Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Rabu, 30 Januari 2013

Bab 5 Muraqabah (Pengintaian).


Allah Taala berfirman:

"Dialah yang melihatmu ketika engkau berdiri dan juga gerak tubuhmu di antara orang-orang yang bersujud."
(asy-Syu'ara': 218-219)

Allah Taala berfirman pula:

"Dan Dia adalah besertamu di mana saja engkau semua berada."
(al-Hadid: 4)

Allah Taala berfirman lagi:

"Sesungguhnya bagi Allah tidak ada sesuatu yang tersembunyi baik di bumi ataupun di langit."
(ali-lmran: 5)

Lagi firmannya Allah Taala:

"Sesungguhnya Tuhanmu itu nescaya tetap mengintipnya."
(al-Fajar: 14)

Juga firmannya Allah Taala:

"Dia Maha Mengetahui akan kekhianatan mata maksudnya pandangan mata kepada sesuatu yang dilarang atau kerlingan mata sebagai ejekan dan lain-lain perbuatan yang tidak baik dan apa saja yang tersembunyi dalam hati.”
(al-Mu'min: 19)

Ayat-ayat yang mengenai bab ini banyak sekali dan kiranya dapat dimaklumi. Adapun Hadis-hadisnya ialah:

60. Pertama: Daripada Umar bin Alkhaththab r.a., katanya:

"Pada suatu ketika kita semua duduk di sisi Rasulullah s.a.w. yakni pada suatu hari, tiba-tiba muncullah di muka kita seorang lelaki yang sangat putih pakaiannya dan sangat hitam warna rambutnya, tidak timpak padanya bekas bepergian dan tidak seorangpun dari kita semua yang mengenalnya, sehingga duduklah orang tadi di hadapan Nabi s.a.w. lalu menyandarkan kedua lututnya pada kedua lutut beliau dan meletakkan kedua tangannya di atas kedua pahanya sendiri dan berkata: "Ya Muhammad, beritahukanlah padaku tentang Islam." Rasulullah s.a.w. lalu bersabda: "Islam, iaitu hendaknya engkau menyaksikan bahawa tiada piihan kecuali Allah dan bahawa Muhammad adalah utusan Allah, hendaklah pula engkau mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa bulan Ramadan dan melakukan haji ke Baitullah jikalau engkau kuasa jalannya ke situ." Orang itu berkata: "Tuan benar." Kita semua hairan padanya, kerana ia bertanya dan juga membenarkannya. Ia berkata lagi: "Kemudian beritahukanlah padaku tentang Iman." Rasulullah s.a.w. bersabda: "Iaitu hendaklah engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya, hari penghabisan(kiamat) dan hendaklah engkau beriman pula kepada takdir, yang baik ataupun yang buruk semuanya dari Allah jua." Orang itu berkata: "Tuan benar." Kemudian katanya lagi: "Kemudian beritahukanlah padaku tentang Ihsan." Rasulullah s.a.w. menjawab: "Iaitu hendaklah engkau menyembah kepada Allah seolah-olah engkau dapat melihatNya, tetapi jikalau tidak dapat seolah-olah melihatNya, maka sesungguhnya Allah itu dapat melihatmu." Ia berkata: "Tuan benar." Katanya lagi: "Kemudian beritahukanlah padaku tentang hari kiamat." Rasulullah s.a.w. menjawab: "Orang yang ditanya yakni beliau s.a.w. sendiri tentulah tidak lebih tahu dari orang yang menanyakannya yakni orang yang datang tiba-tiba tadi. Orang itu berkata pula: "Selanjutnya beritahukanlah padaku tentang alamat-alamatnya hari kiamat itu." Rasulullah s.a.w. menjawab: "Iaitu apabila seorang hamba sahaya wanita melahirkan tuan puterinya maksudnya hamba sahaya itu dikahwin oleh pemiliknya sendiri yang merdeka, lalu melahirkan seorang anak perempuan. Anaknya ini dianggap merdeka juga dan dengan begitu dapat dikatakan hamba sahaya perempuan melahirkan tuan puterinya dan apabila engkau melihat orang-orang yang tidak beralas kaki, telanjang-telanjang, miskin-miskin dan sebagai penggembala kambing sama bermegah-megahan dalam gedung-gedung yang besar kerana sudah menjadi kaya-raya dan bahkan menjabat sebagai pembesar-pembesar negara." Selanjutnya orang itu berangkat pergi. Saya yakni Umar r.a. berdiam diri beberapa saat lamanya, kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda: "Hai Umar, adakah engkau mengetahui siapakah orang yang bertanya tadi?" Saya menjawab: "Allah dan RasulNyalah yang lebih mengetahuinya." Rasulullah s.a.w. lalu bersabda: "Sesungguhnya orang tadi adalah malaikat Jibril, ia datang untuk memberikan pelajaran tentang agama kepadamu semua."
(Riwayat Muslim)

Makna Talidulamatu rabbatahaa, yakni tuan puterinya. Adapun pengertiannya ialah oleh sebab banyaknya hamba sahaya perempuan sehingga budak-budak tersebut melahirkan puteri untuk tuan yang memilikinya. Puteri tuannya itu sama kedudukannya dengan tuannya sendiri. Tetapi ada sebahagian ulama yang mengatakan tidak sedemikian itu maksudnya. Al-'Aalah, ialah golongan orang-orang fakir. Adapun kata Maliyyan ertinya waktu yang lama, iaitu sampai tiga hari tiga malam lamanya. Sebabnya Sayidina Umar terhairan-hairan kerana orang yang bertanya itu semestinya belum mengerti apa yang ditanyakan, tetapi anehnya setelah diberi jawapan, tiba-tiba penanya itu berkata: "Tuan benar", dan kata-kata sedemikian ini tentulah menunjukkan
bahawa penanya itu telah mengerti. Barulah kehairanan Sayidina Umar itu lenyap setelah diberitahu bahawa yang bertanya tadi sebenarnya adalah Jibril a.s. yang kedatangannya memang sengaja hendak mengajarkan soal-soal keagamaan kepada para sahabat Rasulullah s.a.w.
Dalam Hadis di atas, ada beberapa hal yang penting kita ketahui, iaitu:

(a) Mendirikan olat ertinya tidak semata-mata menjalankan solat saja, tetapi harus dipenuhi pula syarat-syarat serta rukun-rukunnya dan ditepatkan selalu menurut waktu-waktunya.

(b) Percaya kepada Allah yakni meyakinkan bahawa Allah itu ada (jadi jangan beranggapan bahawa Allah itu tidak ada seperti faham komunis), dan lagi Allah itu bersifat dengan semua sifat kemuliaan, keagungan dan kesempurnaan serta terjauh dari semua sifat kekurangan, kehinaan dan kerendahan.

(c) Malak ialah makhluk Allah yang dibuat daripada nur (cahaya) dan tidak berjejal-jejal seperti cahaya lampu yang memenuhi rumah. Dengan cahaya seribu lampu, belum juga sesak rumah itu. Dengan ini teranglah apa yang dimaksud dalam sebuah Hadis:
Ertinya: "Bahawasanya Allah itu mempunyai malaikat, ada yang memenuhi sepertiga alam, ada yang memenuhi dua pertiga alam dan ada yang memenuhi alam seluruhnya."
Adapun erti iman kepada malaikat ialah harus percaya bahawa mereka itu benar-benar ada dan bahawa mereka itu adalah hamba-hamba Allah yang dimuliakan. Malak itu sebenarnya kata mufrad dan jamaknya berbunyi malaikat.

(d) Percaya kepada kitab-kitab Allah ialah meyakinkan betul-betul bahawa kitab-kitab suci itu adalah firman Allah yang sebenar-benarnya yang diturunkan pada Rasul-rasulNya dengan jalan wahyu dan meyakinkan pula bahawa isi yang terkandung di dalamnya itu semua benar.

(e) Percaya kepada para Rasul ertinya beri'tikad seteguh-teguhnya bahawa apa yang mereka bawa itu memang sebenarnya dari Allah Taala.

(f) Hari Akhir ialah hari Kiamat. Iman dengan hari kiamat ertinya mempercayai betul-betul akan terjadinya hari penghabisan itu dan apa saja yang terjadi sesudahnya, misalnya Hasyar (akan dikumpulkannya semua makhluk di padang mahsyar), Hisab (semua amal akan diperhitungkan), Mizan (amal-amal akan ditimbang dalam neraca), menyeberangi jembatan yang disebut Shirath dan kemudian ada yang masuk Jannah (syurga), ada pula yang terus terjun ke (neraka) dan lain-lain hal lagi.

(g) Qadar ialah ketentuan dari Allah sebelum Allah membuat semua makhluk ini, yang baik maupun yang jahat. Jadi segala macam adalah dengan kehendak Allah yang telah dipastikan sejak zaman azali dulu iaitu zaman sebelum Allah membuat apa-apa. Tetapi kita jangan lupa berikhtiar, kerana kita telah diberi akal oleh Allah untuk mengusahakan bagaimana jalannya agar kita tetap bernasib baik dan terjauh dari nasib buruk. Kita tetap harus berdaya upaya selama hayat dikandung badan.

(h) Dengan cara ibadat sebagaimana yang terkandung dalam erti kata Ihsan ini, maka tentu akan khusyuklah kita sewaktu menyembah Allah itu. Kalau dapat seolah-olah tahu pada Allah, ini namanya Mukasyafah (terbuka dari semua tabir yang menutup) dan kalau mengangan-angankan bahawa Allah tetap melihat kita, ini namanya Muraqabah (mengintai-intainya Allah pada kita).

(i) Tanda-tanda yang dimaksud ini ialah tanda-tanda kecil sebab datangnya hari kiamat itu ada tanda-tandanya yang kecil dan ada tanda-tandanya yang besar. Tanda-tanda kecil ertinya datangnya itu masih agak jauh, tetapi bila tanda-tanda besar telah nampak,
maka itulah yang menunjukkan bahawa hari kiamat telah sangat dekat sekali saat terjadinya.

(j) Hamba sahaya perempuan melahirkan tuannya ertinya, banyak sahaya perempuan itu yang dikahwin oleh raja-raja atau pejabat-pejabat tinggi lalu melahirkan anak-anak perempuan sehingga anak-anaknya itupun akan berkedudukan sebagaimana ayahnya.

(k) Orang yang tak beralas kaki, telanjang, miskin serta penggembala kambing sama bermegah-megah dalam gedung-gedung besar, maksudnya ialah bahawa yang asalnya hanya penggembala yang miskin hingga seolah-olah tak pernah beralas kaki dan pakaiannya hampir-hampir tidak ada (boleh dikata telanjang) tiba-tiba menjadi pembesar-pembesar negeri dan mendiami gedung-gedung besar lagi indah dan sama berkuasa serta kaya raya. Dengan demikian, keadaan negeri lalu rosak binasa sebab sesuatu perkara semacam pemerintahan diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, sebagaimana dalam sebuah Hadis diterangkan:
Ertinya:

"Apabita sesuatu perkara itu diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kerosakannya."
Dengan ini tahulah kita bahawa Islam itu mengandung tiga unsur yang utama yakni:

A. 5 Arkanul Islam,
B. 6 Arkanul lman dan
C. 2 Arkanul Ihsan.

61. Kedua: Daripada Abu Zar, iaitu Jundub bin Junadah dan Abu Abdur Rahman iaitu Mu'az bin Jabal radhiallahu 'anhuma dari Rasulullah s.a.w. sabdanya:

"Bertakwalah kepada Allah di mana saja engkau berada dan ikutilah perbuatan buruk itu dengan perbuatan baik, maka kebaikan itu dapat menghapuskan keburukan tadi dan pergaulilah para manusia dengan budi pekerti yang bagus."
Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.

Keterangan:
Hadis ini mengandung tiga macam unsur, yakni bertakwa kepada Allah, kebaikan diikutkan sesudah mengerjakan keburukan dan perintah bergaul dengan baik antara seluruh umat manusia. Mengenai yang ketiga tidak kami jelaskan lebih panjang, sebab masing-masing bangsa tentu memiliki cara-cara atau adat-istiadat sendiri. Namun demikian juga mesti dilaksanakan dengan mengikuti ajaran-ajaran yang ditetapkan oleh agama Islam, sehingga tidak melampaui batas, akhirnya terperosok dalam hal-hal yang diharamkan oleh Allah Taala. Jadi di bawah ini akan diuraikan perihal yang dua buah unsur saja, iaitu:

(a) Takut pada Allah atau Takwallah adalah satu kata yang menghimpun erti yang sangat dalam sekali, pokoknya ialah mengikuti dan mengamalkan semua perintah Allah dan menjauhi serta menahan diri dari melakukan larangan-laranganNya. Dengan demikian terjagalah jiwa dan terpeliharalah hati manusia dari kemungkaran, kemaksiatan, kemusyrikan yang terang (jali) atau yang tidak terang (khafi), juga terhindar dari kekufuran dan kemurtadan. Tuhan tentu akan melindungi orang yang takwa itu dari semuanya tadi.

Tentang ini Allah telah berfirman:

"Sesungguhnya Allah adalah beserta orang-orang yang takwa dan orang-orang yang sama berlaku baik."

(b) Mengikutkan kebaikan sesudah melakukan kejahatan itu misalnya ialah bertaubat, kerana dengan demikian lenyaplah segenap kesalahan yang kita lakukan, asalkan kita bertaubat itu dengan sebenar-benarnya, sebagaimana firman Allah:
Ertinya:

"Melainkan orang yang bertaubat dan beriman dan beramal soleh, maka mereka itu keburukan-keburukannya akan diganti oleh Allah dengan kebaikan-kebaikan."

62. Ketiga: Daripada Ibnu Abbas radhiallahu 'anhuma, katanya: "Saya berada di belakang Nabi s.a.w. dalam kenderaan atau membonceng  pada suatu hari, lalu beliau bersabda:

"Hai anak, sesungguhnya saya hendak mengajarkan kepadamu beberapa kalimat iaitu: Peliharalah Allah dengan mematuhi perintah-perintahNya serta menjauhi larangan-laranganNya, pasti Allah akan memeliharamu, peliharalah Allah, pasti engkau akan dapati Dia di hadapanmu. Jikalau engkau meminta, maka mohonlah kepada Allah dan jikalau engkau meminta pertolongan, maka mohonkanlah pertolongan itu kepada Allah pula. Ketahuilah bahawasanya sesuatu umat yakni makhluk seluruhnya ini, apabila berkumpul(bersepakat) hendak memberikan kemanfaatan padamu dengan sesuatu yang dianggapnya bermanfaat untukmu, maka mereka itu tidak akan dapat memberikan kemanfaatan itu, melainkan dengan sesuatu yang telah ditentukan oleh Allah untukmu. Juga jikalau umat(seluruh makhluk) itu berkumpul(bersepakat) hendak memberikan bahaya padamu dengan sesuatu yang dianggap berbahaya untukmu, maka mereka itu tidak akan dapat memberikan bahaya itu, melainkan dengan sesuatu yang telah ditentukan oleh Allah untukmu. Pena telah diangkat maksudnya ketentuan-ketentuan telah ditetapkan dan lembaran-lembaran kertas telah kering maksudnya catatan-catatan di Lauh Mahfuzh sudah tidak dapat diubah lagi."
Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih.
Dalam riwayat selain Termidzi disebutkan:
"Peliharalah Allah, maka engkau akan mendapatkanNya di hadapanmu. Berkenalanlah kepada Allah yakni tahulah kewajipan-kewajipan yang harus ditunaikan untuk Allah di waktu engkau dalam keadaan lapang sihat, kaya dan lain-lain, maka Allah akan mengetahuimu memperhatikan nasibmu di waktu engkau dalam keadaan kesukaran  sakit, miskin dan lain-lain. Ketahuilah bahawa apa-apa yang terlepas daripadamu itu keuntungan atau bahaya, tentu tidak akan mengenaimu dan apa-apa yang mengenaimu itu pasti tidak akan dapat terlepas daripadamu. Ketahuilah bahawa pertolongan itu beserta kesabaran dan bahawasanya kelapangan itu beserta kesukaran dan bahawasanya beserta kesukaran itu pasti ada kelonggaran."

Keterangan:

Hal-hal yang perlu dimaklumi dalam Hadis ini ialah:

(a) Ada di belakang Nabi s.a.w. maksudnya ialah membonceng waktu naik bighal (semacam kuda) dengan duduk di belakang beliau.

(b) Peliharalah Allah, yakni peliharalah perintah-perintah dan larangan-larangan Allah serta berhati-hatilah pada kedua macam hal itu, pasti engkau dijaga olehNya dalam duniamu, agamamu, dirimu dan keluargamu.

(c) Umat ialah semua makhluk yang dimaksudkan.

(d) Pena-pena telah diangkat, ertinya ketentuan-ketentuan telah tetap.

(e) Kertas-kertas telah kering maksudnya catatan-catatan semua yang ada di dalam dunia semesta ini (sebagaimana yang tertera di Lauh Mahfuzh) tentu saja tak ada yang dapat mengubah takdir-takdir dari Allah itu kecuali yang dikehendaki olehNya sendiri sebagaimana firmanNya:
Ertinya:

"Allah menghapus serta menetapkan apa saja yang dikehendaki olehNya dan di sisi Allahlah umat kitab atau pokok Catatan. Ummul kitab ini adalah ilmu Allah yang qadim (dahulu) sejak zaman azali (sebelum ada apa-apa kecuali Allah)."

 (f) Selain Termidzi yakni 'Abd bin Humaid dan juga Imam Ahmad.

(g) Suka mengenai pada Allah ertinya sentiasa mendekat dan taat padaNya. Kalau kita suka demikian ketika kita dalam keadaan lapang (banyak rezeki dan badan sihat), maka Allah pasti suka melihat kita yakni mahu memberi pertolongan pada kita apabila kita dalam keadaan sukar pada suatu waktu.

(h) Suatu yang telah ditentukan oleh Allah (sejak zaman azali) akan lepas dari kita, (tidak dapat kita capai), sudah tentu selamanya barang itu tetap lepas dari kita yakni tidak dapat mengenai kita (kita peroleh). Demikian pula sebaliknya, iaitu bahawa sesuatu yang telah ditentukan akan kita dapatkan, maka bagaimanapun juga tidak akan lepas dari kita.

(i) Pertolongan Allah beserta kesabaran yakni bila kita ingin pertolongan dari Allah, haruslah kita sabar.

(j) Kelapangan beserta kesusahan dan nanti pasti ada kelonggaran yakni manusia itu tidak mungkin akan terus menerus susah dan sukar, insya Allah pada suatu ketika ia akan menemui kelapangan dan kelonggaran juga.

63. Keempat: Daripada Anas r.a., katanya:

"Sesungguhnya engkau semua pasti melakukan berbagai amalan yang diremehkannya sebab dianggap dosa kecil-kecil saja, yang amalan-amalan itu adalah lebih halus lebih kecil menurut pandangan matamu daripada sehelai rambut. Tetapi kita semua di zaman Rasulullah s.a.w. menganggapnya termasuk golongan dosa-dosa yang merosakkan  menyebabkan kecelakaan dan kesengsaraan."
Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan ia mengatakan bahawa erti Almubiqat ialah apa-apa yang merosakkan.

64. Kelima: Daripada Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya:

"Sesungguhnya Allah Taala itu cemburu dan kecemburuan Allah Taala itu ialah apabila seseorang manusia mendatangi(mengerjakan) apa-apa yang diharamkan oleh Allah atasnya."
(Muttafaq 'alaih)

65. Keenam: Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya ia mendengar Nabi s.a.w. bersabda:

"Sesungguhnya ada tiga orang dari kaum Bani Israil, iaitu orang sopak yakni belang-belang kulitnya, orang botak dan orang buta. Allah hendak menguji mereka itu, kemudian mengutus seorang malaikat kepada mereka. Ia mendatangi orang sopak lalu berkata: "Keadaan yang bagaimanakah yang amat tercinta bagimu?" Orang sopak berkata: "Warna yang baik dan kulit yang bagus, juga lenyaplah kiranya penyakit yang menyebabkan orang-orang merasa jijik padaku ini." Malaikat itu lalu mengusapnya dan lenyaplah kotoran-kotoran itu dari tubuhnya dan dikurniai oleh Allah Taala warna yang baik dan kulit yang bagus. Malaikat itu berkata pula: "Harta macam apakah yang amat tercinta bagimu?" Orang itu menjawab: "Unta". Atau katanya: "Lembu," yang merawikan Hadis ini sangsi apakah unta ataukah lembu. Ia lalu dikurniai unta yang bunting, kemudian malaikat berkata: "Semoga Allah memberi keberkahan untukmu dalam unta ini." Malaikat itu seterusnya mendatangi orang botak, kemudian berkata: "Keadaan yang bagaimanakah yang amat tercinta bagimu?" Orang botak berkata: "Rambut yang bagus dan lenyaplah kiranya apa-apa yang menyebabkan orang-orang merasa jijik padaku ini." Malaikat itu lalu mengusapnya dan lenyaplah botak itu dari kepalanya dan ia dikurnia rambut yang bagus. Malaikat berkata pula: "Harta macam apakah yang amat tercinta bagimu?" Ia berkata: "Lembu". lapun lalu dikurniakan lembu yang bunting dan malaikat itu berkata: "Semoga Allah memberikan keberkahan untukmu dalam lembu ini." Akhirnya malaikat itu mendatangi orang buta lalu berkata: "Keadaan bagaimanakah yang amat tercinta bagimu?" Orang buta menjawab: "Iaitu hendaknya Allah mengembalikan penglihatanku padaku sehingga aku dapat melihat semua orang." Malaikat lalu mengusapnya dan Allah mengembalikan lagi penglihatan padanya. Malaikat berkata pula: "Harta macam apakah yang amat tercinta bagimu?" Ia menjawab: "Kambing." Iapun dikurnia kambing yang bunting hampir beranak. Yang dua ini unta dan lembu melahirkan anak-anaknya dan yang ini kambing juga melahirkan anaknya. Kemudian yang seorang yang sopak mempunyai selembah penuh unta dan yang satunya lagi yang botak mempunyai selembah lembu dan yang lainnya lagi yang buta  mempunyai selembah kambing. Malaikat itu lalu mendatangi lagi orang yang asalnya sopak dalam rupa seperti orang sopak itu dahulu keadaannya yakni berpakaian serba buruk dan berkata: "Saya adalah orang miskin, sudah terputus semua sebab-sebab untuk dapat memperoleh rezeki bagiku dalam bepergianku ini. Maka tidak ada yang dapat menyampaikan maksudku pada hari ini kecuali Allah kemudian dengan pertolonganmu pula. Saya meminta padamu dengan atas nama Allah yang telah mengurniakan padamu warna yang baik dan kulit yang bagus dan pula harta yang banyak, sudi kiranya engkau menyampaikan maksudku dalam bepergianku ini untuk sekadar bekal perjalanannya." Orang sopak itu menjawab: "Keperluan-keperluanku masih banyak sekali." Jadi enggan memberikan sedekah padanya. Malaikat itu berkata lagi: "Seolah-olah saya pernah mengenalmu. Bukankah engkau dahulu seorang yang berpenyakit sopak yang dijijiki oleh seluruh manusia, bukankah engkau dulu seorang fakir, kemudian Allah mengurniakan harta padamu?" Orang sopak dahulu itu menjawab: "Semua harta ini saya mewarisi dari nenek-moyangku dulu dan merekapun dari nenek-moyangnya pula." Malaikat berkata pula: "Jikalau engkau berdusta dalam pendakwaanmu uraianmu yang menyebutkan bahawa harta itu adalah berasal dari warisan, maka Allah pasti akan menjadikan engkau kembali seperti keadaanmu semula. Malaikat itu selanjutnya mendatangi orang yang asalnya botak, dalam rupa  seperti orang botak dulu dan keadaannya yang hina-dina, kemudian berkata kepadanya sebagaimana yang dikatakan kepada orang sopak dan orang botak itu menolak permintaannya seperti halnya orang sopak itu pula. Akhirnya malaikat itu berkata: "Jikalau engkau berdusta, maka Allah pasti akan menjadikan engkau kembali sebagaimana keadaanmu semula." Seterusnya malaikat itu mendatangi orang yang asalnya buta dalam rupanya seperti orang buta itu dahulu serta keadaannya yang menyedihkan, kemudian ia berkata: "Saya adalah orang miskin dan anak jalan  maksudnya sedang bepergian dan kehabisan bekal, sudah terputus semua sebab-sebab untuk dapat memperoleh rezeki bagiku dalam bepergianku ini, maka tidak ada yang dapat menyampaikan maksudku pada hari ini, kecuali Allah kemudian dengan pertolonganmu pula. Saya meminta padamu dengan atas nama Allah yang mengembalikan penglihatan untukmu iaitu seekor kambing yang dapat saya gunakan untuk menyampaikan tujuanku dalam bepergian ini." Orang buta dahulu itu berkata: "Saya dahulu pernah menjadi orang buta, kemudian Allah mengembalikan penglihatan padaku. Maka oleh sebab itu ambillah mana saja yang engkau inginkan dan tinggalkanlah mana saja yang engkau inginkan. Demi Allah saya tidak akan membuat kesukaran padamu kerana tidak meluluskan permintaanmu pada hari ini dengan sesuatu yang engkau ambil kerana mengharapkan keredhaan Allah 'Azzawajalla." Malaikat itu lalu berkata: "Tahanlah hartamu ertinya tidak diambil sedikitpun, sebab sebenarnya engkau semua ini telah diuji, kemudian Allah telah meredhai dirimu dan memurkai pada dua orang sahabatmu yakni si sopak dan si botak." 8
(Muttafaq alaih)
Dalam riwayat Imam Bukhari kata-kata: La ajhaduka, yang ertinya: "Aku tidak akan membuat kesukaran padamu", itu diganti: La ahmaduka, ertinya: "Aku tidak memujimu (menyesali diriku) sekiranya hartaku tidak ada yang engkau tinggalkan kerana engkau memerlukannya." 9

66. Ketujuh: Daripada Abu Ya'la iaitu Syaddad bin Aus r.a.dari Nabi s.a.w., sabdanya:

"Orang yang cerdik(berakal) ialah orang yang memperhitungkan keadaan dirinya dan suka beramal untuk mencari bekal sesudah matinya, sedangkan orang yang lemah ialah orang yang dirinya selalu mengikuti hawa nafsunya dan mengharap-harapkan kemurahan atas Allah yakni mengharap-harapkan kebahagiaan dan pengampunan di akhirat, tanpa beramal soleh."
Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan. Imam Termidzi dan lain-lain ulama mengatakan bahawa makna Daana nafsahu ertinya
membuat perhitungan pada diri sendiri.

67. Lapan: Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Setengah daripada kebaikan keislaman seseorang ialah apabila ia suka meninggalkan apa-apa yang tidak memberikan kemanfaatan padanya yakni ia tidak memerlukan untuk mencampuri urusan itu.”
Ini adalah Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan lain-lain.

Keterangan:
Meninggalkan sesuatu yang tidak berfaedah misalnya sesuatu yang memang bukan urusan kita atau sesuatu yang terang salah dan batil, maka tidak berguna kita membela atau menolongnya. Demikian pula sesuatu yang bila kita campuri, maka bukan makin baik dan mungkin mencelakakan diri kita sendiri. Semua itu baiklah kita tinggalkan, kalau kita ingin jadi orang Islam yang baik.
8 Sabdanya Nabi s.a.w. An-naaqatut 'usyara, dengan dhammahnya 'ain dan fathahnya syin serta dengan mad(yakni dibaca panjang dengan diberi hamzah di belakang alif), ertinya: bunting. Sabdanya Antaja dalam riwayat lain berbunyi Fanataja, ertinya: Menguasai di waktu keluarnya anak unta. Natij bagi unta adalah sama halnya dengan Qabilah bagi wanita. Jadi natij, ertinya penolong unta betina waktu beranak, sedang qabilah, ertinya penolong wanita waktu melahirkan atau biasa dinamakan bidan.
Sabda Wallada haadzaa dengan disyaddahkan lamnya, ertinya: Menguasai waktu melahirkannya ini, Jadi sama halnya dengan Antaja untuk unta. Oleh sebab itu kata-kata Muwallid, Natij dan Qabilah adalah sama maknanya, tetapi muwallid dan natij adalah untuk binatang, sedang qabilah adalah untuk selain binatang.
Adapun sabda beliau s.a.w.: Inqatha-'at biyal hibaalu, iaitu dengan ha' muhmalah (tanpa bertitik) dan ba' muwahhadah (bertitik sebuah), ertinya: beberapa sebab. Jadi jelasnya: Sudah terputus semua sebab (untuk dapat memperoleh bekal guna melanjutkan perjalananku).
9 Sama halnya dengan yang biasa diucapkan oleh orang banyak: "Laisa 'alaatbuulil hayaati nadamun," ertinya: Tidaklah selain timbul penyesalan dalam sepanjang kehidupan ini, maksudnya ialah oleh sebab sangat panjangnya masa hidupnya itu.

68. Kesembilan: Daripada Umar r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya:

"Janganlah seseorang lelaki itu ditanya apa sebabnya ia memukul isterinya sebab mungkin ia akan malu jikalau sebab pemukulannya diketahui oleh orang lain."
Diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dan lain-lainnya.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan