Alhamdulillah,
segala puji bagi ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA, Rabb
semesta alam. Selawat dan salam semoga terlimpah kepada RASULULLAH SHALLALLAHU
‘ALAIHI WASALLAM, keluarga dan para sahabatnya. Sebagaimana yang sudah
sama-sama kita ketahui, bahawa surah Al-Taubah atau al-Bara-ah, penulisannya
dalam mushaf tidak diawali dengan Basmalah.
Sebabnya
adalah para sahabat Radhiyallahu ‘Anhum tidak menuliskannya di awalnya dalam
mushaf. Mereka mengikuti Amirul Mukminin Utsman bin Affan Radhiyallahu ‘Anhu.
Al-Tirmidzi mengeluarkan satu riwayat dalam sunannya dengan sanad yang sampai
kepada Ibnu Abbas Radhiyallahu ‘Anhuma, yang mempertanyakan kepada Utsman
bin Affan tentang latar belakang keputusannya menggandengkan Al-Anfal (padahal
ia termasuk jenis al-Matsani, -ayatnya kurang dari seratus-) dan mempelakukan
Bara’ah (padahal ia bahagian dari Mi-uun, jumlah ayatnya seratus lebih-) tanpa
memberikan pembatas “Bismillahirrahmanirrahim” pada keduanya, dan
meletakkannya pada Sab’un Thiwal (tujuh surat yang paling panjang). “Apa yang sebab kalian melakukan itu?” tanyanya.
meletakkannya pada Sab’un Thiwal (tujuh surat yang paling panjang). “Apa yang sebab kalian melakukan itu?” tanyanya.
Lalu
Utsman menjawab, “Adalah RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAM pada suatu
masa turun kepada beliau beberapa surah yang ayatnya banyak, maka apabila turun
sesuatu kepada beliau maka beliau memanggil sebahagian orang yang bertugas
menuliskan wahyu, lalu beliau bersabda: “Letakkan ayat-ayat itu dalam surah
yang disebutkan di dalamnya begini dan begitu.” Apabila turun satu ayat kepada
beliau maka bersabda, “Letakkan ayat ini di dalam surah yang di dalamnya
disebutkan begini dan begitu.” Dan adalah Al-Anfal termasuk bahagian surah yang
pertama-tama diturunkan di Madinah. Sedangkan Bara’ah termasuk Al Quran yang
terakhir turun (di sana).
Isinya
(Bara’ah) mirip dengan isi Al-Anfal, maka aku mengira bahawa Bara’ah bahagian
dari Anfal. Kemudian RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAM wafat dan belum
sempat menjelaskan hal itu kepada kami. Oleh kerana itu aku menggandengkan
antara keduanya dan tidak menuliskan di antara keduanya
Bismillahirrahmanirrahim. Lalu aku meletakkannya dalam bagian Sab’ Thiwal.”
(Dinukil dari Fatawa Lajnah Daimah: 4/225)
Syaikh
Ibnu Utsaimin rahimahullah berkata: ” . . . Dan pendapat yang shahih, tidak ada
Basmalah di antara ia (Al-Taubah) dan Al-Anfal. Kerana Basmalah adalah satu
ayat dalam kitabullah ‘Azza wa Jalla. Maka apabila RASULULLAH SHALLALLAHU
‘ALAIHI WASALLAM tidak mengatakan: “Letakkan basmalah antara dua surah,” Maka
mereka tidak akan meletakkan Basmalah di antara keduanya. Maka NABI SHALLALLAHU
‘ALAIHI WASALLAM itu yang menetapkan dan bersabda, “Letakkan Basmalah,” dan
beliau tidak menetapkan Basmalah di antara al- Anfal dan Bara-ah, sehingga
mereka tidak menuliskannya. Tetapi ini masih menyisakan pertanyaan, “Jika
beliau tidak menetapkan, lalu kenapa ia dipisah dari surah Al-Anfal? Kenapa
tidak dijadikan satu surah saja?” Kami jawab, “Ya.
Mereka
tidak menjadikan keduanya sebagai satu surah kerana mereka ragu, apakah Bara’ah
itu satu surah dengan Al-Anfal atau dua surah yang saling menjelaskan?”
Kemudian mereka berkata: “Kami jadikan pemisah antara dua surah, dan tidak kami
adakan Basmalah. Inilah pendapat yang shahih tentang tidak adanya penyebutan Basmalah di antara surah Bara’ah dan Al-Anfal.” (Dikutip dari Liqa’ al-Bab al-Maftuh, no. 18) Sehingga dari sini hadir hukum membaca Basmalah di awal surah Al-Taubah.

Pendapat
paling kuat yang hampir tidak ada perbezaan di antara ulama adalah dimakruhkan.
Sehingga tidak dianjurkan memulai membaca surah Al-Taubah
dengan membaca Basmalah, yakni Bismillahirrahmanirrahim. Shalih dalam Masail-nya menuturkan daripada bapanya, Ahmad rahimahullah: “Aku bertanya kepadanya tentang surah Al Anfal dan surah al Taubah, apakah boleh bagi seseorang memisahkan keduanya dengan Bismillahirrahmanirrahim. Bapaku menjawab, “Urusan Al Quran itu dikembalikan kepada ijma’ para sahabat RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAM, tidak boleh ditambahi dan tidak boleh dikurangi.” Wallahu Ta’la A’lam.

[voa-islam.com]
Rujukan: Islamic
Knowledge’s
Tiada ulasan:
Catat Ulasan