.. Malang bagi mereka yang masih
memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya ….
Wallahu’alam bishshawab, ..
Wabillahi Taufik Wal Hidayah, …
Wabillahi Taufik Wal Hidayah, …
Salam Terkasih ..
Dari Sahabat Untuk Sahabat …
Dari Sahabat Untuk Sahabat …
… Semoga tulisan ini dapat membuka
pintu hati kita yang telah lama terkunci …
~ o ~
Salam santun dan keep istiqomah …
— Jika terjadi kesalahan dan
kekurangan di sana-sini dalam catatan ini … Itu hanyalah dari kami … dan kepada
Allah SWT., kami mohon ampunan … —-
Semoga bermanfaat dan Penuh
Kebarokahan dari Allah …
Silakan DICOPy atau DI SHARE jika
menurut sahabat note ini bermanfaat ….
#BERSIHKAN HATI MENUJU REDHA ILAHI#
Tiada ulasan:
Catat Ulasan