"Maka bertindak luruslah
engkau sebagaimana engkau diperintahkan."
(Surah Hud : ayat 112)
Allah Taala berfirman pula:
"Sesungguhnya orang-orang
yang mengatakan bahawa Allah adalah Tuhan kita semua, kemudian mereka itu
bertindak lurus berpendirian teguh, maka malaikat-malaikat akan turun kepada mereka
dan berkata: "Jangan engkau semua takut dan jangan pula berdukacita dan
terimalah berita gembira memperoleh syurga yang telah dijanjikan kepadamu
semua. "Kami(Allah) menjadi pelindungmu semua dalam kehidupan dunia dan
pada hari kemudian. Di situ engkau semua memperoleh apa-apa yang menjadi
keinginan hatimu dan di situ pula engkau semua mendapatkan apa saja yang engkau semua minta.” "Hidangan
dari Tuhan yang Maha Pengampun dan Penyayang."
(Surah Fushshilat : ayat 30-32)
Allah Taala berfirman
lagi:
"Sesungguhnya
orang-orang yang mengatakan bahawa
Allah adalah Tuhan kita semua, kemudian mereka bertindak lurus berpendirian
teguh dalam kebenaran maka
mereka tidak akan merasa takut dan tidak akan merasa berdukacita. "Merekalah
yang dapat menempati syurga, mereka
kekal di dalamnya, sebagai balasan dari apa-apa yang mereka lakukan."
(Surah al-Ahqaf : ayat 13-14)
85. Daripada Abu 'Amr,
ada yang mengatakan namanya Abu 'Amrah, Sufian bin Abdullah r.a., katanya:
"Saya
bertanya: Ya Rasulullah, katakanlah padaku dalam Islam tentang suatu ucapan
yang saya tidak akan menanyakan lagi pada seseorang selain Tuan." Rasulullah
s.a.w. bersabda: "Katakanlah, saya beriman kepada Allah kemudian bertindak
luruslah*(berpegang teguhlah pada kebenaran)."
(Riwayat Muslim)
Maksudnya bertindak lurus itu ialah: Kalau kita telah mengaku beriman pada Allah, hendaklah kita jangan segan berlaku yang benar dan jujur, misalnya benar-benar memperjuangkan cita-cita Islam. Maka jangan hanya menamakan dirinya itu seorang Islam sekadar hanya pengakuan kosong belaka, tetapi berlakulah yang benar sebagai seorang Muslim.
86. Daripada Abu Hurairah
r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Bersengajalah
secara sederhana(tidak sangat muluk-muluk ataupun teledor) dan bertindak
luruslah, juga ketahuilah bahawasanya tidak seseorangpun yang dapat selamat kerana
amalnya." Para sahabat bertanya: "Sekalipun Tuan sendiri juga tidak dapat
diselamatkan oleh amalnya ya Rasulullah." Beliau s.a.w. menjawab:
"Sayapun tidak dapat, kecuali jikalau Allah menutupi diriku(memberikan kurnia
padaku dengan kerahmatan daripadaNya serta dengan keutamaanNya."
(Riwayat Muslim)
Para ulama berkata: Makna istiqamah, iaitu tetap taat kepada Allah Taala. Mereka mengatakan bahawa istiqamah itu adalah termasuk dari golongan jawami'ul kalim yakni sedikit kata-katanya tetapi luas pengertiannya dan istiqamah itulah yang merupakan kenizhaman segala perkara.
Wa billahi taufik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan